Welcome.

Selamat Datang ke Kursus Bahasa Inggeris COMPU Studies.  Sila luangkan sedikit masa untuk baca maklumat penting dalam laman web ini.

Orientasi Kursus Bahasa Inggeris

Anda telah mendaftar sebagai pelajar Kursus Bahasa Inggeris COMPU Studies. Untuk membantu anda mendapatkan manfaat maksima dari pembelajaran anda kami menghasilkan laman orientasi ini.

Laman orientasi kursus ini mengandungi maklumat penting berkenaan kursus anda. Silalah luangkan masa untuk membacanya supaya anda faham dengan jelas berkenaan bahan kursus, jadual, cara pembelajaran dan bagaimana hendak mendapatkan bantuan untuk soalan anda.

Jaminan Kursus

Kursus ini tertakluk kepada Jaminan Produk COMPU Studies. Anda boleh baca kenyataan Jaminan Produk bila – bila masa dengan tekan link Jaminan Produk di kaki laman di bawah. Di sini kami menganggap anda sudah membacanya dengan menerusi link website utama kursus yang diberikan kepada anda sebelum anda daftar.

Bayaran Kursus

Kursus ini berlangsung selama 6 bulan. Anda perlu jelaskan bayaran setiap bulan. Tarikh bayaran akan dimaklumkan kepada anda apabila anda mulakan pelajaran. Anda perlu ambil inisiatif sendiri untuk membayar mengikut tarikh langganan anda dan menikmati harga diskaun langganan yang kami berikan.

Jika anda tidak menjelaskan bayaran ikut tarikh, anda akan menerima mesej WhatsApp yang berbunyi Langganan kursus anda sudah tamat. Pelajaran akan bersambung setelah anda buat bayaran. Apabila anda menerima mesej ini, bermaksud tempoh menikmati bayaran diskaun sudah tamat. Anda perlu jelaskan bayaran penuh seperti yang akan dimaklumkan. Jika anda bayar mengikut harga diskaun, kami berhak melaraskan tempoh langganan kursus anda.

Pendaftaran Kursus

Proses pendaftaran Kursus Bahasa Inggeris berlaku dalam dua peringkat:-

  • Pada Peringkat Pertama: anda akan diberikan link Orientasi Kursus ini untuk dipelajari dan difahami. Di penghujung orientasi kursus ada satu kuiz yang perlu anda siapkan. Kuiz menguji sejauh mana anda faham kandungan orientasi ini. Anda wajib luluskuiz dengan markah 100%. Jangan khuatir, adalah cukup mudah untuk lulus kuiz. Namun sila faham bahawa anda tidak akan dapat mulakan pembelajaran kursus jika tidak melakukan kuiz atau gagal kuiz.

 

  • Pada Peringkat Kedua: Setelah kami terima balasan dari kuiz orientasi anda, kami akan on-boardinganda sebagai pelajar dan memberikan anda pelajaran/latihan kursus yang pertama. Kami juga akan maklumkan anda tarikh bayaran seterusnya.

Perjalanan Kursus

Kursus anda berlangsung selama 6 bulan. Untuk 3 bulan yang pertama ini, anda akan menerima semua pelajaran menerusi WhatsApp. Setiap pelajaran mengandungi beberapa bahagian yang memerlukan anda membuat latihan dan menghantar jawapan menerusi WhatsApp kepada kami di nombor yang anda menerima link orientasi kursus ini.

Anda akan menerima satu atau dua latihan setiap hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum. Latihan akan diberikan waktu pejabat. Anda boleh siapkan latihan ikut jadual masa anda sendiri. Latihan baru akan hanya diberikan apabila anda selesai latihan sebelumnya dengan baik.

Jadual Pemberian Bahan Kursus

Anda akan menerima bahan kursus anda secara berperingkat – peringkat. Bagi tiga bulan pertama ini berikut adalah jadual pemberian bahan kursus anda:-

  • Bulan Pertama:-
  1. Latihan bersama pensyarah menerusi WhatsApp. Level English: BASIC

 

  • Bulan Kedua:-
  1. a) Latihan bersama pensyarah menerusi WhatsApp: Level English: PRE – INTERMEDIATE

 

  • Bulan Ketiga:-
  1. a) Latihan bersama pensyarah menerusi WhatsApp: Level English: INTERMEDIATE
  2. b) Akses kepada Website Kursus Bahasa Inggeris
  3. c) Akses kepada app mobile belajar Bahasa Inggeris

 

  • Bulan 4 hingga 6:-

1)Kamus Melayu<>Inggeris online

2)App penterjemahan Melayu<>Inggeris

3)Kursus Bertutur Bahasa Inggeris

4)Sistem Learn2Speak

5)Kamus Sebutan Bahasa Inggeris

6)Kamus DewanEjaPro

7)Buku Manual Penuh Warna

8)DVD Kursus atau versi download

Peraturan Kursus

Kursus ini memerlukan interaksi dengan pensyarah. Kursus ini juga memerlukan anda menyiapkan latihan yang diberikan dalam tempoh langganan anda. Untuk memastikan kejayaan dan kepuasan anda sentiasa pastikan anda mematuhi peraturan – peraturan kursus berikut:-

1) Pastikan anda berhubung dengan kami di nombor yang diberikan sahaja. Sila hubungi kami menerusi mesej teks dan audio WhatsApp sahaja. Panggilan voice dan video call WhatsApp tidak akan dilayan.

2) Gunakan Bahasa Melayu Rasmi atau Bahasa Inggeris. Elakkan menggunakan bahasa WhatsApp atau sebarang pelat suku bahasa Melayu atau bahasa lain.

3) Elakkan dari menyuruh pensyarah melakukan kerja – kerja mengalih bahasa untuk anda. Itu bukannya fungsi seorang pensyarah.

4) Sentiasa amalkan sikap profesional dan berhemah. Elakkan dari bersikap leka atau sambil lewa sahaja. Sebarang mesej dengan perkataan kesat, kurang ajar dan tidak menghormati pensyarah akan menyebabkan kursus anda ditangguhkan. Sebarang bayaran tidak akan dikembalikan.

5) Sentiasa berikan pandangan/feedback berkenaan sebarang aspek yang anda kurang jelas atau kurang puasa hati. Maklum-balas membina dari pelajar amat kami hargai.

6) Lakukan latihan dengan serius dan konsisten. Jika boleh, tetapkan waktu tertentu setiap hari untuk membuat latihan. Ingat bahawa langganan anda tetap berjalan walaupun anda tidak lakukan latihan.

7) Amalkan sikap proaktif. Jika anda tidak menerima jawapan kepada latihan yang anda hantar selepas 2 hari, mesej pensyarah untuk meminta beliau membalas anda. Jangan berdiam diri sahaja. Menjadi hak anda sebagai pelajar berbayar untuk memastikan anda menerima maklum-balas dari pensyarah anda.

8) Selain dari latihan bersama pensyarah, anda perlu lakukan latihan peribadi anda sendiri. Latihan ini merupakan ulangkaji sekurang – kurang 30 minit setiap hari bagi semua latihan anda yang lepas. Jika ada banyak latihan, fokus kepada latihan di mana anda melakukan kesilapan seperti yang diutarakan oleh pensyarah. Ini adalah penting bagi mengukuhkan kemahiran anda. Sikap buat sekali dan lupakan tidak akan menjamin kejayaan atau kepuasan. Di dalam bahasa Inggeris peri bahasa Practice Makes Perfect amat relevan bagi kursus ini. Ianya bermakna hanya menerusi latihan berterusan sahajalah anda akan mahir dan sempurna dalam sesuatu yang ingin dikuasai itu.

Kuiz Orientasi

Sila lakukan kuiz yang di bawah ini. Kuiz ini mengandungi soalan jenis objektif sahaja. Kuiz adalah di dalam Bahasa Melayu. Setelah menjawab satu soalan, sila tekan butang anak panah > untuk bergerak ke soalan seterusnya.

Anda boleh tekan butang Check pada setiap soalan untuk memeriksa jawapan anda. Jika jawapan anda salah, silalah tekan butang Retry dan cuba lagi. Anda boleh Retry soalan tanpa had. Dengan cara ini anda sepatutnya boleh mendapatkan semua jawapan betul. Sebab itulah markah lulus kuiz ini diletakkan 100%. Tidak ada alasan anda tidak boleh lulus.

Di soalan terakhir kuiz, sila tekan butang Finish dan anda akan diberikan markah Pass atau Fail. Apabila anda Pass, anda akan diberikan satu kod kuiz. WhatsApp kod kuiz ini kepada pensyarah anda sebagai bukti anda telah menghabiskan orientasi ini dengan jayanya.