Kursus Bahasa Inggeris

di bawakan oleh COMPU Studies

Penggunaan Then dan Than Dalam Ayat Bahasa Inggeris

Then & Than

Perbezaan Then & Than

Then dan Than keduanya disebut dengan sama. Perbezaannya cuma satu dieja dengan huruf “e” dan satu lagi dengan huruf “a“. Dalam topik kali ini, kita akan belajaran akan cara betul penggunaan then dan than dalam ayat bahasa Inggeris. Ikut petua – petua di bawah untuk ketahui bila menggunakan Then dan Than.

Petua Penggunaan "Then"

Then Untuk Merujuk Kepada Masa

Then digunakan apabila kita hendak merujuk kepada masa atau waktu – tidak kira ianya masa silam, sekarang atau masa depan. Dalam konteks ini then bermaksud ketika di dalam bahasa Melayu. Mari lihat beberapa contoh penggunaan then dalam ayat bahasa Inggeris:-

  1. I was at work then. (Saya sedang bekerja ketika itu.)
  2. Come over this afternoon; I’ll be ready then. (Datang petang ini; saya akan bersedia ketika itu.)
  3. The decision was made by then chairman Don Johnson. (Keputusan itu dibuat oleh Pengerusi ketika itu iaitu Don Johnson.)
  4. The treaty was signed by then President Walter Keagan. (Perjanjian itu ditandatangani oleh Presiden ketika itu Walter Keagan.)

Then Untuk Merujuk Kepada Turutan dan Kesan/Akibat

Then juga digunakan apabila kita merujuk kepada sesuatu turutan atau kesan/akibat sesuatu perkara (sequence and consequence). Apabila then digunakan untuk merujuk kepada turutan, ia membawa erti “kemudian” dalam bahasa Melayu. Apabila then digunakan untuk merujuk kepada kesan atau akibat, ia membawa erti “akibatnya” dalam bahasa Melayu. Contoh:-

  1. I wore my wrist watch first, then I put on my rings. (Saya memakai jam tangan dahulu, kemudian saya sarungkan cincin – cincin saya.)
  2. First preheat the pan, then add water. (Panaskan kuali terlebih dahulu, kemudian masukkan air.) = turutan / sequence
  3. We saw a movie and then went out for dinner. (Kami menonton filem dan kemudian keluar untuk makan malam.) = turutan /sequence
  4. We filled up the car and then began the trip. (Kami mengisi kereta dan kemudian memulakan perjalanan.) = turutan / sequence
  5. If the weather is bad, then my flight will get canceled. (Sekiranya cuaca buruk, akibatnya penerbangan saya akan dibatalkan.) = akibat / consequence
  6. If there is heavy traffic, then I might be late. (Sekiranya terdapat kesesakan lalu lintas, akibatnya saya mungkin terlambat.) = akibat / consequence

7.  The glasses are $100, and then there is sales tax. (Cermin mata adalah $100, dan kemudian ada cukai jualan.) = turutan / sequence

8. First you need a license, and then you can drive. (Pertama anda memerlukan lesen, dan kemudian anda boleh memandu.) = turutan / sequence

Petua Penggunaan "Than"

Than digunakan apabila kita melakukan perbandingan atau comparison. Dalam bahasa Melayu, than membawa erti “daripada”. Contoh:-

  1. He is taller than I am. (Dia lebih tinggi daripada saya.)
  2. She can run faster than I can. (Dia boleh berlari lebih cepat daripada saya.)
  3. Your meal looks better than mine does. (Makanan anda kelihatan lebih baik daripada makanan saya.)
  4. I think Coca-Cola is better than Pepsi. (Saya berpendapat bahawa Coca-Cola lebih baik daripada Pepsi.)
  5. He has less than I have. (Dia mempunyai kurang daripada saya.)
  6. I would rather eat than sleep. (Saya lebih suka makan daripada tidur.)
  7. I would prefer to eat sooner rather than later. (Saya lebih suka makan lebih awal daripada kemudian.)

Petua Mengingat

Untuk mengingat penggunaan then dan than, sentiasa rujuk kepada huruf yang membezakan kedua – duanya:-

Penggunaan Then
Then dieja dengan huruf “e“. Huruf “e” terkandung dalam TIME, SEQUENCE dan CONSEQUENCE. Jadi then digunakan bagi merujuk kepada masa (time), turutan (sequence) dan akibat (consequence).
Penggunaan Than
Than dieja dengan huruf “a“. Huruf “a” terkandung dalam COMPARISON yakni Perbandingan. Jadi than digunakan bagi tujuan perbandingan (comparison).

Feedback & Latihan

Teruskan dengan memberikan maklum balas seperti yang di arahkan oleh pensyarah anda. Anda juga boleh buka link yang diberikan untuk membuat latihan dan tugasan anda.

error: