Dalam pelajaran ini anda akan belajar:-

  • Bagaimana hendak memulakan Microsoft Word melalui pelbagai cara
  • Mengenali dan memahami skrin Microsoft Word
  • Menggunakan butang Minimize dan Maximize
  • Menutup Microsoft Word dengan butang Exit atau Close.

Memulakan Microsoft Word Dari Ikon Desktop

Terdapat tiga cara untuk memulakan Microsoft Word iaitu dari ikon di Desktop, dari butang Start dan dengan klik pada sebuah dokumen Mircrosoft Word.

Untuk memulakan Microsoft Word dari ikon di Desktop anda, double-click pada ikon Microsoft word di Desktop anda.

Cara ini sesuai digunakan untuk semua sistem sama ada di komputer atau di handset.

Cara ini merupakan antara cara termudah untuk memulakan Microsoft Word

Memulakan Microsoft Word Dengan Butang Start

Cara kedua adalah dengan menggunakan butang Start.

Klik butang Start di bahagian kiri Desktop anda. Jika butang Microsoft Word terpapar di menu Start anda, anda boleh klik pada butang tersebut dan Microsoft Word akan terus dijalankan.

Butang Microsoft Word yang terpapar di menu Start

Memulakan Microsoft Word Dari All Programs

Jika butang Microsoft Word tidak dipaparkan di menu Start, anda perlu klik pada butang All Programs dan kemudian klik pada butang Microsoft Word.

Dalam Windows 10, anda mungkin perlu scroll ke bawah sehingga abjad W untuk melihat ikon perisian Microsoft Word
Butang Microsoft Word dalam senarai All Programs

Memulakan Microsoft Word Dari Dokumen Word

Anda juga boleh membuka Microsoft Word dengan double-click pada document Microsoft Word di Desktop anda.

Dokumen tersebut akan dibuka dan Microsoft Word akan dimulakan.

Cara ini sesuai digunakan untuk semua versi Windows.

Dokumen Microsoft Word di Desktop

Paparan Skrin Word

Sebelum kita boleh menggunakan Microsoft Word, kita harus membiasakan diri dengan paparan skrin Word.

Rajah di sebelah menunjukkan satu skrin Microsoft Word.

Skrin Microsoft Word yang digambarkan dalam rajah mungkin kelihatan berbeza daripada skrin Microsoft Word di komputer anda.

Jika ia berbeza, jangan bimbang. Anda akan diajar mengenainya sebentar lagi.

Skrin Word berbeza sedikit dari satu versi ke versi lain.

Memahami Paparan Word

Jika anda tidak pernah menggunakan perisian Microsoft Word sebelum ini, paparannya mungkin sukar untuk difahami. Ini kerana anda belum mengenali lagi elemen – elemen atau bahagian – bahagian yang ada pada satu skrin Microsoft Word. Skrin Microsoft Word mengandungi 5 elemen yang membantu anda menggunakan perisian berkenaan.

Elemen – elemen skrin Word adalah:-
  1. Elemen Perisian Word
  2. Elemen Ruang Kerja
  3. Elemen Pengemudian
  4. Elemen – elemen lain

Bahagian berikutnya menerangkan setiap elemen ini dengan lebih terperinci.

Elemen Perisian Word

Elemen perisian Word adalah elemen yang merangkumi keseluruhan perisian Microsoft Word.

Demostrasi Video di bawah akan menerangkan elemen perisian Word dengan lebih jelas.

Elemen perisian Word merangkumi keseluruhan perisian Microsoft Word

Elemen Ruang Kerja

Elemen ruang kerja adalah bahagian skrin Word yang digunakan bagi membuat kerja dan mencipta dokumen kita.

Klik pada demonstrasi Video di bawah untuk penerangan elemen ruang kerja Word.

Elemen ruang kerja membantu anda menyiapkan dokumen

Elemen Pengemudian

Elemen pengemudian membantu anda bergerak antara dokumen kerja anda.

Demostrasi Video di bawah menerangkan elemen pengemudian.

Elemen pengemudian membantu anda bergerak antara muka surat dalam dokumen

Perhatian!!!: Browse Buttons tidak dipaparkan dalam Microsoft Word versi 2013

Elemen-elemen Lain Skrin Word

Selain tiga elemen yang diterangkan setakat ini, ada juga elemen-elemen kecil  lain dalam skrin Word.

Dua daripada elemen – elemen ini adalah View Buttons dan Status Bar.

Demostrasi pada butang Video di bawah untuk menonton penerangan mengenai lokasi dan fungsi kedua – dua elemen ini.

Lain – lain elemen Microsoft Word

Menggunakan Butang Minimize dan Maximize

Ada kalanya anda perlu mengecilkan skrin dokumen Word untuk melihat skrin perisian lain.

Butang Minimize dan Maximize membolehkan anda membuat demikian.

Demostrasi seterusnya mengajar anda bagaimana untuk menggunakan butang Minimize dan Maximize untuk mengubah saiz skrin Word.

Mainkan Video di bawah untuk menonton demonstrasi.

Cara menggunakan butang Minimize dan Maximize.

Menggunakan Butang Exit atau Close

Butang Exit atau Close digunakan untuk keluar atau menutup skrin Word.

Anda akan menutup skrin Word setelah selesai melakukan kerja atau ingin bersambung kerja pada waktu yang lain.

Demostrasi Video di bawah memaparkan cara menggunakan butang Exit atau Close.

Butang Exit & Close pada aplikasi

Cara Menggunakan butang Exit dan Close.

Penutup

Anda telah tiba di akhir bab ini. Pelajaran awal ini telah memberikan anda kemahiran asas Word yang berikut:-

  • Kemahiran memulakan Word
  • Kemahiran mengenali skrin Word
  • Kemahiran mengubah saiz skrin Word
  • Kemahiran menutup Word dengan sempurna.

 

Dalam pelajaran akan datang anda akan mula belajar bekerja dengan elemen dan fungsi Word. Ini pastinya lebih menyeronokkan.

Ujian

Untuk menguatkan kefahaman akan pengetahuan dan kemahiran yang telah anda pelajari dalam pelajaran ini, sila jalani Ujian di bawah.

Klik butang Ujian untuk menjalankan ujian bagi pelajaran ini.