Untuk memadamkan History, Cache dan Cookies dari perisian browser Google Chrome, sila ikuti langkah – langkah di bawah:-

1. Klik pada butang berbentuk spanar di bahagian atas sebelah kanan Google Chrome. Butang ini dikenali sebagai menu ‘Customize and Control Google Chrome

Membuka History
Membuka History
Clear Browsing Data - Klik untuk gambaran lebih besar
Clear Browsing Data – Klik untuk gambaran lebih besar

2. Dari menu yang muncul, klik pada pilihan Tools dan kemudian Clear Browsing Data seperti yang digambarkan di sebelah. Klik grafik di sebelah untuk paparan lebih besar.

3. Satu kotak dialog Clear Browsing Data seperti di sebelah akan muncul. Chrome

Memilih Jangka Masa
Memilih Jangka Masa

membenarkan anda memadamkan rekod – rekod mengikut jangka masa. Ini dilakukan dengan membuat pilihan di menu Obliterate the following items from. Di antara jangka masa yang diberikan ialah dari the past hour (sejam yang lepas) hinggalah the beginning of time (semua data).

Pilihlah jangka masa yang sesuai.

4. Seterusnya anda akan memilih perkara – perkara yang hendak dipadam atau

Memilih Perkara Yang Hendak Di Padam Dalam Chrome
Memilih Perkara Yang Hendak Di Padam Dalam Chrome

dikosongkan dari rekod Google Chrome. Chrome membenarkan anda memadamkan Browsing History (sejarah laman web yang dikunjungi), Download History (sejarah muat turun), Cache, Cookies, Passwords (kata laluan akaun – akaun Internet anda seperti e-mel, Facebook dan lain – lain) dan Form data (maklumat yang dimasukkan ke dalam borang online. Ini semua digambarkan dalam grafik di sebelah.

Dalam kebanyakan hal, anda hanya perlu memadamkan Browsing History, Download History dan Cache sahaja untuk memadamkan rekod penjelajahan Internet. Untuk itu buat pemilihan yang sewajarnya seperti yang digambarkan di sebelah.

Untuk memadamkan rekod, klik butang Clear browsing data. Chrome akan memadamkan segala data yang dipilih tanpa amaran.

Anda kemudian akan dibalikkan ke skrin Settings. Tutup tab Settings ini untuk kembali ke laman utama Chrome.