Mengubah Ke Windows 7 daripada Windows Vista Juga Merupakan Sejenis Upgrade
Mengubah Ke Windows 7 daripada Windows Vista Juga Merupakan Sejenis Upgrade

Istilah Upgrade dan Update sering terdengar apabila perkara berkaitan IT – terutamanya perisian – dibincangkan. Namun terlalu ramai pengguna menganggap yang kedua istilah ini merujuk kepada perkara yang sama. Ini adalah satu salah anggap.

Upgrade dan Update tidak sama. Dalam blog ini kami akan jelaskan secara ringkas perbezaan antara kedua istilah ini.

Secara ringkasnya Upgrade berlaku apabila keseluruhan sesuatu perisian itu digantikan. Apabila sesuatu perisian di Upgrade, adalah biasa ia mengalami perubahaan pada nama. Sebagai contoh Windows Vista adalah Upgrade kepada Windows Xp. Perubahan pada nama dibayangi juga oleh perubahan pada nombor versi perisian. Sebagai contoh nombor versi Windows Xp adalah 500 sementara nombor versi Windows Vista adalah 600 dan nombor versi Windows 7 – yang merupakan Upgrade kepada Vista – adalah 700.

Apabila sesuatu perisian di – upgrade, sering berlaku juga perubahan besar pada imagerupabentuk persian. Tatacara penggunaannya juga mungkin mengalami perubahan. Jadi Upgrade adalah perubahan besar pada perisian.

Update pula tidak begitu drastik. Update berlaku apabila sesuatu perisian itu ditambah baik tanpa mengubah fungsi dan rupabentuknya secara mendadak. Satu cara paling popular perisian di update adalah melalui pemasangan Service Pack. Service Pack mengandungi komponen tambahan dan baik pulih yang menjadikan perisian sedia ada lebih stabil, cepat dan cekap. Apabila Service Pack di pasang, nama perisian tidak berubah. Namun nombor versi perisian mungkin berubah sedikit. Sebagai contoh lihat nombor – nombor versi Windows Vista berikut:-

Begitu jugalah keadaannya dengan versi Windows atau perisian yang lain. Sebagai contoh Windows Xp Service Pack 3 (sering ditulis sebagai WinXp SP3) adalah update kepada WinXp SP2 dan seterusnya.

Adalah digalakkan anda memasang Service Pack perisian anda setiap kali ia dilancarkan. Service Pack sering kali percuma dan boleh dimuat turun terus dari laman web pengeluar perisian. Sesetengah perisian boleh di Update menerusi butang Update perisian tersebut. Sesetengahnya pula memeriksa untuk update secara automatik dan memuat turun dan memasangkannya sendiri secara automatik. Setiap pengeluar menggunakan implementasi berbeza untuk menjaga keutuhan perisian keluaran mereka.

Jadi secara ringkasnya Update bolehlah dianggap seperti anda melakukan ubah-suai pada kereta anda untuk menjadikannya lebih cantik, laju, canggih, bergaya dan sebagainya. Tapi apabila anda sudah bosan dengan kereta anda, anda akan “upgrade” atau tukar ke kereta baru.