kursus online

kursus microsoft office

Kursus Microsoft Office

Belajar menggunakan Microsoft PowerPoint, Microsoft Excel dan Microsoft Access dalam pakej satu kursus. Lengkapkan kemahiran Microsoft Office anda. Kursus Microsoft Office COMPU Studies menjadi pelengkap kepada Kursus Microsoft Word COMPU Studies.

Apa Anda Dapat?

Anda akan dapat ENAM bahan – bahan seperti yang diterangkan dalam slide – slide di bawah.

Bantuan dan Sokongan PERCUMA!

Bantuan dan sokongan percuma diberikan untuk kursus anda. Tanyakan sebarang persoalan menerusi telefon, SMS, WhatsApp, E-mel atau laman web ini. Kami di sini sentiasa sedia membantu anda. Dengan sistem pembelajaran kami, anda tidak pernah keseorangan mengikuti kursus. Kami komited melihat anda berjaya dalam kursus.

Bahan Sokongan PERCUMA!

15 ribu gambar - gambar grafik sesuai untuk berbagai tujuan bagi menghiaskan sebarang dokumen Microsoft Office anda.

Bahan Sokongan PERCUMA!

Lebih 10 ribu gambar clipart sesuai untuk anda menghiaskan sebarang dokumen Microsoft Office anda.

kingsoft-office

Bahan Sokongan PERCUMA!

Perisian Kingsoft Office diberikan percuma kepada anda sebagai gantikan jika anda tidak mempunyai Microsoft Office.

Topik Kursus

Melalui kursus ini anda akan belajar:-

  1. Bagaimana menggunakan Microsoft Excel untuk membuat akaun perniagaan atau rumah dan membina berbagai-bagai carta dan graf.
  2. Bagaimana menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membuat persembahan dengan grafik dan multimedia.
  3. Bagaimana menggunakan Microsoft Access untuk membina pengkalan data bagi perniagaan atau pejabat anda.

Melalui pakej Kursus Microsoft Office ini, anda dapat tiga kursus dalam satu CD pada satu harga yang amat menjimatkan!

Untuk Siapa?

Kursus ini sesuai bagi mereka yang sudah menamatkan Kursus Microsoft Word COMPU Studies atau mempunyai kelayakan dan kemahiran yang setaraf dengannya. Kursus ini sesuai oleh pekerja pejabat, pelajar sekolah dan kolej dan pemilik perniagaan. Lengkapkan Kemahiran Microsoft Office Anda Kemahiran menggunakan Microsoft Excel, PowerPoint dan Access adalah sesuatu yang perlu jika anda serius ingin menggunakan komputer bagi tujuan meningkatkan produktiviti. Ketiga kemahiran in disertakan dengan kemahiran Microsoft Word adalah kemahiran yang paling diperlukan dimana jua komputer digunakan untuk tujuan pengurusan, pembelajaran atau perniagaan.

Keperluan Sistem Sebarang jenama komputer atau laptop dengan Windows Xp hingga versi Windows yang terkini. Pemacu CD/DVD dan 150MB ruang kosong cakera keras.

Komen Peserta

Antara komen peserta – peserta kursus ini:-
“Pengetahuan kemahiran dalam IT saya sebelum ini amat sedikit sewaktu di sekolah. Namun selepas mempelajari kursus ini kemahiran saya semakin mahir dan lancar serta bertambah kreatif dalam penggunaan Microsoft Office dan lain – lain. ” – Nursyafiqah Binti Abdul Rahman, Bagan Lebai Tahir, Butterworth, Penang .

“Harga yang sangat kursus berpatutan. Kursus Microsoft Excel telah mengajar saya membuat pengiraan dan membina carta, Microsofrt Power Point mengajar membuat persembahan dan Microsoft Access mengajar saya menguruskan data. Ia meningkatkan pengetahuan saya tentang perisian Microsoft. ” – Farith Fariq Bin Hashim, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

“Kursus sangat bagus dan mempunyai banyak isi. Kursus ini membantu saya dalam mengenal fungsi – fungsi button yang saya tidak tahu dan telah meningkatkan skill dalam Microsoft Office.” – Muhammad Syafiq Azreen bin Mohd Roslan, Taman Nakhoda Bistari,Lumut, Perak

“Sebelum ini saya tidak tahu menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint. Setelah mengikuti kursus komputer ini, saya sudah boleh menguasai kemahiran menggunakan Microsoft Office.” – Norasimah binti Zakaria, Mersing, Johor

“Kursus ini amat membantu saya untuk membuat laporan – laporan. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan Microsoft Access. Sekarang ilmu semakin bertambah.” – Najhah Binti Mohd Nor, Jalan Kuala Krai, Machang, Kelantan.

“Kursus ini membantu saya membuat pelbagai graf, cara memasukkan formula dengan cara yang lebih mudah dan mengetahui cara yang lebih baik.” – Yusma Hanim Binti Mohamad Nasir, Batu 5, Temerloh, Pahang.

“Dapat memberikan keyakinan dalam melakukan kerja – kerja seharian dengan lebih cepat dan produktif.” – Abd Hadi Bin Shahudin, Bukit Kemuning 2, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

“Banyak yang telah saya pelajari dari Kursus Microsoft Office ini, amat berguna dan mengukuhkan kemahiran yang sedia ada. Kursus ini terlalu sempurna buat saya.” – Sabariah Askani, Beruas, Perak

“Walaupun saya ada menggunakan Microsoft Office, melalui kursus ini ia telah menambah lagi pengetahuan saya untuk menggunakan Microsoft Office.” – Mohd Amisyariznan Bin Mat Saat, Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor

“Saya dapat mempelajari lebih mendalam berkenaan dunia IT yang sebelum ini saya tidak tahu apa – apa pun tentang komputer. Selain itu juga semua bahan kursus yang pihak tuan sediakan cukup berkualiti serta setiap penjelasan dan penerangan yang diberikan juga cukup ringkas, jelas dan padat.” – Mohd Faizal bin Salleh, Bukit Kecil, Kuala Terengganu.

“Kursus ini sangat membantu terutamanya dalam pekerjaan saya sehari – hari dalam menggunakan komputer.” – Alferd Ignatius Bernard, Lahad Datu, Sabah.
error: