Selamat Datang ke Kursus Microsoft Word COMPU Studies. Dalam Pelajaran Pertama ini anda akan belajar:-

  • Bahagian – bahagian dalam Kursus Microsoft Word COMPU Studies
  • Faham cara mengikuti kursus
  • Cara mendapatkan sokongan pelajar
  • Cara berkomunikasi dengan COMPU Studies

Pendahuluan

Pelajaran pertama ini menerangkan susun atur kursus ini kepada anda agar anda dapat peroleh kebaikan maksimum daripadanya.

Kursus ini dibahagikan kepada tiga bahagian:-

  1. Bahagian Pertama: Kursus Microsoft Word
  2. Bahagian Kedua: Produktiviti Dengan Microsoft Word
  3. Bahagian Ketiga: Perisian sokongan

Bahagian #1: Kursus Microsoft Word

Bahagian pertama, iaitu Kursus Microsoft Word terdiri daripada 25 pelajaran. Kursus ini bermula dari pelajaran 2 sehingga pelajaran 26.

  1. Bahagian pertama ini mengajar anda kemahiran menggunakan Microsoft Word.
  2.  Bahagian pertama ini mengajar banyak kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan pelbagai jenis dokumen seperti, surat, laporan, memo, minit mesyuarat dan banyak lagi.
  3. Bahagian pertama perlulah dipelajari dan dikuasai oleh setiap pelajar.

Bahagian #2: Perisian Produktiviti Dengan Microsoft Word

Bahagian Kedua terdiri daripada Perisian Produktiviti Dengan Microsoft Word. Perisian ini mengandungi lebih 50 contoh dokumen dan demonstrasi yang menunjukkan cara menghasilkan dan mengubah suai pelbagai jenis dokumen.

Antara contoh dokumen dan demonstrasi yang terkandung dalam perisian ini adalah seperti pelbagai jenis surat, permohonan kerja, resume, memo, faks, agenda mesyuarat, minit mesyuarat, pelbagai jenis borang rasmi, laporan, manual, thesis, risalah, kertas kerja, ucapan, kalander, kad jemputan dan buku berlipat.

Kebanyakan daripada dokumen dan demonstrasi yang disertakan dalam Perisian Produktiviti Dengan Microsoft Word sering digunakan dalam dunia pekerjaan.

Peirisan ini tentu akan banyak membantu mereka yang menggunakan atau akan menggunakan Microsoft Word dalam kerjaya mereka. Anda boleh merujuk kepada Perisian ini apabila anda perlu mencipta sesuatu dokumen yang tidak diketahui formatnya.

Selain dokumen rasmi, Perisian Produktiviti Dengan Word juga dimuatkan dengan pelbagai dokumen peribadi yang boleh digunakan di rumah.

Perisian Produktiviti Dengan Word boleh dijalankan dalam sebarang jenis komputer/laptop dengan sistem Windows. Anda boleh download Perisian Produktiviti Dengan Word dari website ini. Untuk itu anda perlu ada akaun download di website ini. Rujuk pensyarah anda untuk mendapatkan akaun download anda.

Bahagian #3: Perisian Sokongan

Bahagian ketiga Kursus Microsoft Word COMPU Studies terdiri daripada tiga Peirisan sokongan:-

  1. Peirisan Kamus BM-BI dan BI-BM untuk digunakan bersama Microsoft Word.
  2. Peirisan Clipart dengan lebih 10 ribu gambar clipart untuk kegunaan anda.
  3. Peirisan Grafik dengan lebih 15 ribu gambar grafik untuk kegunaan anda.

Anda boleh download Perisian Sokongan dari website ini. Untuk itu anda perlu ada akaun download di website ini. Rujuk pensyarah anda untuk mendapatkan akaun download anda.

Cara Mengikuti Kursus

kursus word carta aliran

Carta aliran di sebelah kanan ini menggambarkan proses mengikuti Kursus Microsoft Word.

Seperti yang dapat dilihat, anda akan melalui empat peringkat dalam mengikuti kursus ini.

Anda dinasihati agar melalui semua peringkat mengikut turutan yang ditetapkan dan tidak melompat dari satu peringkat ke peringkat lain.

Ujian Kursus

Pada penghujung hampir semua pelajaran, kami telah menyediakan ujian untuk menguji sejauh mana anda telah menguasai teori dan praktikal yang telah diajar dalam pelajaran tersebut.

Soalan – soalan dalam ujian tidak menumpu kepada sesuatu versi atau keluaran perisian Word tetapi lebih menguji kefahaman konsep penggunaan perisian tersebut.

Dalam ujian, anda mungkin dihidangkan dengan gambaran skrin perisian yang tidak pernah anda lihat. Ini disengajakan bagi menguji sama ada anda memahami konsep penggunaannya atau tidak.

Jadi ujian menjanjikan satu pengalaman yang mencabar. Ini sesuai dengan standard atau piawaian antarabangsa bagi topik kursus ini. Hal ini juga memenuhi kehendak ramai pelajar yang menginginkan soalan – soalan tahap tinggi dan mencabar.

Sokongan Pelajar

Anda tidak akan keseorangan semasa mengikuti kursus. Anda boleh menghubungi menerusi WhatsApp bila – bila masa.

Apabila anda menghubungi kami melalui mesej WhatsApp anda sertakan empat maklumat berikut:-

  1. Nombor Pelajar
  2. Kursus Yang Diikuti
  3. Pelajaran yang dirujuk
  4. Soalan anda

Satu contoh mesej yang baik digambarkan di sebelah.

Penutup

Itu sahajalah maklumat yang perlu anda tahu untuk mengikuti kursus ini dengan jayanya. Jadi jika anda sudah bersedia, teruskan sahaja ke pelajaran seterusnya. Kami di COMPU Studies mengucapkan Selamat Belajar!