Di bawah adalah senarai FAQs atau Soalan Yang Lazim di Tanya oleh pelajar dan bakal pelajar COMPU Studies. Semua soalan telah disusun mengikut kategori mereka. Untuk melihat jawapan kepada soalan, sila klik pada soalan atau pada tanda + disebelahnya. Klik pada soalan atau tanda + sekali lagi untuk menutup jawapannya.

Jika anda ada sebarang soalan yang ingin ditanya klik pautan Hubungi Kami.

FAQsBaikpulihKursus VirusKursus DVAPencetakLain-lain

01) Keberkesanan Kursus

Adakah pembelajaran COMPU Studies berkesan?

Sistem pembelajaran kami memang berkesan. Kami menyediakan nota yang mudah dibaca dan difaham disertakan sekali dan video demonstrasi yang menunjukkan langkah demi langkah semua tatacara menjalankan fungsi komputer dan perisian yang berkaitan dengan setiap kursus. Kefahaman anda diperkukuhkan lagi dengan ujian yang memberikan maklum balas markah anda sebaik sahaja anda selesai menjalaninya. Kesemua ini memberi anda pengalaman pembelajaran yang sofistikated dan terkini.

02) Pendaftaran Kursus

Adakah sebarang had umur dalam mengikuti kursus?

Tidak ada sebarang had umur dalam menimba ilmu. Pelajar termuda kami berumur 13 tahun dan pelajar tertua kami berusia 72 tahun. Anda dialu – alukan untuk memecah rekod mereka.

Bagaimana menghantar yuran kursus?

Yuran kursus boleh dibayar melalui bank-in, perbankan online, wang pos, kiriman wang atau cek atas nama COMPU Studies. Bukti bayaran boleh dikemukan sama ada menerusi pos, e-mel atau WhatsApp bersama borang pendaftaran anda.

Bagaimana saya mendaftar untuk kursus?

Untuk mendaftar, anda perlu mendapatkan borang pendaftaran dengan klik menu Daftar di atas. Selepas itu anda mengisi borang pendaftaran dan kembalikannya kepada kami bersama bukti bayaran sama ada menerusi MMS, WhatsApp, e-mel atau dengan mengepos sahaja borang ke alamat yang tertera di dalam borang. Kami kemudian akan memproses permohonan anda dan menghantar bahan kursus anda dalam masa 7 hari kerja.

Berapakah kos kursus – kursus COMPU Studies?

Harga biasa satu kursus adalah RM150 sekali bayar sahaja. Anda boleh dapatkan diskaun antara 20% hingga 70% menerusi katalog kursus kami. Katalog kursus diposkan percuma kepada anda. Untuk dapatkan katalog dan diskaun, sila isikan borang online dengan klik butang Daftar di atas.

Bolehkah saya mendaftar untuk lebih dari satu kursus serentak?

Memang boleh. Anda boleh mendaftar untuk seberapa banyak kursus yang anda mahu secara serentak. Berbuat demikian memberikan anda masa lebih lama untuk menghabiskan kursus dan juga anda menikmati penjimatan dari diskaun yang lebih besar.

03) Kos & Bahan Kursus

Adakah bahan kursus dihantar sekali gus atau berperingkat – peringkat?

Kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam borang pendaftaran, semua bahan kursus diposkan serentak sekali gus. Tidak ada bahan kursus lagi yang menyusul setelah anda menerima bungkusan pertama dari kami.

Adakah kos lain dalam mengikuti kursus ini?

Tidak. Kami memberi jaminan bahawa anda tidak akan diminta untuk membayar sebarang yuran atau kos kursus lain selain dari yuran kursus semasa mendaftar.

Bagaimana menghantar yuran kursus?

Yuran kursus boleh dibayar melalui bank-in, perbankan online, wang pos, kiriman wang atau cek atas nama COMPU Studies. Bukti bayaran boleh dikemukan sama ada menerusi pos, e-mel atau WhatsApp bersama borang pendaftaran anda.

Bagaimanakah bahan kursus dihantar?

Bahan kursus diposkan menggunakan perkhidmatan Pos Daftar Pos Malaysia. Perkhidmatan ini mempunyai nombor siri yang boleh dirujuk oleh pengirim atau penerima untuk memastikan status perjalanan bahan.

Berapa lama jangkamasa untuk saya menerima bahan kursus saya?

Anda dijangka menerima bahan kursus dalam masa dua minggu dari tarikh kami menerima borang permohonan anda. Kami akan memaklumkan anda menerusi SMS bila bahan kursus anda diposkan. Jika anda tidak menerima bahan kursus dalam tempoh 5 hari dari tarikh ia diposkan, silalah hubungi kami segera.

04) Memulakan Kursus

Adakah kursus boleh dimulakan bila-bila masa setelah bahan kursus diterima?

Konsep pendidikan COMPU Studies adalah pelajari komputer di mana jua anda berada pada bila – bila masa. Ini bermaksud anda tidak terikat kepada apa – apa jadual dan lokasi dalam mengikuti kursus – kursus anda.

Namun harus disedari bahawa bidang IT dan komputer adalah satu bidang yang melalui perubahan yang pantas. Setiap tahun ada sahaja perubahan dari segi perisian dan tatacara pengendaliannya. Kursus – kursus COMPU Studies berusaha memberikan maklumat terkini sesuai dengan perubahan ini. Oleh yang demikian anda disarankan mula mempelajari kursus anda secepat mungkin setelah menerima bahan pelajaran.

Anda tidak digalakkan menyimpan bahan kursus anda terlalu lama seperti beberapa bulan atau tahun. Ini akan menyebabkan kursus anda akan ketinggalan dan mungin tidak menepati keperluan pada ketika anda hendak mempelajarinya.

Kami di COMPU Studies juga sentiasa mengemas-kini kandungan kursus-kursus dan mengeluarkan versi – versi baru kursus hampir setiap tahun. Pelajar digalakkan menaik-taraf kursus sedia ada mereka agar sentiasa dapat mengikuti perkembangan terkini bidang IT yang mereka ceburi itu. Jadi jika anda tidak mempelajari kursus secepat mungkin, anda mungkin akan keliru apabila menerima tawaran naik-taraf atau upgrade kursus anda.

05) Menjalankan Kursus

Adakah saya perlu Internet untuk mengikuti kursus – kursus ini?

Tidak. Semua bahan kursus dimuatkan dalam CD dan DVD kursus yang akan anda pasang pada komputer anda. Anda tidak perlu sambungan Internet untuk mengikuti nota, demonstrasi, latihan dan menjalankan kerja – kerja praktikal kursus. Namun jika anda ingin mempraktikkan kemahiran yang berkaitan dengan Internet yang diajar dalam bahan kursus, anda sudah pastinya memerlukan sambungan Internet.

Apakah Petua Untuk Saya Berjaya Dalam Kursus?

Untuk berjaya dalam kursus, ikuti petua – petua berikut:-

  • Anda hendaklah menyediakan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Suasana yang terlalu bising dan banyak gangguan akan menyukarkan pembelajaran. Pastikan anda hindarkan dari sebarang gangguan semasa pembelajaran anda.
  • Anda hendaklah menyediakan jadual waktu pembelajaran. Anda harus membuat jadual untuk belajar dan pastikan anda mengikutinya.
  • Anda hendaklah membina semangat dan motivasi untuk belajar. Anda perlu cipta satu impian berkenaan apa yang anda ingin perolehi dari pembelajaran anda. Impian ini harus realistik dan mampu dicapai oleh anda. Dengan cara ini impian berkenaan akan memberikan anda semangat dan dorongan untuk belajar.
  • Anda hendaklah menghubungi kami dengan persoalan dan pertanyaan berkenaan dengan kursus. Anda mesti bertanyakan soalan dari masa ke semasa supaya hilang rasa keseorangan menjalani kursus.
  • Anda hendaklah tanam minat membaca. Buangkan tabiat takut membaca dan jadilah orang yang gemar membaca. Ia akan amat memudahkan anda mengikuti kursus.

Ikuti semua petua di atas dan kami yakin anda akan berjaya dalam kursus anda.

Bagaimana menjalankan semula kursus yang telah terhilang?

Untuk mengaktifkan semula semua kursus – kursus anda yang terhilang akibat dari kerosakkan atau kecurian komputer, sila lakukan langkah – langkah ini:-

  1. Pasang kursus dari CD-ROM masing – masing.
  2. Jalankan kursus yang dipasang.
  3. Masukkan nombor pelajar seperti yang diminta oleh kursus
  4. Hantarkan SMS seperti yang diarahkan oleh kursus untuk memohon kod aktif KURSUS
  5. Aktifkan kursus dengan kod aktif KURSUS yang diperolehi dari kami melalui SMS.

Ulangi proses ini untuk setiap satu dari kursus anda. Jika ada sebarang masalah, sila telefon kami.

Bagaimanakah kursus – kursus ini dijalankan?

Setelah berdaftar, anda akan dibekalkan dengan bahan kursus. Anda mengikuti bahan kursus dan boleh bertanyakan sebarang persoalan kepada pensyarah anda pada bila – bila masa. Anda akan melakukan latihan dan ujian dan menghantarkannya kepada pensyarah untuk dinilai. Setelah tamat kursus, sijil dikeluarkan kepada anda. Untuk penerangan terperinci, sila klik di sini.

Bolehkah CD dan DVD kursus dijalankan pada laptop?

Semua CD dan DVD yang dibekalkan bersama bahan kursus boleh dijalankan pada sebarang jenis laptop yang mempunyai pemacu CD/DVD. Tatacara menjalankan CD dan DVD di laptop adalah sama sahaja seperti menjalankannya di komputer Desktop.

Bolehkah kursus dijalankan di siber kafe?

Ya, anda memang boleh jalankan kursus – kursus kami di komputer siber kafe. Kursus – kursus COMPU Studies membenarkan anda memasang katalaluan atau password kepada kursus supaya pengguna lain tidak dapat menggunakan kursus tersebut. Setelah anda tamat mempelajari kursus, anda boleh buang pemasangan kursus dari komputer siber kafe tersebut.

Ramai pengguna yang menjalankan kursus di siber kafe mempunyai persefahaman dengan pemilik siber kafe supaya mereka sentiasa dapat menggunakan komputer yang sama untuk mengikuti kursus tersebut. Ini dapat dicapai dengan membuat pembayaran terlebih dahulu dan menempah (booking) komputer tersebut di hari dan waktu yang diperlukan.

Bolehkah perisian dijalankan dari thumbdrive?

Jika anda menggunakan komputer jenis netbook atau laptop yang tidak ada pemacu CD dan DVD anda boleh menyalin semua fail – fail kursus dari CD dan DVD kursus anda ke dalam thumbdrive dan pendrive dan menjalankannya dari thumbdrive atau pendrive anda. Sudah pasti untuk melakukan kerja – kerja salinan ini anda perlu menggunakan komputer yang mempunyai pemacu CD dan DVD serta soket USB untuk thumbdrive/pendrive.

06) Tempoh Pembelajaran

Berapa lama tempoh langganan kursus?

Tempoh langganan kursus anda adalah selama 12 bulan dari tarikh anda daftar. Dalam tempoh langganan anda berhak mendapatkan perkhidmatan – perkhidmatan berikut secara percuma:-

  1. Upgrade percuma kepada versi terkini bagi semua kursus yang anda telah daftar dan masih dalam tempoh langganan.
  2. Kod aktif percuma bagi kursus – kursus anda. Tertakluk kepada terma dan syarat kursus.
  3. Jawapan kepada sebarang soalan berkaitan kursus anda.
  4. Sijil percuma bagi semua kursus yang telah anda tamatkan.

Setelah tamat langganan, anda boleh menyambung langganan anda dengan harga yang amat istimewa bagi terus menikmati kelebihan – kelebihan di atas.

Berapa lama tempoh pembelajaran kursus?

Kebanyakkan kursus – kursus COMPU Studies boleh dihabiskan dalam masa 1 hingga 2 bulan. Namun tempoh sebenar yang akan diambil bergantung kepada anda sendiri. Ini kerana kursus COMPU Studies dipelajari oleh anda di kediaman anda sendiri. Tidak ada kelas yang perlu diikuti. Tidak ada jadual ketat yang perlu dipatuhi. Anda menentukan bila dan berapa lama waktu yang hendak diperuntukkan untuk pembelajaran anda. Lebih banyak masa diluangkan untuk pembelajaran, lebih cepat anda akan habiskan kursus. Jadi segala – galanya bergantung kepada anda.

07) Kod Aktif

Bolehkan saya guna kembali kod aktif kursus?

Kod aktif kursus boleh digunakan semula bagi kursus yang sama yang dipasang di komputer yang sama. Jika anda memasang kursus yang berlainan atau memasang kursus di komputer lain, anda perlu memohon kod aktif yang baru. Anda juga perlu pohon kod aktif baru jika anda format komputer anda.

08) Sijil Kursus

Adakah sijil kursus dihantar bersama dengan bahan kursus?

Sijil kursus dihantar setelah pelajar menamatkan kursus dengan jayanya. Setiap kursus disertakan dengan latihan atau ujian yang perlu disiapkan oleh pelajar. Pelajar akan menyiapkan dan menghantar latihan/ujian ini untuk dinilai oleh kami. Pelajar yang lulus latihan/ujian akan diberikan sijil. Pelajar yang gagal akan diberi peluang untuk mengulanginya sekali lagi. Kami tidak menjual sijil dan sebarang pernyataan berkenaan pembelian sijil tidak akan dilayan.

Bagaimana sijil kursus boleh diperlakukan?

Pelajar kursus telah menggunakan sijil kursus – kursus COMPU Studies dengan berbagai cara. Sijil kursus COMPU Studies boleh digunakan untuk permohonan kerja, kenaikan pangat, latihan kerjaya dan sebarang cara lain yang boleh membantu pemegangnya maju dalam kerjaya dan hidup. Sijil kursus – kursus COMPU Studies telah digunakan oleh pekerja sektor awam dan juga sektor swasta. Bak kata, jika anda berusaha bersungguh – sungguh, tidak ada pihak yang akan menolak usaha anda itu.

09) Khidmat Pelajar

Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan Terbaik?

Kadang kala kami hadapi masalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada sesetengah pelajar yang berhubung dengan kami. Walaupun kebanyakan pelajar boleh berhubung dengan baik dan mendapatkan jawapan kepada soalan mereka, namun ada segelintir pelajar yang mana perhubungan dengan mereka amat sukar dilaksanakan dengan baik. Di antara sebab – sebab mengapa perkhidmatan terbaik tidak dapat diberikan kepada pelajar sebegini adalah seperti berikut:-

  1.  Semasa berhubung dengan kami, pelajar tidak menyatakan maklumat pengenalan diri seperti Nombor Pelajar COMPU Studies mereka mahupun Nama mereka. Ini amat memudaratkan kami kerana kami terpaksa berbuat bermacam jenis andaian apabila berhubung dengan pelajar misteri seperti ini.
  2. Pelajar terlalu beremosi bila berhubung. Sesetengah pelajar suka membuat berbagai jenis andaian dan melemparkan berbagai jenis tuduhan. Perhubungan beremosi seperti ini tidak membantu pelajar ataupun kami bagi menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi.
  3. Sesetengah pelajar dan bukan pelajar suka membuat panggilan miss-call berulang kali ke talian telefon kami dengan harapan kami akan menalifon balik dan menjimatkan kos panggilan mereka. Untuk maklumat semua, kami TIDAK MELAYAN panggilan miss-call.

Untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dari kami, semua pelajar (dan bakal pelajar) diseru mematuhi peraturan atau protokol perhubungan rasmi seperti berikut:-

  1. Sentiasa berikan maklumat kenalan diri. Bagi pelajar, sila nyatakan Nombor Pelajar anda setiap kali SMS, telefon atau e-mel. Bagi bukan pelajar, nyatakan Nama Penuh anda.
  2. Nyatakan masalah dengan terperinci. Nyatakan nama kursus yang dirujuk dan masalah dengan jelas. SMS sepeti “Kenapa kursus tidak dapat di aktifkan?” kurang baik. SMS yang lebih baik ialah “CS999999 Kursus DVA Skrin muncul minta kod aktif, saya tidak tahu kod aktif saya“.
  3. Jika anda menalifon kami dan panggilan anda tidak terjawab (kerana kami sibuk atau ada urusan lain), sila telefon kembali. Anda boleh menalifon sehingga jam 8 malam. Disebabkan inilah kami memilih talian telefon bimbit untuk tujuan urusan rasmi kerana talian tetap tidak ada sesiapa yang melayan selepas jam 5 petang. Namun untuk sebarang urusan, menalifon di waktu pejabat biasa adalah terbaik.

Semoga dengan mematuhi panduan ringkas di atas, pelajar akan dapat selesaikan sebarang persolan dalam suasana yang tenang dan professional. COMPU Studies sentiasa komited dalam membantu pelajar mendapatkan pengalaman pembelajaran yang terbaik dari kami.

Mengapa COMPU Studies tidak membalas SMS saya?

Kami membalas SEMUA soalan yang ditanya dengan SMS, WhatsApp dan e-mel selewat-lewatnya dalam 24jam hari bekerja. Namun sesetengah pelajar tidak mendapat balasan SMS dari kami disebabkan tiga perkara:-

  1. Telefon bimbit pelajar tertutup. Sila pastikan anda memasang telefon bimbit untuk terima jawapan SMS dan WhatsApp dari kami.
  2. Ingatan telefon bimbit pelajar penuh dan oleh itu SMS kami tidak dapat masuk ke dalam telefon bimbit kerana tidak ada ruang. Pastikan anda kosongkan ingatan telefon bimbit supaya SMS baru boleh diterima.
  3. Telefon pelajar offline dan tidak boleh menerima balasan WhatsApp e-mel dari kami. Pastikan anda online telefon anda untuk menerima balasan WhatsApp dan e-mel.
  4. Pelajar tidak memberikan nombor pelajar apabila berhubung dengan kami. SMS, WhatsApp dan e-mel tanpa nombor pelajar akan dianggap sebagai perhubungan misteri dan tidak akan diberi layanan sewajarnya. Pastikan semua perhubungan anda ditaip dalam format berikut:-
    No.Pelajar
    Nama Kursus
    Soalan anda

Kami berharap pelajar dapat berikan kerjasama untuk kebaikan bersama.

10) COMPU Studies

Adakah COMPU Studies menyediakan pinjaman untuk mengikuti kursus?

Disebabkan COMPU Studies bukannya IPT, kami tidak menyediakan sebarang jenis pinjaman untuk mengikuti kursus. Harga kursus kami sudah cukup rendah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah mengikutinya. Jadi isu pinjaman tidak timbul.

Adakah COMPU Studies punya sebarang hubungan dengan kerajaan?

Tidak. COMPU Studies tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan atau mana – mana IPTA atau IPTS. COMPU Studies beroperasi secara bebas dan tidak tertakluk kepada birokrasi kerajaan dan IPTA/IPTS. Pelajar mendaftar dengan kami dan berurusan terus dengan kami tanpa perlu melalui mana – mana pihak ketiga.

Siapa yang biasa mengikuti kursus – kursus COMPU Studies?

Pelajar kami tiba dari berbagai lapisan masyarakat. Mereka terdiri dari:-

  1. Golongan pelajar sekolah dan IPT yang mengambil kursus untuk menyediakan kerja – kerja sekolah dan kolej seperti folio dan tugasan semester.
  2. Golongan belia yang mengambil kursus bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran IT yang diperlukan di alam pekerjaan.
  3. Peniaga dan ahli perniagaan yang ingin belajar cara – cara membina laman web, blog dan mempromosi produk dan perkhidmatan mereka di Internet.
  4. Pengguna komputer yang ingin menggunakan kemahiran IT dari kursus untuk mencari pendapatan sampingan.
  5. Pengguna komputer yang ingin menjimat kos dalam kerja – kerja penyelenggaraan dan baikpulih komputer sendiri, keluarga, rakan, majikan dan pelanggan.
  6. Golongan warga emas yang tidak ingin ketinggalan dalam arus pembangunan IT.

11) Pemilikan Kursus

Adakah Bahan Kursus Kepunyaan Saya?

Semua kursus – kursus COMPU Studies adalah hakmilik COMPU Studies. Peserta cuma membayar untuk menggunakan kursus bagi tujuan pembelajaran sahaja. Peserta tidak dibenarkan menjual, mengedar, menyalin dan mengubah sebarang bahagian kursus dalam apa cara atau bentuk pun.

Bolehkah saya pindah milik bahan kursus saya?

Anda tidak dibenarkan pindah milik bahan kursus anda dalam bentuk jualan atau pemberian dalam apa cara dan bentuk pun. Bahan kursus didaftar atas nama individu. Ianya tidak boleh dipindah milik ke atas nama individu atau nama organisasi/syarikat lain. Jika anda hendak pindah milik bahan kursus, sila hubungi kami secara terus. Pihak kami boleh letakkan sebarang syarat dan kos ke atas pindah milik kursus bergantung kepada kes.

12) Jaminan Pulangan Wang

COMPU Studies Ada Jaminan Pulangan Wang?

Ya. Ada. COMPU Studies memberi jaminan bahawa kursus – kursus kami menepati keperluan – keperluan berikut:-

  • Ditulis dalam bahasa Melayu dan oleh itu mudah diikuti oleh pengguna komputer yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris.
  • Bahan kursus lebih baik dari sebarang bahan untuk kursus yang sama dan setaraf dari IPTA atau IPTS.
  • Selain dari yuran kursus semasa pendaftaran, tidak ada sebarang bayaran lain yang perlu dibayar sepanjang tempoh langganan kursus.

Jika produk kami tidak menepati ciri – ciri di atas, anda boleh pulangkan semua bahan kursus dalam keadaan asal dalam masa 30 hari dari tarikh pengiriman dan wang anda akan dikembalikan. Pemulangan bahan kursus atas sebab – sebab yang lain tidak akan dilayan.

13) Versi Kursus

Apakah Nombor Versi Kursus?

Setiap kursus COMPU Studies mempunyai nombor versi. Nombor versi menggambarkan tahun versi kursus itu dilancarkan. Sebagai contoh Kursus versi 2013.03 dilancarkan pada bulan Mac, 2013.

Mengapa Versi Kursus Berubah – Ubah?

COMPU Studies sentiasa memperbaharui kursus untuk menyesuaikannya dengan keperluan semasa. Apabila satu versi kursus baru dikeluarkan, ianya diberikan nombor versi yang baru. Pada bila – bila masa, COMPU Studies mengekalkan hanya satu versi kursus sahaja dalam edaran. Oleh itu apabila versi baharu kursus dilancarkan, versi lama kursus akan diberhentikan.

Versi kursus yang diberhentikan tidak akan disokong. Pelajar kursus versi lama akan diberi peluang untuk upgrade ke versi baharu kursus secara percuma. Pemakluman akan versi – versi kursus akan dinyatakan di laman Berita Kursus Anda. Apabila muncul versi baharu kursus, pelajar boleh memohon mendapatkan Upgrade Percuma di laman Download Center. Upgrade Percuma diberikan tertakluk kepada syarat yang dinyatakan di laman Download Center.

14) Gantian Bahan Kursus

Bagaimana Jika Produk Saya Rosak atau Hilang?

Jika anda dapati sebarang bahagian kursus anda rosak, hilang atau tidak berfungsi, anda boleh memohon gantian percuma dengan menghubungi talian hotline COMPU Studies. Gantian percuma harus dipohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh bahan kursus diposkan kepada anda. Gantian selepas tempoh 30 hari akan dikenakan kos bahan dan pengeposan.

Apakah maksudnya amaran Low Disk Space pada Windows?

Apakah maksudnya amaran Low Disk Space pada Windows?

Amaran Low Disk Space pada Windows

Soalan:-
Pada komputer saya ada tertulis low disk space.you are running very low disk space on local disk c.kerap sangat muncul.apa maknanya dan kenapa jadi begitu?

Jawapan
Amaran Low Disk Space bermakna ruang kosong pada cakera sistem Windows semakin berkurang dan tidak dapat menampung keperluan Windows. Ini akan memperlahankan perjalanan Windows dan boleh juga mengakibatkan Windows tergantung operasi.

Cakera keras sistem berada dalam keadaan ruang kosong yang kritikal

Cakera keras sistem seringkali adalah cakera keras C: atau sering dilabelkan Local Disk (C:) pada (My) Computer. Jika anda membuka (My) Computer dalam Windows Xp, Vista dan Windows 7, anda akan nampak bar paras cakera menjadi warna merah seperti yang digambarkan di atas.

Untuk membaik pulih keadaan ini anda boleh lakukan beberapa perkara:-

1) Membuang atau memindahkan fail – fail peribadi yang besar (melebihi beberapa GB) dari Desktop dan (My) Documents ke cakera lain.

2) Membuang atau uninstall perisian – perisian besar yang tidak diperlukan dari Add/Remove Programs dalam Control Panel.

3) Mengabungkan dua cakera menjadi satu. Sebagai contoh dalam grafik di atas cakera F: boleh digabungkan dengan cakera C: untuk membentuk satu cakera C: yang lebih besar. Teknik untuk melakukan ini dihuraikan dengan terperinci dalam Kursus Format, Partition, Backup dan Restore Windows COMPU Studies

Mengapa komputer selalu reboot?

Komputer Selalu Reboot

Soalan dari seorang pelajar:-
Adakah komputer itu mempunyai banyak virus jika komputer itu selalu reboot..dan adakah cd kursus yang saya pasang nanti tidak dijangkiti virus?

Jawapan:-
Komputer yang selalu reboot (mula semula) boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih masalah – masalah berikut:-

1) Bekalan kuasa yang tidak stabil – sama ada dari soket dinding atau dari kotak kuasa komputer.

2) Masalah perkakasan komputer – seperti sambungan kabel kuasa kepada cakera keras longgar atau komponen lain yang rosak.

3) Perisian driver Windows yang tidak serasi dengan perkakasan.

4) Penggunaan Windows yang belum diaktifkan lagi.

5) Jangkitan virus dan spyware.

Kesemua yang di atas adalah sebab – sebab utama yang boleh menyebabkan komputer anda reboot berulang kali.

Untuk mengenalpasti masalahnya anda perlulah:-
a) Memastikan sama ada masalah berpunca dari perkakasan.
b) Memastikan Windows telah diaktifkan.
c) Memastikan sama ada masalah berpunca dari perisian driver.
d) Memastikan sistem anda bebas dari virus dan spyware.


Kesemua langkah – langkah di atas hanya boleh dilakukan oleh seorang juruteknik yang berpengalaman dan punya kesabaran. Oleh itu bawalah komputer anda ke juruteknik yang anda percayai.






Mengapa ruang kosong cakera saya semakin berkurang?

Mengapa ruang kosong cakera saya semakin berkurang?

Soalan:-

Saya nak tanya,apa yg menyebabkan drive c saya cepat sangat berkurangan free spacenya (ruang kosong)? Setiap kali saya buka internet, setiap saat free space (ruang kosong) berkurangan dan berkurangan. Walhal saya dah cuba delete history dan uninstall program yg sedia ada. Apa sebenarnya punca masalah saya  ini?
Jawapan:-
Ruang kosong cakera keras C (yang sering adalah cakera utama dalam komputer) boleh berkurangan secara mendadak apabila pengguna berada dalam talian atau online di sebabkan oleh beberapa sebab:-
1) Ruang kosong cakera berkurangan disebabkan oleh aktiviti perisian tertentu yang memuat turun fail tanpa disedari oleh pengguna. Di antara perisian yang diketahui melakukan kegiatan seperti ini adalah seperti virus dan spyware. Spyware sering memuat turun berbagai jenis perisian dan seperti iklan, virus dan spyware lain ke dalam komputer pengguna. Ini akan menyebabkan ruang kosong cakera C turun dengan mendadak. Perkara ini diburukkan lagi apabila saiz ruang kosong pada cakera sudah sedia kecil.
b) Ruang kosong pada cakera juga boleh berkurang disebabkan oleh aktiviti sah perisian – perisian tertentu. Sesetengah perisian seperti Windows, Java, Adobe dan lain – lain mempunyai ciri autoupdate. Dengan ciri ini perisian akan memuat turun fail – fail kemas kini (yang sering boleh jadi berpuluh hingga beratus Megabyte saiznya) apabila talian Internet dikesan. Akibatnya pengguna akan melihat saiz ruang kosong cakeranya semakin berkurangan. Namun disebabkan ada banyak perisian, adalah mustahil untuk memastikan perisian mana yang mungkin dan sedang melakukan kegiatan autoupdate secara senyap ini.
Penyelesaian
Cara terbaik untuk membaik pulih masalah ruang kosong cakera semakin berkurangan adalah untuk memastikan yang tidak ada aktiviti yang tidak diingini sedang berlangsung pada komputer anda setiap kali anda bersambung ke Internet. Aktiviti yang dimaksudkan adalah jangkitan virus dan spyware. Jadi tindakan yang sewajarnya ialah menjalankan satu pengimbasan keseluruhan lengkap sistem menggunakan perisian antivirus anda.
Untuk memastikan yang anda benar – benar dapat mengesan virus dan spyware dengan terbaik, anda disarankan melakukan tindakan – tindakan seperti berikut:-
1) Kemas-kinikan perisian antivirus dan anti-spyware anda. Rujuk Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies. Pelajaran 3 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware mengajar anda bagaimana mengemas-kini anti-spyware dan Pelajaran 10 kursus tersebut mengajar anda kaedah mengemas-kini antivirus.

2) Tutup sambungan Internet anda. Ini bagi memastikan jangkitan baru tidak berlaku semasa anda melakukan tugasan berikutnya.

3) Jangan boot-scan seperti yang diajar di dalam Pelajaran 15 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies.

4) Periksa rekod pengimbasan virus dan lakukan tindakan susulan seperti yang diajar di dalam Pelajaran

15 tadi.

5) Lakukan pengimbasan spyware dengan anti-spyware seperti yang dijelaskan dalam Pelajaran 4 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies.

6) Setelah semua virus dan spyware dibuang dan sistem anda bersih dari semua anasir jahat ini, ambil tindakan dan langkah berjaga – jaga semasa menggunakan Internet seperti yang diterangkan dalam Pelajaran 5 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies.

7) Pastikan komputer anda dilengkapi dengan Firewall bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan virus, spyware dan serangan dari perisian worm dan hackers. Rujuk Pelajaran 20 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware untuk kaedah memasang perisian Firewall di dalam Windows Xp, Windows Vista dan Windows 7.

8) Pastikan ruang kosong cakera anda tidak pernah kurang dari 500MB. Jika saiz ruang kosong cakera anda jatuh kurang dari nilai ini, ambil langkah sewajarnya seperti menyah-pasang (uninstall) perisian yang tidak diperlukan. Jika nilai ruang kosong cakera tidak banyak berubah selepas itu, pertimbangkan untuk mendapatkan satu cakera keras baru sebagai media storan tambahan atau menggantikan cakera sedia ada.

Melakukan langkah – langkah di atas kami pasti anda akan dapat menyelesaikan masalah ruang kosong cakera keras anda berkurangan dan memastikan sistem komputer anda berfungsi baik untuk jangka masa yang lama.

Apa perlu saya buat sebelum menghantar komputer untuk di servis?

Apa perlu saya buat sebelum menghantar komputer untuk di servis?

Soalan penuh:-
Saya kena hantar komputer saya ke service centre. Sebelum hantar ke service centre, di kehendaki segala file-file yang ada hendaklah di tranfer ke pendrive. Sepertimana maklum sebelum ini saya ada mengikuti kursus COMPU Studies. Adakah perisian itu akan hilang apabila komputer saya dihantar service nanti. Kalau hilang apa yang perlu saya buat?

Jawapan:-
Sebelum hantar komputer anda ke pusat service, lakukan tindakan berikut:-
1) Simpan semua keputusan ujian kursus – kursus COMPU Studies yang telah anda siapkan ke dalam pendrive anda. Rujuk perisian kursus untuk langkah bagaimana melakukan ini. Jika tidak pasti sila tanyakan.

2) Setelah komputer dikembalikan dan jika perisian kursus sudah tiada lagi, pasang perisian kursus dari CD-ROMnya. Kemudian akifkan semula kursus anda dengan kod aktif yang baru. Rujuk perisian kursus untuk kaedah mendapatkan kod aktif baru. Jika tidak pasti, sila tanyakan.

Bagaimana saya akan tahu cakera keras komputer saya sudah rosak?

Bagaimana saya akan tahu cakera keras komputer saya sudah rosak?

Petanda paling jelas ada masalah kritikal dengan cakera keras adalah apabila komputer tidak dapat mengesan kehadirannya ketika ianya dipasang (on). Dalam keadaan ini perkataan “Disk boot failure” atau “Drive not found” sering terpapar di skrin komputer dan Windows tidak akan dapat dijalankan. Masalah ini boleh jadi kecil – seperti sambungan cakera keras yang longgar – atau ianya boleh jadi masalah besar – seperti cakera keras mengalami kerosakkan penuh dan tidak berfungsi lagi. Hanya seorang juruteknik yang berpengalaman (dan jujur) sahaja boleh memberitahu anda punca sebenar masalah dan tindakan yang harus diambil.

Adakah menformat komputer berulang kali akan merosakkannya?

Bagaimana saya akan tahu cakera keras komputer saya sudah rosak?

Petanda paling jelas ada masalah kritikal dengan cakera keras adalah apabila komputer tidak dapat mengesan kehadirannya ketika ianya dipasang (on). Dalam keadaan ini perkataan “Disk boot failure” atau “Drive not found” sering terpapar di skrin komputer dan Windows tidak akan dapat dijalankan. Masalah ini boleh jadi kecil – seperti sambungan cakera keras yang longgar – atau ianya boleh jadi masalah besar – seperti cakera keras mengalami kerosakkan penuh dan tidak berfungsi lagi. Hanya seorang juruteknik yang berpengalaman (dan jujur) sahaja boleh memberitahu anda punca sebenar masalah dan tindakan yang harus diambil.

Apakah maksud format dan install?

Apakah maksud format dan install?

Secara teknikal, Format adalah operasi memadam maklumat dari media storan maklumat. Ianya sering dilakukan ke atas cakera keras (HDD), namun boleh juga dilakukan ke atas cakera liut (FDD) dan sebarang jenis media storan elektronik seperti Thumbdrive, Kad Ingatan (Memory Card) yang dipasang ke dalam alat elektronik konsumer seperti telefon bimbit, kamera digital, pemain MP3/MP4 dan lain – lain.

Install sering dimaksudkan sebagai memasang perisian atau sistem operasi ke dalam media storan tadi. Install sering dilakukan kepada HDD yang telah diformat. HDD sedemikian sering dipasangkan dengan perisian sistem operasi seperti Windows bagi membolehkan komputer dihidupkan dan digunakan.

Format dan Install perlu dilakukan setiap kali komputer baru hendak dipasang. Format dan Install juga kerap dilakukan apabila komputer rosak disebabkan oleh virus, spyware atau masalah lain.

Kegiatan menformat dan install ini banyak menghabiskan masa dan wang pengguna. Oleh itu mempelajari kaedah menghindari komputer dari diformat dan install boleh menjimatkan anda banyak masa dan wang. Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies mengajar anda teknik bagaimana melindungi dan melawan serangan dan jangkitan virus dan spyware supaya anda boleh terus gunakan komputer untuk jangka waktu laman tanpa perlu diformat dan install Windows setiap dua – tiga bulan.
Adakah selamat menggunakan komputer di siber kafe?

Adakah selamat menggunakan komputer di siber kafe?

Soalan:-
Benarkah jika menggunakan internet di siber kafe (CC) tidak selamat? Adakah mereka (pengendali CC) boleh melihat dan merakam apa yg kita buat? Ada ke software / hardware yang boleh d kawal dari PC lain,utk mengintip? Saya selalu guna email dan kadang – kadang online banking jadi perkara ini amat merisaukan saya.


Jawapan:-
Pengendali siber kafe haruslah memberi perkhidmatan berkuali secara jujur dan bertanggung-jawab. Ini sahajalah cara mereka boleh menarik lebih banyak pelanggan dan mengekalkan pelanggan sedia ada.


Siber kafe beroperasi dalam suasana rangkaian komputer. Berbagai teknologi wujud yang boleh digunakan dalam suasana ini. Ada teknologi yang baik dan ada juga yang kurang baik.


Diantara teknologi kurang baik yang boleh disalah gunakan adalah seperti perisian pengintipan yang membolehkan pengendali siber kafe merakam setiap perkara yang ditaip di papan kunci. Ini termasuklah username dan password bagi berbagai akaun online seperti Facebook, e-mel dan perbankan online.


Selain dari itu siber kafe juga menggunakan perisian kawalan bagi menguruskan perkhidmatan mereka. Perisian ini memberi akses Internet kepada pengguna dan menutup akses apabila had masa yang dibeli itu telah luput.


Secara lazimnya adalah selamat menggunakan komputer di siber kafe. Namun berbekalkan berbagai teknologi yang ada, pengendali siber kafe memang boleh melakukan berbagai perkara yang bercorak jenayah terhadap pelanggan mereka.


Jika anda rasakan akaun online anda telah dikompromi, hentikan melawati siber kafe berkenaan. Anda juga boleh menyoal pengendali siber kafe bagi menyedarkan mereka yang bukan semua pelanggan mereka jahil berkenaan isu keselamatan komputer. 


Sudah tentunya, tidak ada yang lebih baik dari menggunakan  Internet dari komputer peribadi anda sendiri.

Virus Dalam E-mel

Virus Dalam E-mel

E-mel dari seorang pelajar:-
Saya pelajar compu studies. Saya nk mintak tolong sangat2 dari tenaga pengajar compu studies saya punya email selalu ada send link2 seperti di bawah kepada email2 orang lain,sedangkan saya tidak buat apa2 pun..




saya nak tahu macam mana untuk menghentikan perkara ini agar link2 di atas tidak lagi dihantar kepada email orang lain melalui email saya..harap pihak tuan dapat segera membantu saya agar maruah saya tidak terus tercalar..pertolongan dari tenaga amatlah diperlukan dan diharap dapat membantu saya dengan segera

Jawapan
Link seperti yang anda nyatakan itu boleh berpunca dari dua sumber:-

1) Jika link hanya muncul dalam e-mel yang anda karang sendiri bermakna ianya adalah setting perisian e-mel anda. Sila periksa setting perisian atau perkhidmatan e-mel anda di bahagian “signature“.

2) Jika link dihantar melalui e-mel yang anda tidak pernah karang, kemungkinan besar komputer anda dijangkiti virus atau spyware. Virus mempunyai kebolehan mencuri alamat e-mel anda dan rakan-taulan anda dan mengarang e-melnya sendiri dan memasukkan berbagai jenis link dan menghantar e-mel atas nama anda tanpa membuka sebarang perisian. Untuk membaik pulih masalah seperti ini, sila ikuti petua seperti yang diajar dalam Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies.
  

Adakah antivirus dan anti-spyware yang dibekalkan dengan kursus percuma dan ori?

Adakah antivirus dan anti-spyware yang dibekalkan dengan kursus percuma dan ori?

Ya, antivirus dan anti-spyware yang dibekalkan bersama kursus komputer COMPU Studies iaitu Kursus Pembasmian Virus dan Spyware sememangnya percuma dan original.

Anda tidak akan diminta membayar sesen pun untuk kedua jenis perisian ini. Melalui portal kursus komputer COMPU Studies anda juga akan dipastikan menerima  khidmat sokongan percuma untuk kedua perisian ini sepanjang hayat mereka dibekalkan dan disokong oleh pengeluar.

Perlukan saya gunakan Windows Defender?

Perlukan saya gunakan Windows Defender?

Soalan penuh:-
Adakah perlu saya buat sekali dengan mengupdatekan dan scan perisian Microsoft yang dibekalkan iaitu Windows Defender, sebagaimana yang dibuat kepada perisian antivirus dan spyware . Kalau perlu dibuat- bagaimanakah cara-caranya .Adakah caranya sama, saya tengok ada setting-scan, timer,objek scan, versi dan laman webnya.
Pada pendapat saya, perisian anti virus dan spyware yang dibekalkan oleh Compu Studies sudah memadai.

Jawapan:-
Ya betul. Perisian antivirus dan spyware yang kami bekalkan adalah lebih dari memadai. Gunakannya bersama langkah – langkah penjagaan dan pencegahan, komputer anda akan selamat dari serangan dan jangkitan virus buat masa yang lama. Lupakan sahaja Windows Defender.

Menukar Format Video YouTube

Menukar Format Video YouTube

Soalan dari seorang pelajar:-
Saya baru saja  download beberapa  videos clip dari You Tube dan akan membuat serta menjadikannya dalam  satu bentuk  vcd.Dalam videos klip itu semuanya dalam bentuk format MP4.Saya mahu kepastian, adakah wajar atau tidak, sebelum dirakam formatnya ditukar kepada format MPEG dengan menggunakan perisian video converter.Jika tidak ditukar format asal ,kualiti rakamannya bagaimana?

Jawapan
Segala -galanya bergantung kepada perisian rakaman CD/DVD anda. Sesetengah perisian rakaman seperti Nero Express mempunyai perisian video converter-nya sendiri dan akan menukar format video ke format MPEG sebelum merakam ke dalam bentuk VCD.

Namun sesetengah perisian rakaman CD/DVD lain tidak mempunyai kebolehan ini. Perkara ini boleh diperiksa dengan mudah semasa memasukkan fail video untuk dijadikan VCD. Jika perisian rakaman CD/DVD anda menerima fail video dalam format MP4 atau lain – lain format bukan MPEG maka berkemungkinan besar perisian rakaman tersebut boleh menukar format video tersebut ke dalam bentuk MPEG.

Jika perisian rakaman CD/DVD anda hanya menerima fail dalam format MPEG untuk rakaman VCD, maka ini bermakna ianya tidak boleh menukar format video berkenaan. Dalam kes ini anda terpaksa menukar format video itu sendiri menggunakan perisian percuma yang dibekalkan bersama dengan Kursus DVA COMPU Studies anda.

Mengapa perisian muat turun video YouTube saya sudah tidak berfungsi?

Mengapa perisian muat turun video YouTube saya sudah tidak berfungsi?

Semua perisian muat turun video YouTube mempunyai fungsi decrytor di dalamnya yang memprose URL video YouTube. 

Ini kerana URL video YouTube seperti http://www.youtube.com/watch?v=R1J4K3aZuww bukan lokasi sebenar fail video tersebut di simpan. Bagi URL tadi, lokasi video sebenarnya ialah http://tc.v24.cache3.c.youtube.com:80/videoplayback?ip=0.0.0.0&sparams=id%2Cexpire%2Cip%2Cipbits%2Citag%2Calgorithm%2Cburst%2Cfactor&fexp=900650&algorithm=throttle-factor&itag=34&ipbits=0&burst=40&sver=3&expire=1268056800&key=yt1&signature=9B667F8D3CF5F80DA1AA36B5A702F68CE671DD.44B78A4C491F4AA37630A5C87BC94162BEFE00FC&factor=1.25&id=4752782b7699bb0c&redirect_counter=1 

Jadi sebarang perisian muat turun mesti mempunyai kebolehan menukar URL video YouTube yang terpapar di laman web ke URL sebenar fail video berkenaan. Ini dilakukan menggunakan suatu algoritma atau formula metamatik yang rumit.

Pihak YouTube dari masa ke semasa akan mengubah formula algoritma mereka atas sebab – sebab pengurusan atau hak cipta. Akibatnya sebarang perisian muat turun video YouTube yang tidak menggunakan algoritma yang baru itu tidak akan berfungsi lagi. Disebabkan inilah banyak perisian muat turun video YouTube berhenti berfungsi selepas beberapa bulan.

Perisian muat turun video YouTube yang dibekalkan percuma kepada pelajar Kursus Digital Video dan Audio (DVA) COMPU Studies melalui Portal Kursus DVA di dapati paling stabil dan paling cepat mengeluarkan versi baru apabila terdapat perubahan dalam struktur dan algoritma video YouTube. Oleh itu anda digalakan menggunakan perisian itu sahaja dan lupakan sahaja perisian – perisian lain.

Mengapa saya tidak boleh salin lagu dari CD lagu ke komputer saya?

Mengapa saya tidak boleh salin lagu dari CD lagu ke komputer saya?

Lagu dari CD lagu atau CD audio sememangnya tidak boleh disalin ke komputer menggunakan kaedah Copy and Paste. Untuk itu anda memerlukan perisian khas yang mempunyai fungsi ekstraksi CD audio. Perisian Windows Media Player mempunyai fungsi ini. Kursus Digital Video dan Audio Multimedia COMPU Studies (atau Kursus DVA secara singkatnya) mengajar bagaimana anda boleh mengekstrak lagu – lagu dari CD audio dan menukarkannya ke dalam bentuk MP3 menggunakan Windows Media Player. Kursus ini juga mengajar bagaimana fail MP3 ini boleh dirakam ke dalam CD dan DVD MP3 atau dipindahkan ke alat mudah alih anda seperti pemain MP3/MP4 dan telefon bimbit anda. Sila rujuk laman web kami di sini untuk keterangan lanjut.

Baik Pulih Masalah Cetakan

Baik Pulih Masalah Cetakan

Soalan dari seorang pelajar:-

Setiap kali apabila dokumen dicetak hasilnya amat tidak memuaskan serta kualiti agak teruk.Hasilnya amat ketara terutama kepada tulisan serta objek yang berwarna sahaja. Tulisan serta objek  yang berwarna hitam tiada masalah.Saya nak tahu apakah puncanya? Saya nak kepastian adakah ia mungkin berpunca dari print head calour sudah terkering? Untuk makluman tuan, printer saya berjenama Lexmark-kandungannya masih banyak lagi.Apakah tindakan susulan yang boleh saya buat?

Jawapan:-
Kerja – kerja mencetak kerap dilakukan apabila menggunakan perisian seperti Microsoft Word. Kursus Microsoft Word COMPU Studies mengajar anda berbagai teknik cetakan.

Namun kadangkala hasil cetakan yang diberikan oleh pencetak amat menghampakan. Apabila hasil cetakan bermasalah seperti tidak ada warna kelihatan atau pun cetakan hitam tidak muncul ianya menandakan ada masalah dengan pencetak.

Biasanya ini berpunca dari kepala pencetak (print head) yang tersumbat. Print head boleh tersumbat dengan dakwat kering apabila tidak digunakan untuk sekian lama. Dalam keadaan ini walaupun katrij dakwat penuh, kualiti cetakan adalah jauh dari memuaskan.

Sebab lain perkara ini boleh berlaku adalah apabila print nozzle di print head sudah terbakar. Print nozzle adalah liang melalui mana dakwat keluar dari print head. Apabila pencetak dijalankan dalam keadaan print head tersumbat, print nozzel-nya boleh terbakar akibat menjadi terlalu panas. Kerosakkan jenis ini adalah kerosakkan kritikal dan hanya boleh dibaiki dengan menggantikan print head tersebut.

Jadi masalah dakwat tidak keluar dari print head boleh jadi kritikal atau tidak. Untuk memastikannya anda boleh lakukan tindakan – tindakan berikut:-
1) Lakukan fungsi Print Head Cleaning melalui perisian printer driver anda. Rujuk manual pencetak anda untuk tekniknya.

2) Jika hasil cetakan masih tidak memuaskan, keluarkan print head dari printer. Rendamkan print head setakat nozzle sahaja ke dalam air suam. Keringkan print head dan nozzle di atas kertas tisu. Perhatikan kesan dakwat yang muncul di kertas tisu. Garisan kesan dakwat hendaklah lurus dan tidak terputus – putus. Juga pastikan semua warna yang ada di dalam print head itu muncul pada kertas tisu. Ulangi proses ini jika kesan dakwat yang muncul pada tisu tidak memuaskan.

Tonton video YouTube ini sebagai panduan.

Kenapa dokumen yang dicetak lain pula yang keluar?

Kenapa dokumen yang dicetak lain pula yang keluar?

Ramai pengguna ada masalah ini. Satu dokumen dihantar untuk cetakan namun dokumen lain pula yang keluar dari pencetak.


Perkara ini terjadi kerana ada dokumen dalam “q” pencetak. “Q” adalah barisan dokumen – dokumen yang sedang menunggu (“waiting”) untuk dicetak. Semua dokumen yang dihantar ke pencetak yang sama harus menunggu giliran mereka untuk dicetak. Apabila pengguna menutup pencetak atau komputer sebelum dokumennya boleh dicetak, dokumen tersebut akan tunggu dalam “q” untuk dicetak. Selagi “q” ini tidak dibersihkan selagi itulah anda akan menghadapi masalah seupama ini.


Kaedah menyelesaikan masalah ini ada dua:-
1) Masukkan kertas ke dalam pencetak dan biarkan ia mencetak semua dokumen – dokumen dalam “q” yang sedang “waiting” itu.


2) Kedua, padamkan “q” pencetak. Caranya double-click ikon pencetak dalam Printers & Faxes (Start > Printers). Anda akan nampak senarai semua dokumen – dokumen dalam “q” pencetak. Klik menu Printers dan klik fungsi Cancel All Documents. Tunggu sebentar (anda mungkin kena tunggu agak lama – kadang kala sehingga 10 minit). Jika “q” masih tidak dibersihkan, Restart komputer anda. Kemudian periksa dan pastikan “q” dokumen sudah dikosongkan. Anda kemudian bolehlah mencetak seperti biasa.

Mengapa cetakan saya ada garisan putih?

Mengapa cetakan saya ada garisan putih?

Masalah sedemikian sering berpunca dari kepala pencetak jenis inkjet. Kepala pencetak jenis ini sering akan terkering jika tidak digunakan sekian lama. Ini menyebabkan kualiti cetak tidak menyerupai warna dalam dokumen atau mempunyai berbagai jenis garis warna atau putih.

Perkara ini boleh diselesaikan dengan menjalankan fungsi “printhead cleaning” pada pencetak anda. Sila rujuk dokumen pencetak anda untuk kaedah melakukannya kerana ianya tidak sama dari satu jenama ke jenama lain dan dari satu model ke model lain.

Anda juga boleh mengeluarkan kepala pencetak dan mencucinya dengan teliti menggunakan puting kapas yang dibasahkan.

Jika semua perkara ini tidak dapat membaik pulih kualiti cetakan anda, anda mungkin perlu menukar printhead pencetak anda itu.

Setting Bahasa Dalam Microsoft Word

Setting Bahasa Dalam Microsoft Word

Soalan dari seorang pelajar:-
Saya ingin bertanya : Kenapa apabila kita menggunakan Microsoft Word untuk menaip surat umpamanya ejaan Melayu kita tertukar secara automatik kepada perkataan Inggeris apabila kita tekan butang ENTER, contohnya : saya menaip perkataan “sekurang-sekurangnya” lepas itu apabila saya tekan butang ENTER ejaan tersebut bertukar menjadi “Securings” begitu juga dengan perkataan lain yang hampir2 dengan perkataan Inggeris, ia akan bertukar secara luar kawalan kepada perkataan Inggeris, bagaimana untuk mengatasinya sila beri penjelasan. Terima Kasih.

Jawapan
Perkara di atas terjadi disebabkan oleh ciri Auto Correct di dalam Microsoft Word. Ciri auto correct ini akan cuba membetulkan kesilapan ejaan berdasarkan kepada bahasa yang digunakan di dalam dokumen yang sedang dikerjakan.

Klik untuk lihat gambar lebih besar

Disebabkan secara lazimnya, bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris, jadi Microsoft Word akan menandakan sebarang ejaan yang dianggapnya sebagai salah dengan garis beralun merah atau hijau seperti yang di paparkan di sebelah. Microsoft Word juga akan cuba memperbetulkan kesalahan ejaan tersebut dengan merujuk kepada kamus bahasa Inggeris yang terbina di dalam perisian tersebut.

Inilah kesan yang anda lihat pada komputer anda.

Penyelesaian
Terdapat dua kaedah memperbaiki masalah auto correct pada ejaan bahasa Melayu seperti yang disebutkan di atas.
Kaedah Pertama: Menutup ciri atau fungsi Auto Correct. Ciri atau fungsi Auto Correct boleh dimatikan dengan menetapkan setting di dalam Microsot Word. Teknik untuk melakukan ini sudahpun dijelaskan di dalam Kursus Microsoft Word COMPU Studies pada Pelajaran 9, slaid 12 hingga 15.

Kaedah Kedua:Menetapkan bahasa dokumen anda. Apabila mengerjakan dokumen dalam bahasa yang bukannya bahasa Inggeris, adalah disarankan anda menetapkan bahasa dokumen tersebut ke bahasa yang sesuai. Ini akan memudahkan Microsoft Word mengenal pasti kesilapan ejaan yang betul. Di dalam Kursus Microsoft Word COMPU Studies, anda dibekalkan dengan Kamus Elekronik Bahasa Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu yang berfungsi baik di dalam perisian Microsoft Word. Kursus Microsoft Word COMPU Studies juga mengajar anda bagaimana memasang dan menetapkan setting bahasa di dalam dokumen Word anda ke bahasa Melayu. Anda juga di ajar bagaimana memeriksa kesilapan ejaan bahasa Melayu di dalam dokumen anda menggunakan kamus yang dibekalkan. Semua ini diajar di dalam Pelajaran 12 Kursus Microsoft Word Lanjutan berkenaan.

Kesimpulan

Menggunakan kaedah dan teknik yang diajar di dalam Kursus Microsoft Word anda akan dapat mengerjakan dokumen Word didalam  bahasa Melayu dengan sempurna.

Bagaimana memadamkan akaun Facebook saya?

Bagaimana memadamkan akaun Facebook saya?

Untuk memadamkan akaun Facebook anda termasuk semua kandungannya dari pengkhidmat Facebook, sila lakukan langkah2 berikut:-

1) Log masuk ke akaun Facebook yang hendak dipadamkan
2) Nyah-aktifkan (deactivate) akaun anda.
3) Log keluar dari akaun berkenaan.
4) JANGAN log kembali ke dalam akaun berkenaan selama 2 minggu atau lebih. Tempoh ini diperlukan untuk benar – benar memastikan akaun tersebut tidak aktif lagi. Hanya akaun yang tidak aktif selama lebih dari 2 minggu sahaja akan dipadamkan segala kandungannya secara automatik. Jika anda log masuk dalam tempoh itu, anda terpaksa ulangi proses ini sekali lagi.

Apakah kegunaannya Recent Places di My Computer?

Apakah kegunaannya Recent Places di My Computer?

Recent Place hanya menggambarkan lokasi – lokasi terkini yang pernah dilawati anda sama ada di dalam komputer anda sendiri atau di dalam rangkaian dan Internet. Ianya berguna sekiranya anda perlu mencari sesuatu dokumen yang dibuat beberapa hari sudah tetapi tidak ingat dari lokasi mana anda membukanya.

Haruskah thumdrive/ pemacu luaran diformat?

Haruskah thumdrive/ pemacu luaran diformat?

Soalan
Adakah kita mesti format dahulu thumbdrive/ pemacu luaran yang baru dibeli sebelum boleh dgunakan?

Jawapan
Walaupun kebanyakan thumbdrive/pemacu luaran dijual dalam keadaan sedia terformat, adalah baik anda menformatkannya terlebih dahulu sebelum guna. Ini akan memastikan data tidak terhilang semasa alatan tersebut digunakan.

Rencana Berkaitan

Bagaimana Kursus Dijalankan
bagaimana kursus dijalankanKetahui langkah demi langkah bagaimana kursus anda dijalankan dari mula sehingga akhir. Klik butang di bawah.
Beli Produk Elektronik Dengan Harga Borong!
download kursusDapatkan harga borong bagi produk – produk elektronik pilihan COMPU Studies seperti Powerbank, Headphones, Kabel, cakera rakaman CD/DVD dan dakwat pencetak.
Lihat Semua Kursus
jenis_kursusLihat semua kursus – kursus yang ditawarkan oleh COMPU Studies dengan cepat. Klik butang di bawah.
Jom Belajar
jom_belajarBaca Tips Komputer Minggu ini. Ikuti tutorial percuma Asas Pembinaan Laman Web. Lakukan Kuiz percuma kami dan dapatkan sijil untuk kuiz anda. Kami juga ada Kursus Facebook Percuma. Klik butang di bawah.