Internet Explorer membenarkan anda memadam atau mengosongkan History, Cookies and Cache anda dengan mudah. Ikuti langkah – langkahnya seperti di bawah:-

Skrin Internet Explorer - Klik Untuk Gambar Lebih Besar
Skrin Internet Explorer – Klik Untuk Gambar Lebih Besar

1. Buka browser Internet Explorer anda seperti yang digambarkan di sebelah.

Delete Browsing History
Delete Browsing History

2. Klik pada menu Tools yang terletak di bahagian atas sebelah kanan Tab Bar browser anda. Apabila sebuah menu drop down muncul, klik pada opsyen Delete Browsing History.

AMARAN
Memadamkan rekod Internet Explorer akan menjejaskan semua pengguna yang menggunakan perisian browser tersebut. Ianya memadamkan rekod aktiviti dan data peribadi semua pengguna yang menggunakan Internet Explorer. Dalam kebanyakan hal, tidak ada jalan untuk mendapatkan kembali data – data yang telah dipadamkan. Jadi pastikan anda benar – benar tahu akan apa yang anda lakukan dan kesannya ini.

Memadamkan Cache Internet Explorer

Memadam Cache Internet Explorer
Memadam Cache Internet Explorer

Seksyen pertama tetingkap tersebut merupakan seksyen Temporary Internet Fails (Fail Internet Sementara). Fail-fail sementara ini merupakan fail – fail Cache yang terdiri dari imej-imej, fail multimedia dan salinan laman-laman web yang telah anda kunjungi dan disimpan oleh Internet Explorer untuk memendekkan masa muat turun butiran tersebut. Untuk memadamkan Cache Internet Explorer, klik pada butang Delete Files. Klik pada butang Yes apabila kotak dialog pengesahan muncul.

Tunggu beberapa minit. Pada ketika ini anda akan dapat perhatikan lampu LED cakera keras anda atau Hard Disk Drive LED akan berkelip – kelip. Tunggu sehingga lampu LED ini berhenti berkelip sebelum meneruskan ke langkah seterusnya. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk rencana berkenaan Lampu LED Cakera Keras (HDD).

Memadamkan Cookies Internet Explorer

Memadam Cookies
Memadam Cookies

Anda masih berada di kotak dialog Delete Browsng History yang dibuka sebentar tadi. Sekarang untuk memadamkan Cookies Internet Explorer, klik pada butang Delete Cookies untuk memadamkan semua cookies yang distorkan oleh Internet Explorer. Klik pada butang Yes apabila kotak dialog pengesahan muncul.

Sekali lagi tunggu sehingga lampu LED cakera keras anda berhenti berkelip sebelum meneruskan ke langkah seterusnya. Ini penting dilakukan supaya komputer anda tidak tergantung atau hang disebabkan terlalu banyak proses yang terpaksa dilakukan serentak.

Memadamkan History Internet Explorer

Memadam History
Memadam History

Dalam kotak dialog Delete Browsing History, untuk memadamkan History Internet Explorer – yakni senarai laman web yang telah anda kunjungi -klik pada butang Delete History. Klik pada butang Yes apabila kotak dialog pengesahan muncul.

Tunggu sehingga lampu LED cakera keras anda berhenti berkelip sebelum ke langkah seterusnya.

Memadamkan Data Borang Online (Form data)

Memadam Form Data
Memadam Form Data

Selain dari memadamkan History, Cache dan Cookies, Internet Explorer juga membenarkan anda memadamkan butiran borang online yang anda pernah isi. Untuk memadamkan data borang online atau form data dalam Internet Explorer, hanya klik pada butang Delete Forms dalam kotak dialog Delete Browsing History. Klik pada butang Yes apabila kotak dialog pengesahan muncul.

Seperti biasa tunggu sehingga operasi ini selesai dengan melihat aktiviti lampu LED HDD anda sebelum teruskan.

Memadamkan Kata Laluan (Password) Laman – Laman Web

Memadam Passwords
Memadam Passwords

Internet Explorer juga membenarkan anda memadamkan kata laluan atau password bagi akaun di laman – laman web seperti e-mel, Facebook dan lain – lain. Untuk memadamkan semua kata laluan yang disimpan oleh Internet Explorer, klik pada butang Delete Passwords di kotak dialog Delete Browsing History. Kemudian klik pada butang Yes apabila kotak dialog pengesahan muncul.

Awas! Memadamkan kata laluan akan mencegah anda mengakses semua akaun – akaun di Internet sekiranya anda lupa kata laluan mereka. Pastikan anda benar – benar ingin lakukannya kerana kata – kata lauan yang dipadam tidak boleh diperolehi lagi.

Setelah lampu LED cakera keras malap, teruskan ke langkah seterusnya.

Memadamkan Segala – Galanya Sekaligus Dalam Internet Explorer

Langkah – langkah yang diajar di atas membenarkan anda memadamkan rekod – rekod

Memadam Semua Fail
Memadam Semua Fail

yang disimpan oleh Internet Explorer satu per satu. Ia memberi kawalan mutlak terhadap apa yang anda ingin padam dan apa yang ingin anda simpan.

Namun Internet Explorer menyediakan jalan pintas untuk anda memadamkan segala rekod – rekod yang disimpan olehnya. Di bahagian bawah tetingkap Delete Browsing History ialah sebuah butang yang mempunyai label Delete All (padam semua). Jika anda ingin memadamkan semua rekod – rekod yang disimpan oleh Internet Explorer (iaitu Temporary Internet Files, Cookies, History, Form Data, dan Passwords) sekaligus, anda hanya perlu klik pada butang Delete All ini.

Sekali lagi kami ingin member amaran bahawa memadamkan semua rekod Internet Explorer akan mencegah semua orang yang menggunakannya dari mengakses akaun – akaun Internet mereka sekiranya mereka lupa kata laluan. Oleh itu butang ini harus digunakan dengan berhati – hati.

Setelah anda klik butang Delete All, sebuah kotak dialog pengesahan akan muncul

Pengesahan 'Delete All'
Pengesahan ‘Delete All’

(Are you sure you want to delete all Internet Explorer browsing history?).  Di bawah pertanyaan ini, terdapat sebuah pilihan yang dilabel ‘Also delete files and settings stored by add-ons‘. Sesetengah add-on dan plug-in browser anda mungkin juga menyimpan maklumat seperti butiran borang dan kata laluan. Jika anda ingin memadam informasi ini juga, klik pada check box yang disediakan. Akhirnya, klik pada butang Yes untuk memadam semua sejarah anda di Internet Explorer.

error: