Dalam pelajaran ini anda akan belajar:-

  • Bekerja Dengan Microsoft Word
  • Mengakses Fungsi Dalam Microsoft Word
  • Bekerja dengan Tab dan Ribbon
  • Bekerja dengan Tab dan Ribbon Berkonteks
  • Menggunakan Butang Fungsi Ribbon
  • Bekerja dengan Quick Access Toolbar
  • Menggunakan Menu Shortcut

Bekerja Dengan Microsoft Word

Perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word dilengkapi dengan beratus – ratus fungsi.

Untuk menjadi pakar bekerja dengan sebarang perisian seperti Microsoft Word, anda perlu menguasai tiga kemahiran:-

  1. Mengetahui cara mengakses fungsi – fungsi perisian.
  2. Mengetahui fungsi-fungsi yang boleh digunakan dan lokasi butang fungsi berkenaan.
  3. Mengetahui cara mengenakan fungsi kepada dokumen dan objek yang dikerjakan.
Semua fungsi perisian Microsoft Word boleh diakses melalui tetikus. Ini menjadikan tetikus alat utama dalam menggunakan Microsoft Word.

Fungsi Dalam Microsoft Word

Semua fungsi dalam perisian Microsoft Office seperti Microsoft Word diakses melalui empat cara:-

  1. Tab dan Ribbon
  2. Tab dan Ribbon Berkonteks
  3. Quick Access toolbar
  4. Menu Shortcut

 

Dalam pelajaran ini, anda akan mengenali keempat – empat teknik mengakses fungsi dalam Microsoft Word ini.

Anda tidak perlu khuathir akan beratus – ratus butang fungsi yang akan anda lihat dalam pelajaran ini. Berikan tumpuan kepada empat kaedah melaksanakan fungsi perisian seperti yang disebutkan di atas.

Tab dan Ribbon

Tab dan Ribbon ialah lokasi utama semua butang fungsi Microsoft Word.

Secara asasnya, butang Tab itu hanya untuk mengakses Ribbon yang berkaitan. Butang fungsi yang sebenar terkandung dalam Ribbon seperti yang digambarkan di bawah.

Demonstrasi Video di bawah menerangkan struktur Tab dan Ribbon dengan lebih jelas.

microsoft word parts of ribbon

Ribbon perisian Microsoft Office boleh ditutup dan dibuka. Video di bawah menunjukkan anda cara menutup dan membuka Ribbon.

Tab dan Ribbon Berkonteks

Tab dan ribbon berkonteks memudahkan pembelajaran dan penggunaan perisian Microsoft Word . Demonstrasi ini menunjukkan cara tab dan ribbon berkonteks berfungsi. Klik play pada Video di bawah.

microsoft word contextual ribbon

Tab dan ribbon berkonteks memudahkan pembelajaran dan penggunaan perisian Microsoft Word . Demonstrasi ini menunjukkan cara tab dan ribbon berkonteks berfungsi. Klik play pada Video di bawah.

Menggunakan Butang Fungsi Ribbon

Tab hanyalah “bekas” untuk menyimpan Ribbon. Ribbon pula hanyalah “bekas” untuk menyimpan butang – butang fungsi perisian.

Untuk menjadi pakar menggunakan perisian seperti Microsoft Word, anda harus memahami asas penggunaan butang fungsi di Ribbon.

Video di bawah membongkarkan rahsia butang fungsi Ribbon dengan lebih jelas.

microsoft word function button
Butang fungsi dalam Microsoft Office 2007 dan versi-versi berikutnya lebih interaktif dan cantik.

Quick Access Toolbar

Tabs dan ribbon perisian Microsoft Office mengandungi beratus-ratus butang fungsi. Namun anda tidak akan menggunakan semuanya setiap masa.

Biasanya, anda akan hanya menggunakan beberapa butang fungsi berulang kali.

Untuk membantu anda bekerja dengan lebih cepat, beberapa fungsi telah dimuatkan ke dalam toolbar kecil yang dipanggil Quick Access Toolbar.   Video di bawah menerangkan kegunaan Quick Access Toolbar dengan lebih terperinci.

microsoft word quick access toolbar

Menu Shortcut

Selain fungsi-fungsi menu yang terdapat dalam tab dan ribbon dan Quick Access Toolbar, Microsoft Word juga menggunakan menu ringkas yang dipanggil menu pintas atau shortcut menu.

Menu shortcut dipaparkan apabila objek dalam dokumen diklik dengan butang kanan tetikus.

microsoft word short cut menu
Menu shortcut dalam Microsoft Word.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah pelajari semua cara mengakses fungsi perisian Microsoft Word.

Kini, anda sedar bahawa perisian Microsoft Word menawarkan empat kaedah untuk melaksanakan fungsi – fungsinya. Keempat – empat kaedah itu ialah tab dan ribbon, tab dan ribbon berkonteks, Quick Access Toolbar dan menu shortcut.

Konsep penggunaan Microsoft Word ini boleh dipraktikkan dalam perisian Microsoft Office yang lain seperti Microsoft PowerPoint, Microsoft Excel dan Microsoft Access.

Pastikan anda boleh mengenali setiap kaedah mengakses butang fungsi perisian dan membezakannya daripada keadah – kaedah lain. Kemahiran ini amat penting dalam menguasai Microsoft Word atau mana – mana perisian Microsoft Office yang lain.

Ujian

Sila lakukan Ujian untuk melihat sejauh mana anda telah menguasai pelajaran ini.

Ujian adalah di bawah.

Mutiara Inspirasi

Manusia belajar merangkak sebelum berdiri, kemudian berjalan dan akhir sekali berlari. Kemampuan yang paling berkuasa pun berlandaskan kepada penguasaan perkara yang paling asas. Jangan memandang rendah terhadap perkara yang asas. – COMPU Studies

Ujian shortcode here