SELAMAT DATANG
Selamat Datang ke Kursus Microsoft Office COMPU Studies. Sila luangkan sedikit masa untuk baca maklumat penting di bawah.
Orientasi Kursus Microsoft Office
Anda telah mendaftar sebagai pelajar Kursus Microsoft Office COMPU Studies. Untuk membantu anda mendapatkan manfaat maksima dari pembelajaran anda kami menghasilkan laman orientasi ini.
Laman orientasi kursus ini mengandungi maklumat penting berkenaan kursus anda. Silalah luangkan masa untuk membacanya supaya anda faham dengan jelas berkenaan bahan kursus, jadual, cara pembelajaran dan bagaimana hendak mendapatkan bantuan untuk soalan anda.
Di penghujung orientasi ini ada satu kuiz yang perlu anda siapkan. Kuiz menguji sejauh mana anda faham kandungan orientasi ini. Anda wajib lulus kuiz dengan markah 100%. Jangan khuatir, adalah cukup mudah untuk lulus kuiz. Namun sila faham bahawa anda tidak akan dapat mulakan pembelajaran kursus jika tidak melakukan kuiz atau gagal kuiz.
Jaminan Kursus
Kursus ini tertakluk kepada Jaminan Produk COMPU Studies. Anda boleh baca kenyataan Jaminan Produk bila – bila masa dengan tekan link Jaminan Produk di kaki laman di bawah. Di sini kami menganggap anda sudah membacanya menerusi link website utama kursus yang diberikan kepada anda sebelum anda daftar.
Tempoh Kursus
Tempoh langganan kursus anda akan bergantung kepada pakej yang anda ambil. Sila rujuk pada pesanan anda.
Tempoh pengajian kursus ini paling kurang bilangan bulan langganan kursus anda. Ini bermaksud jika anda ambil langganan 6 bulan, maka kursus ini adalah paling kurang 6 bulan panjangnya. Jika sebaliknya anda mengambil langganan 3 bulan, kursus ini adalah paling kurang 3 bulan panjangnya dan begitulah bagi sebarang tempoh langganan lain.
Kami menggunakan istilah paling kurang kerana ianya tertakluk kepada anda menyiapkan latihan kursus mengikut masa yang ditetapkan. Jika anda menghabiskan semua pelajaran anda mengikut masa yang diberikan oleh pensyarah, maka anda akan berjaya menghabiskan kursus ini dalam tempoh langganan anda.
Namun jika anda lambat menghabiskan pelajaran atau tidak melakukan pelajaran, maka anda tidak akan dapat menghabiskan kursus dalam tempoh langganan anda. Dalam hal ini, anda boleh sambung langganan anda dengan membuat bayaran.
Bayaran Kursus
Anda perlu jelaskan bayaran setiap bulan. Tarikh bayaran telah dimaklumkan kepada anda apabila anda mulakan pelajaran. Anda perlu ambil inisiatif sendiri untuk membayar mengikut tarikh langganan anda dan menikmati harga diskaun langganan yang kami berikan.
Jika anda tidak menjelaskan bayaran ikut tarikh, anda akan menerima mesej WhatsApp yang berbunyi Langganan kursus anda sudah tamat. Pelajaran akan bersambung setelah anda buat bayaran. Apabila anda menerima mesej ini, bermaksud tempoh menikmati bayaran diskaun sudah tamat. Anda perlu jelaskan bayaran penuh seperti yang dimaklumkan. Jika anda bayar mengikut harga diskaun, kami berhak melaraskan tempoh langganan kursus anda.
Topik Kursus
Kursus ini merangkumi penggunaan perisian – perisian berikut:-
- Microsoft Excel versi Mobile
- Microsoft Word versi komputer
- Microsoft Excel versi komputer
- Microsoft PowerPoint versi komputer
- Microsoft Access versi komputer
- Kursus Grafik Microsoft Office versi komputer
Jadual Pemberian Bahan Kursus
Anda akan menerima bahan kursus secara berperingkat – peringkat sesuai dengan langganan anda. Bagi langganan 6 bulan jadual pemberian bahan kursus adalah seperti yang dibentangkan dalam di bawah. Jadual ini akan dipendek kepada 3 bulan bagi langganan 3 bulan dan kepada 1 bulan bagi langganan 1 bulan.
Bulan Pertama:-
1) Latihan bersama pensyarah menerusi WhatsApp. Kursus Microsoft Excel Mobile
Bulan Kedua:-
1) Latihan bersama pensyarah menerusi WhatsApp: Kursus Microsoft Excel Mobile
Bulan Ketiga:-
1) Latihan bersama pensyarah menerusi WhatsApp: Kursus Microsoft Excel Mobile (Tamat)
Bulan Ke Empat:-
2) Kursus Microsoft Word versi komputer Windows
Bulan Ke Lima:-
3) Kursus Grafik Microsoft Office versi komputer Windows
Bulan Ke Enam:-
4)Kursus Microsoft Excel versi komputer Windows
5)Kursus Microsoft PowerPoint versi komputer Windows
6)Kursus Microsoft Access (database) versi komputer Windows
7)Produktiviti Dengan Microsoft Word versi komputer Windows
8)Kamus Dewan Eja Pro versi komputer Windows
9)10 Ribu ClipArt versi komputer Windows
10)15 Ribu Grafik versi komputer Windows
Sijil Tamat Kursus
Apabila anda sudah tamatkan semua kursus – kursus di atas dengan jayanya, anda akan layak menerima sijil – sijil berikut secara percuma:-
- Sijil Tamat Kursus Excel Mobile
- Sijil Tamat Kursus Microsoft Word
- Sijil Tamat Kursus Grafik Microsoft Office
- Sijil Tamat Kursus Microsoft Office
Anda boleh memohon sijil – sijil ini sekali gus apabila tamat kesemua kursus – kursus anda atau memohonnya satu per satu. Semua sijil diberikan apabila anda selesai semua bayaran ansuran kursus anda.
Kos Sijil
Bagi permohonan sijil – sijil kursus buat kali pertama, anda tidak perlu bayar apa – apa. Penghantaran sijil – sijil kali pertama adalah percuma.
Permohonan sijil – sijil buat kali ke dua dan seterusnya akan dikenakan bayaran RM10 setiap penghantaran – tidak kira bilangan sijil.
Maklumat Kursus Microsoft Excel Mobile
Sekarang anda akan mula belajar Kursus Microsoft Excel versi mobile.
Silalah baca info lanjut berkenaan Kursus Excel Mobile di bawah.
Perjalanan Kursus Excel Mobile
Semua pelajaran Kursus Excel Mobile diberikan menerusi Telegram atau WhatsApp. Kami galakkan anda menggunakan aplikasi Telegram bagi tujuan pembelajaran kerana ianya lebih sesuai berbanding WhatsApp yang mempunyai teramat banyak sekatan.
Setiap pelajaran memerlukan anda membuat kuiz atau latihan dan menghantar jawapan menerusi Telegram/WhatsApp kepada kami di nombor yang anda menerima link orientasi kursus ini.
Pensyarah akan memeriksa tugasan anda setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum. Latihan dan pelajaran baru akan diberikan waktu pejabat. Anda boleh siapkan latihan ikut jadual masa anda sendiri. Latihan baru akan hanya diberikan apabila anda selesai latihan sebelumnya dengan baik.
Anda akan ikuti kursus menerusi langkah – langkah berikut:-
- Tekan link pelajaran yang akan diberikan dalam mesej Telegram/WhatsApp
- Ikuti nota pelajaran.
- Lakukan langkah – langkah yang diajar dalam video/animasi pelajaran sebagai praktikal anda.
- Uji pemahaman anda dengan kuiz pelajaran
- Siapkan tugasan/assignment dan hantar kepada pensyarah.
- Tanyakan pensyarah sebarang soalan berkenaan pelajaran.
- Praktikkan dan cuba jawapan yang diberikan oleh pensyarah.
- Maju ke pelajaran seterusnya.
- Ulang langkah 1 sehingga tamat semua pelajaran.
- Selepas tamat kursus anda boleh pohon Sijil Tamat Kursus.
Kuiz & Latihan
Pada peringkat awal kursus ini, kebanyakan pelajaran adalah mudah dan menyentuh topik – topik asas. Anda dikehendaki melakukan kuiz dan hantar gambar keputusan kuiz anda kepada pensyarah sebagai bukti anda telah menamatkan pelajaran tersebut. Anda harus menyiapkan semua pelajaran yang diberikan kepada anda. Pelajaran yang tidak disiapkan akan diberikan semula oleh pensyarah.
Pada peringkat lebih lanjut, latihan kuiz akan digantikan dengan latihan praktikal di mana anda perlu siapkan tugasan dan hantar gambar tugasan Excel atau fail Excel kepada pensyarah untuk diperiksa.
Panduan Penting
1 ) Pelajaran akan diberikan setiap hari Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti umum.
2 ) Tidak ada sebarang pelajaran diberikan pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kecuali pelajaran pertama.
3 ) Pelajaran baru akan diberikan hanya setelah anda siapkan kuiz/latihan pelajaran sebelumnya dengan sempurna.
4 ) Cut-off time untuk pensyarah memeriksa tugasan anda ialah 8 pagi. Sebarang tugasan yang dihantar selepas waktu itu akan diperiksa keesokan harinya.
Peraturan Kursus
Kursus ini memerlukan interaksi dengan pensyarah. Kursus ini juga memerlukan anda menyiapkan latihan yang diberikan dalam tempoh langganan anda. Untuk memastikan kejayaan dan kepuasan anda, sentiasa pastikan anda mematuhi peraturan – peraturan kursus berikut:-
1) Pastikan anda berhubung dengan kami di nombor yang diberikan sahaja. Sila hubungi kami menerusi mesej teks dan audio Telegram/WhatsApp sahaja. Panggilan voice dan video call WhatsApp tidak akan dilayan.
2) Sila sedar bahawa pensyarah tidak boleh membalas mesej anda dengan serta-merta. Berikan tempoh 24jam untuk beliau menjawab mesej anda. Jika anda masih tidak menerima balasan, anda boleh (malah digalakkan) hantar mesej sekali lagi atau buat satu panggilan miss-call.
3) Gunakan Bahasa Melayu Rasmi atau Bahasa Inggeris. Elakkan menggunakan bahasa perbualan online atau sebarang pelat suku bahasa lain.
4) Sentiasa amalkan sikap profesional dan berhemah. Elakkan dari bersikap leka atau sambil lewa sahaja. Sebarang mesej dengan perkataan kesat, kurang ajar dan tidak menghormati pensyarah akan menyebabkan kursus anda ditangguhkan. Sebarang bayaran tidak akan dikembalikan.
5) Sentiasa berikan pandangan/feedback berkenaan sebarang aspek yang anda kurang jelas atau kurang puas hati. Maklum-balas membina dari pelajar amat kami hargai.
6) Lakukan latihan dengan serius dan konsisten. Jika boleh, tetapkan waktu tertentu setiap hari untuk membuat latihan. Ingat bahawa langganan anda tetap berjalan walaupun anda tidak lakukan latihan.
7) Amalkan sikap proaktif. Jika anda tidak menerima jawapan kepada latihan yang anda hantar selepas 24 jam, mesej pensyarah untuk meminta beliau membalas anda. Jangan berdiam diri sahaja. Menjadi hak anda sebagai pelajar berbayar untuk memastikan anda menerima maklum-balas dari pensyarah anda.
8) Selain dari latihan bersama pensyarah, anda perlu lakukan latihan peribadi anda sendiri. Latihan ini merupakan ulangkaji sekurang – kurang 30 minit setiap hari bagi semua latihan anda yang lepas. Jika ada banyak latihan, fokus kepada latihan di mana anda melakukan kesilapan seperti yang diutarakan oleh pensyarah. Ini adalah penting bagi mengukuhkan kemahiran anda. Sikap buat sekali dan lupakan tidak akan menjamin kejayaan atau kepuasan. Di dalam bahasa Inggeris peribahasa Practice Makes Perfect amat relevan bagi kursus ini. Ianya bermakna hanya menerusi latihan berterusan sahajalah anda akan mahir dan sempurna dalam sesuatu yang ingin dikuasai itu.
Kuiz Orientasi
Sila lakukan kuiz yang di bawah ini. Kuiz ini mengandungi soalan jenis objektif sahaja. Kuiz adalah di dalam Bahasa Melayu. Setelah menjawab satu soalan, sila tekan butang anak panah > untuk bergerak ke soalan seterusnya.
Anda boleh tekan butang Check pada setiap soalan untuk memeriksa jawapan anda. Jika jawapan anda salah, silalah tekan butang Retry dan cuba lagi. Anda boleh Retry soalan tanpa had. Dengan cara ini anda sepatutnya boleh mendapatkan semua jawapan betul. Sebab itulah markah lulus kuiz ini diletakkan 100%. Tidak ada alasan anda tidak boleh lulus. Video di bawah menunjukkan satu contoh cara menggunakan butang Check dan Retry ini. Tekan butang Play untuk mainkan video.
Di soalan terakhir kuiz, sila tekan butang Finish dan anda akan diberikan markah Pass atau Fail. Apabila anda Pass, anda akan diberikan satu kod kuiz. WhatsApp kod kuiz ini kepada pensyarah anda sebagai bukti anda telah menghabiskan orientasi ini dengan jayanya.