Kursus Bahasa Inggeris

di bawakan oleh COMPU Studies

Sebutan Plural Dengan S Pendek

Sebutan Plural Dengan 's' Pendek

Pengenalan

Bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa yang unik dengan pelbagai peraturan ejaan dan sebutan. Salah satu aspek yang menarik untuk dipelajari adalah cara menyebut sebutan ‘s‘ bagi perkataan plural seperti cats, dogs dan sebagainya. Bagi pelajar baharu bahasa Inggeris, memahami peraturan ini adalah penting untuk memastikan kejelasan semasa berkomunikasi dengan orang lain.

Dua Cara Menyebut Perkataan Plural

Perkataan plural yang berakhir dengan huruf ‘s’ dalam bahasa Inggeris disebut menggunakan dua jenis sebutan. Sebutan – sebutan ini adalah seperti senarai di bawah.

Setiap satu dari sebutan di atas pula ada dua jenis. Satu jenis mempunyai bunyi ‘s’ sementara yang satu lagi itu mempunyai bunyi ‘z’. Jadi semuanya ada 4 jenis sebutan dalam dua kategori berlainan. Pada ketika ini anda mungkin sudah bertanyakan bahawa…

Kenapa Rumit Sangat Sebutan Plural?

Bagi pelajar yang baharu sahaja hendak berjinak dengan bahasa Inggeris, mengetahui bahawa sebutan perkataan plural sahaja ada 4 jenis akan menimbulkan persoalan “Adakah bahasa Inggeris ini sengaja dirumitkan untuk menyusahkan orang?” Bersabarlah. Mari kita fahamkan mengapa terjadi 4 jenis sebutan untuk perkataan plural bahasa Inggeris yang berakhir dengan ‘s’ itu.

Sebab pertama sudah pun dijelaskan dalam pelajaran lepas iaitu perbezaan sebutan itu disebabkan oleh perbezaan ejaan perkataan plural.

Sebab kedua adalah perbezaan sebutan ini bukan sahaja disebabkan oleh peraturan Grammar tetapi juga pengaruh sejarah, perkembangan, dan serapan dari pelbagai bahasa. Dalam proses perubahan sejarah, bahasa Inggeris seperti juga semua bahasa lain, menerima banyak pengaruh terutamanya dari bahasa German dan Perancis yang menyebabkan variasi dalam cara perkataan plural diucapkan.

Sebab ketiga adalah sebutan berbeza muncul secara semulajadi untuk memudahkan percakapan dan bukan menyusahkannya. Sebagai contoh adalah lebih mudah menyebut cars dengan bunyi ‘z’ di belakangnya (yakni karz) dari cuba menyebutnya dengan bunyi ‘s’ (kars). Perbezaan antara dua jenis sebutan ini akan menjadi lebih jelas dalam bahagian – bahagian di bawah.

Dua Jenis Sebutan 's' Pendek

Sebutan 's' Pendek Dengan Bunyi 's'

Bunyi ‘s’ sebutan pendek pertama adalah bunyi ‘s’. Bunyi ini kedengaran seperti bunyi angin keluar dari tayar. Sila tonton video di sebelah bawah untuk mendengar dan melihat bagaimana bunyi ini dikeluarkan.

Cara Memeriksa Bunyi 's' Pendek

Untuk ketahui sama ada anda menyebut bunyi ‘s’ pendek dengan betul atau tidak, anda hanya perlu letakkan tangan anda di atas tekak anda seperti dalam gambar di bawah ini.

Jika anda menyebut bunyi ‘s’ pendek dengan betul, anda tidak akan rasa sebarang gegaran pada tekak anda. Itulah caranya bagaimana hendak ketahui sama ada anda menyebut bunyi ‘s’ pendek itu dengan betul.

Sebutan 's' Pendek Dengan Bunyi 'z'

Bunyi ‘s’ sebutan pendek kedua adalah bunyi ‘z’. Bunyi ini kedengaran seperti bunyi lebah yang sedang terbang. Sila tonton video di bawah untuk mendengar dan melihat bagaimana bunyi ini dikeluarkan.

Cara Memeriksa Bunyi 'z' Pendek

Untuk ketahui sama ada anda menyebut bunyi ‘z’ pendek dengan betul atau tidak, anda hanya perlu letakkan tangan anda di atas tekak anda seperti dalam gambar di bawah ini.

Jika anda menyebut bunyi ‘z’ pendek dengan betul, anda akan rasa gegaran pada tekak anda. Itulah caranya bagaimana hendak ketahui sama ada anda menyebut bunyi ‘z’ pendek itu dengan betul.

Contoh Sebutan 's' Pendek

Contoh Sebutan 's' Pendek Dengan Bunyi 's'

Mainkan video di bawah dan perhatikan bagaimana semua perkataan plural yang berakhir dengan ‘s’ dalam video disebut dengan bunyi ‘s’. Kemudian cubalah menyebut perkataan – perkataan ini. Anda boleh letakkan empat jari anda pada tekak untuk memastikan tidak ada sebarang gegaran menandakan anda menyebut semua perkataan dalam video itu dengan betul.

Berikut adalah senarai perkataan dalam video:-

tests, parts, facts, sports, students, nights, lights, minutes, events, parents, groups, steps, weeks, banks, laughs.

Contoh Sebutan 's' Pendek Dengan Bunyi 'z'

Mainkan video di bawah dan perhatikan bagaimana semua perkataan plural yang berakhir dengan ‘s’ dalam video disebut dengan bunyi ‘z’. Kemudian cubalah menyebut perkataan – perkataan ini. Anda boleh letakkan empat jari anda pada tekak untuk memastikan ada gegaran menandakan anda menyebut semua perkataan dalam video itu dengan betul.

Berikut adalah senarai perkataan dalam video:-

days, ways, eyes, boys, guys, babies, parties, worries, cities, stories, movies, trees, cows, windows, news, laws, cameras, schools, balls, walls, levels, girls, tables, goals, examples, cars, chairs, colors, stores, teachers, answers, numbers, hours, problems, homes, dreams, games, names, teams, exams, kids, beds, feelings, songs, legs.

Seperti yang dapat anda dengar dari video, bunyi ‘z’ ini bertujuan memberikan penekanan kepada kewujudan ‘s’ dalam perkataan bagi menandakannya adalah perkataan plural.

Petua Mahir

Peraturan Sebutan

Melihat video – video di atas anda mungkin tertanya – tanya “Apakah petua hendak mengingat bahawa sesuatu perkataan itu harus disebut dengan bunyi ‘s’ atau ‘z’?”

Soalan ini memang wajar dan sebenarnya memang ada peraturan berkenaannya. Namun saya tidak akan mengajar peraturannya kerana ianya rumit dan tidak mudah untuk dihafal.

Satu lagi sebab mengapa saya tidak akan mengajar anda berkenaan peraturan sebutan ‘s’ dan ‘z’ ini adalah kerana bunyi sebutan itu sebenarnya tidak berlandaskan kepada peraturan. Hakikatnya adalah sebaliknya. Peraturan yang kononnya digunakan itu sebenarnya dicipta berlandaskan kepada cara orang lazim menyebut perkataan. Jadi sebutan itu datang dahulu, kemudian baharulah manusia mencipta peraturan bagi menerangkan dan merasionalkan sebutan. Perkara ini lazim dalam hampir semua bahasa dalam dunia dan bukan bahasa Inggeris sahaja.

Cara Hendak Mahir Sebut

Cara terbaik untuk anda menjadi mahir dalam sebutan bahasa Inggeris adalah dengan mengikuti petua – petua ini.

  1. Sedar bahawa sebutan ‘s’ dalam perkataan plural bahasa Inggeris itu boleh disebut dengan bunyi ‘s’ atau bunyi ‘z’.
  2. Bina kepekaan untuk mendengar dan menangkap sebutan ‘s’ perkataan plural menerusi latihan amali.
  3. Lakukan latihan amali yang membina kebolehan anda membezakan sebutan ‘s’ dari ‘z’.
  4. Lakukan latihan amali yang membina kebolehan anda menangkap kesalahan pada sebutan ‘s’ perkataan plural.
  5. Lakukan latihan amali yang membina kebolehan anda membetulkan sebutan salah perkataan ‘s’. 

 

Dalam bahagian – bahagian seterusnya anda akan melalui semua latihan ini satu demi satu. Adalah diharapkan setelah menjalani latihan amali yang secukupnya anda akan ada kefahaman dan kebolehan untuk menyebut dan membetulkan sebutan ‘s’ perkataan plural bahasa Inggeris.

Feedback & Latihan

Teruskan dengan memberikan maklum balas seperti yang di arahkan oleh pensyarah anda. Anda juga boleh buka link yang diberikan untuk membuat latihan dan tugasan anda.

error: