Untuk memadamkan semua rekod – rekod History, Cache dan Cookies Mozilla Firefox, sila ikuti langkah – langkah berikut:-
1. Di bahagian atas tetingkap Firefox, klik pada butang Firefox, bergerak ke menu History dan pilih Clear Recent History. Ini digambarkan dalam grafik di sebelah. Klik pada grafik untuk mendapatkan gambaran lebih besar.


- Untuk Windows XP, di bahagian atas tetingkap Firefox terdapat menu Tools. Klik pada menu tersebut dan pilih Clear Recent History.

2. Kotak dialog Clear Recent History akan muncul seperti yang digambarkan disebelah. Firefox membenarkan anda memadamkan rekod – rekod untuk satu jangkamasa tertentu. Klik pada menu drop down di sebelah ayat ‘Time range to clear‘ untuk memilih jangka masa yang sesuai dengan keperluan anda. Sebagai contoh anda boleh memadamkan semua rekod penggunaan Internet anda yang dilakukan dalam 2 jam yang lepas dengan memilih opsyen Last Two Hours.
Kemudian, klik pada anak panah di sebelah perkataan Details (Butiran) untuk memilih maklumat yang akan dipadamkan oleh Firefox. Pilihan-pilihan yang diberikan

ialah Browsing & Download History (Sejarah Pelayaran dan Muat Turun), Cookies, Cache, Active Logins (Login Aktif), Offline Website Data (Data Tapak Web Offline) dan Site Preferences (Preferensi Tapak Web).
Dalam kebanyakan hal anda hanya perlu menandakan pilihan Browsing & Download History, Cache, Offline Website Data sahaja memadamkan jejak pelayaran Internet anda.
Klik butang Clear Now untuk memadamkan semua rekod – rekod yang dipilih tadi. Tunggu beberapa minit. Pada ketika ini anda akan dapat perhatikan lampu LED cakera keras anda atau Hard Disk Drive LED akan berkelip – kelip. Tunggu sehingga lampu LED ini berhenti berkelip sebelum meneruskan ke langkah seterusnya. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk rencana berkenaan Lampu LED Cakera Keras (HDD).