
Belajar cara membuat website anda sendiri menerusi Kursus Internet dan Bina Laman Web COMPU Studies. Belajar dan buat website anda di komputer. Tidak perlu hadir kelas luar yang jauh dan mahal.
Sistem Lengkap Untuk Belajar dan Bina Laman Web




Apa Anda Dapat
Apabila anda daftar untuk kursus ini, anda akan dapat bahan – bahan berikut:-






- Belajar bagaimana membuat sambungan kepada Internet.
- Belajar bagaimana bina Hot Spot anda sendiri!
- Belajar apakah itu WWW, homepage, alamat URL dan domain.
- Pelajari bagaimana melayari Internet dan muat turun laman web ke komputer anda.
- Belajar bagaimana muat turun gambar, grafik, lagu dan video YouTube dari Internet.
- Ketahui bagaimana membuat e-mail anda sendiri. Guna e-mail untuk berhubung dengan sesiapa sahaja di dunia.
- Belajar menulis, menghantar, membaca, menjawab dan menguruskan e-mail anda. Kuasai teknik melampirkan fail dokumen, video, audio dan perisian bersama e-mail anda.
- Belajar apakah itu blog. Terampil dalam membina blog sendiri yang boleh dilayari oleh sesiapa sahaja di dunia. Pelajari teknik menulis dan menguruskan blog.
- Belajar bagaimana membina laman web anda sendiri. Daftar untuk sistem percuma dan lengkap pembinaan laman web.
- Kuasai teknik membangunkan laman web dengan memasukkan teks, grafik, video, persembahan slaid dan animasi flash ke dalam laman web anda. Mahir dalam membuat hyperlink, menu navigasi dan borang online untuk laman web dan produk anda. Dapatkan alamat laman web khas seperti www.nama_anda.xy yang pendek dan glamour.
- Belajar bagaimana menggunakan Facebook untuk mencari kawan, berkongsi maklumat, gambar dan video.
Semuanya ada di sini! Kemahiran asas hingga professional pada harga menawan!

Kursus ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mempelajari dan meningkatkan kemahiran menggunakan Internet dan membangunkan laman web sendiri. Kursus ini akan membolehkan anda mengunakan Internet dalam berbagai cara dalam kehidupan seharian.
Internet Membuka Peluang
- Gunakan Internet untuk mencari pekerjaan.
- Dapatkan berbagai idea dan peluang perniagaan.
- Cari maklumat untuk kerja sekolah, kolej dan kerjaya.
- Baca berita dan pandangan alternatif.
- Bina perniagaan online anda sendiri menerusi sistem laman web online yang percuma dan canggih.
- Bina laman web menggunakan sebarang jenis komputer termasuk laptop, netbook, tablet malah smartphone anda sendiri! Bina laman web di mana jua!
- Luahkan pendapat dan kreativiti anda melalui blog dan laman web.
- Muat turun maklumat, hiburan, dan Bermacam – macam lagi!
Keperluan Sistem
Sebarang jenama komputer atau laptop dengan Windows Xp, Vista 7 dan 8. Pemacu CD/DVD dan 400MB ruang kosong cakera keras.
“Kursus ini membantu saya mengenali Internet dengan lebih mendalam lagi. Setelah membuat blog dan membina laman web. Saya rasa sangat seronok mengikuti kursus ini”
"Ribuan terima kasih di atas respon positif yang tuan berikan mengenai laman web saya. Berbekalkan semangat dan kemahiran yang diperolehi dari Kursus Internet anjuran Compu Studies, maka terbinalah sebuah laman web bisnes yang unggul sentuhannya. Secara peribadi saya nyatakan,Compu Studies sememangnya layak bergelar Mentor IT bagi mereka yang ketandusan ilmu dan buta IT di luar sana. Saya amat berpuas hati dengan pencapaian saya setakat ini dan jutaan terima kasih saya ucapkan buat Tuan dari Compu Studies,yang sudi membimbing saya dengan cemerlang"
– Veronica Alowisius, Lahad Datu, Sabah
- Mahfodz Bin A. Rahman, Muar, Johor.
"Sebelum ini saya fikir bina laman web memerlukan kemahiran yang tinggi. Kursus ini menunjukkan langkah demi langkah sehingga pembinaan laman web menjadi mudah dan menyeronokkan."
– Muhammad Yusuf Hiu Bin Abdullah, Seksyen 19, Petaling Jaya
"Dari seorang yang tidak tahu langsung apa itu Internet, sekarang saya sudah boleh guna Internet dengan yakin. Kursus Internet ini akan saya jadikan rujukan selalu."
– Salleh Karim, Kuala Lumpur
" Kini saya sudah berjaya membina laman web untuk perniagaan saya sendiri. Begitu bangga rasanya. Dengan nota yang begitu cantik, seronok dan lengkap, sungguh mudah mempelajarinya. Ucapan setinggi penghargaan kepada Kursus Internet COMPU Studies"
- Othman Jusoh, Kuala Kedah, Kedah.
" Sangat bagus dan mudah dipelajari. Sebelum ini saya tidak tahu tentang Internet. Sekarang ini saya boleh menghantar e-mail dan sebagainya melalui Internet, membaca akhbar pun melalui Internet dan kadang kala Copy anda Paste keratan akhbar ke dalam dokumen"
- Jaludin Bin D. Basir, Taman Paya Rumput Indah, Melaka.
"Harga kursus internet munasabah dan berpatutan. Kalau nak duduk kelas IT belum tentu dapat harga semacam ini. Saya sangat berpuas hati kerana saya sebelum ini memang Zero. Sekarang dah tahulah berkenaan Internet. Boleh juga menambah pendapatan."
- Alimat Bin Bidin, Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor.
"Kini saya bangga dengan pencapaian saya dengan terbina tiga website hasil tunjuk ajar dan bimbingan secara professional oleh COMPU Studies. Impian menjadi kenyataan dengan COMPU Studies kerana segalanya bermula di sini.."
- Mahfodz Bin A. Rahman, Taman Arosa, Muar, Johor
"Banyak pengetahuan tentang Internet diperolehi. Sudah tentu bagaimana cara penggunaannya. Paling penting boleh membuat laman web sendiri dengan percuma tanpa sebarang bayaran. Terima kasih banyak - banyak."
- Kamarudzaman bin Salleh, Taman Puteri Restu, Klang, Selangor
"Kursus ini telah memberi maklumat serta kemahiran yang berguna dan yang saya tidak tahu dan faham sebelum ini. Contohnya bagaimana menyambung dan membuat sambungan Internet, menggunakan Internet browser, mencari maklumat di Internet, menggunakan email dan membuat laman web."
- Nazari Bin Mentali, Larkin Jaya, Johor Bahru.