Beberapa perkara penting harus di ambil perhatian semasa menggunakan kursus – kursus komputer COMPU Studies:-

1. Baca dan faham perjanjian lesen kursus. Apabila anda memasang perisian kursus COMPU Studies, anda akan diberikan syarat penggunaan dalam perjanjian lesennya yang berbunyi:

“Perisian ini adalah hakmilik dan hakcipta terpelihara COMPU Studies, Ipoh, Perak. ..Perisian ini hanya sah digunakan pada satu komputer sahaja. Penggunaan pada komputer yang berlainan memerlukan kod pengaktifan/lesen pendaftaran yang berlainan.

“Apabila anda klik butang “I agree” atau “Pasang” anda menandakan anda telah setuju dengan perjanjian lesen perisian kursus tersebut. Kami tidak boleh dipersalahkan jika anda tidak membaca atau memahami perjanjian lesen semasa memasang perisian.

2. Perjanjian lesen bermakna kursus komputer anda  adalah hakmilik kami – bukan hakmilik anda.  Anda boleh guna dan aktifkannya di satu komputer sahaja. Pengaktifan yang berlainan akan dikira sebagai pendaftaran yang baru. Pendaftaran baru memerlukan yuran kursus baru – yakni yuran penuh kursus harus di bayar bagi setiap kursus di setiap komputer.

3. Syarat pemberian kod aktif: Untuk meringankan beban pelajar, kami bersetuju memberikan 3 kod aktif percuma bagi setiap kursus dalam tempoh 12 bulan yang pertama. Tiga kod aktif ini boleh digunakan untuk memasang dan mengaktifkan kursus di tiga komputer yang berlainan atau memasang dan mengaktifkannya di komputer yang sama sebanyak 3 kali. Pemberian ini adalah berdasarkan ihsan kami – dan bukan tertakluk kepada perjanjian lesen.

4: Langganan dan pembaharuan kursus: Selepas tempoh 12 bulan dari tarikh pendaftaran kursus, kami menawarkan pelajar 3 kod pengaktifan baru bagi satu kursus bagi tempoh 12 bulan seterusnya dengan bayaran cuma RM50. Kami lakukan ini untuk membantu pelajar kerana tidak ingin melihat pelajar membayar lebih untuk bahan kursusnya. Sekali lagi ini kami lakukan atas ihsan dan bukan kerana tertakluk kepada perjanjian lesen. Apabila anda menyambung langganan kursus, anda akan menerima perkara – perkara dan bahan – bahan berikut:-

5. Pemulangan bahan kursus: Seperti yang tertera dalam risalah kursus, anda boleh pulangkan bahan kursus dalam tempoh 2 minggu dari tarikh ianya diposkan kepada anda dan kami akan kembalikan wang anda sepenuhnya. Jika anda pulangkan selepas tempoh itu wang anda tidak akan dikembalikan. Kami berharap dengan penjelasan yang diberikan anda boleh menggunakan bahan kursus anda dengan sebaik mungkin dan kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda.

PentadbiranCOMPU Studies
Tarikh: Januari 2009
Kemas kini terakhir: Disember 2011.