Bagaimana Melayari Internet Tanpa Dikesan Dalam Mozilla Firefox

Dalam artikel Bagaimana Melayari Internet Tanpa Dikesan anda telah pelajari bahawa kebanyakan perisian browser terkini seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer membenarkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan sebarang kesan di komputer anda. Ciri ini dipanggil Private Browsing di dalam Mozilla Firefox.
Langkah-langkah untuk memulakan Private Browsing di dalam Mozilla Firefox ialah seperti berikut:-

1. Di bahagian atas tetingkap Firefox, klik butang Firefox (Tools menu dalam Windows XP) dan pilih New Private Window atau Start Private Browsing. Teks menu mungkin berbeza bergantung kepada versi Firefox yang anda gunakan.

2. Satu mesej akan muncul (gambar) mengatakan bahawa Firefox akan menyimpan tetingkap semasa dan tab yang dibuka untuk dikembalikan selepas anda selesai menjalankan mod Private Browsing. Untuk meneruskan klik Start Private Browsing. Tandakan kotak “Do not show this message again“(Jangan paparkan mesej ini lagi), jika anda tidak mahu menerima amaran ini setiap kali anda menggunakan Private Browsing.

3. Seterusnya, skrin yang memaparkan maklumat tentang Private Browsing akan muncul untuk mengesahkan bahawa anda berada dalam mod Private Browsing.
Semasa anda melayari internet dalam keadaan mod Private Browsing, butang Firefox akan bertukar menjadi ungu. (untuk Windows XP dengan tajuk tetingkap Private Browsing)
Bagaimana Keluar Dari Mod Private Browsing?
Untuk keluar dari mod Private Browsing, klik butang Close (butang pangkah merah).
Butang Firefox akan bertukar menjadi oren semula setelah anda menamatkan mod Private Browsing.