kursus online

kursus format windows
Kursus Format dan Pasang Windows

Baik pulih komputer anda sendiri. Belajar format komputer dan pasang Windows ke dalam sebarang jenis komputer laptop dan desktop. Segala – galanya yang anda perlukan ada dalam pakej lengkap Kursus Format Komputer dan Pasang Windows COMPU Studies.

Klik di sini untuk Daftar

Pernahkah anda menghantar komputer anda ke kedai untuk diformat? Anda dapati selepas beberapa bulan komputer anda rosak kembali dan perlu diformat semula?

Anda pernah tertipu oleh pekedai komputer? Misalnya, anda hantar komputer untuk diformat tetapi terpaksa membayar untuk ‘kerosakanlain?

Elakkan dari semua ini berlaku lagi kepada anda. Kini anda boleh belajar meformat dan memasang Windows ke dalam komputer anda sendiri. Lupakan sahaja pekedai komputer dan semua alasannya. Belajar lakukan semua dengan sendiri. Tidak perlu bantuan sesiapa dan tidak perlu hantar komputer ke kedai lagi!

Bahan AndaWindows 7 / 8 / 10 / 11Windows XpUntuk Siapa?Komen Peserta

Apa Anda Dapat

Apabila anda daftar untuk kursus ini, anda akan dapat bahan – bahan berikut:-

Manual ini dicetak dalam penuh warna supaya anda boleh merujuk kepadanya semasa melakukan kerja – kerja menformat anda. Antara ciri – ciri lain Manual Lengkap bersaiz A4 setebal lebih 100 mukasurat ini ialah:-
kursus_format
Format Windows 7, 8, 10 dan 11!
Berbekalkan satu manual ini anda akan boleh meformat dan memasang semua jenis Windows termasuk Windows Xp, Windows 7, Windows 10 dan Windows 11.
Panduan Lengkap & Terperinci
Penerangan terperinci diberikan bagi setiap skrin komputer supaya anda tahu apa sebenarnya yang perlu dilakukan.
Belajar Partition, Format & Pasang Windows!
Belajar bagaimana memadamkan partition, mencipta partition, meformat dan memasang Windows.
Segala – gala yang anda perlukan untuk meformat dan memasang Windows anda dengan jayanya terkandung di dalam Pakej Lengkap anda. Anda tidak perlu bertanya kepada sesiapa pun. Pekej lengkap Manual anda mengandungi bahan – bahan berikut:-

  1. Manual bercetak penuh warna setebal lebih 100 mukasurat.
  2. PERCUMA! Pendrive Pemasangan Windows dengan imej pemasangan original.
  3. PERCUMA! Pendrive Sokongan Tambahan yang mengandungi pelbagai perisian dan aplikasi tambahan berguna.

Dengan pakej lengkap ini, anda tidak perlu mencari – cari sebarang bahan keperluan untuk melakukan kerja – kerja meformat dan memasang Windows. Semuanya boleh ada di tangan anda.

Kini Manual Windows Xp!

kursus_format_windows_xp
Kursus Format Komputer dan Pasang Windows Xp

Memenuhi permintaan ramai, kami kini sediakan Manual Lengkap Format Komputer dan Pasang Windows Xp bagi anda dengan komputer lama. Kini anda tidak perlu belanja besar untuk upgrade komputer anda. Hanya format semula menggunakan Manual dan CD yang kami bekalkan dan komputer anda akan berfungsi seperti baru. Dengan pakaej Windows Xp anda akan dapat:-

1.Manual bercetak penuh warna setebal 100 mukasurat.
2.Percuma! CD Pemasangan Windows Xp media pemasangan original.

Langkah – langkah pemasangan Windows Xp adalah berbeza dari Windows 7 dan 8. Oleh itu dapatkan Manual Windows Xp ini jika anda ingin meformat dan memasang Windows Xp ke komputer yang tidak boleh menyokong Windows 7 dan 8.

Kini apabila anda memesan Pakej Manual Lengkap Format Komputer dan Pasang Windows COMPU Studies, anda juga akan mendapat satu Pendrive PERISIAN TAMBAHAN SECARA PERCUMA! Gunakan Pendrive perisian ini untuk melengkapkan sistem komputer anda setelah diformat dan dipasang Windows baru.

Pendrive perisian ini mengandungi semua perisian yang paling kerap digunakan. Kami telah mencipta sistem navigasi khas dalam Bahasa Melayu supaya anda boleh guna dan pasang perisian dengan mudah. Anda tidak perlu membeli, meminjam atau menghabiskan berjam – jam untuk memuat turun perisian dari Internet. Kami melakukan segalanya untuk anda.

Antara perisian yang terkandung di dalam Pendrive perisian percuma ini ialah Microsoft Office, versi terkini semua browser Internet yang terkenal seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox. Juga disertakan ialah perisian penting seperti Adobe Acrobat Reader, Adobe Flash Player, Adobe Shockwave, perisian antivirus dan pemain media yang paling hebat di dunia! Semua perisian adalah 100% ori dan tidak ada satu pun yang cetak rompak. Semua perisian dijamin 100% bebas dari virus kerana kami sendiri telah memeriksanya.

Contoh Sijil
Contoh Sijil – tidak ada yuran tambahan untuk sijil
kursus_ict_sokonganBantuan dan sokongan percuma diberikan untuk kursus anda. Tanyakan sebarang persoalan menerusi telefon, SMS, WhatsApp, E-mel atau laman web ini. Kami di sini sentiasa sedia membantu anda.
1. Pendahuluan
1.1. Apakah Itu Meformat & Memasang Windows?
1.2. Mengapa Belajar untuk Format & Pasang Windows?
1.3. Bila Komputer Perlu Diformat?
1.4. Keperluan Meformat dan Memasang Windows
1.5. Gambaran Keseluruhan Manual & Carta Aliran
1.6. Bagaimana Guna Manual Ini

2. Langkah – Langkah Penyediaan
2.1 Untuk Windows Vista / Windows 7
2.2 Untuk Windows 8, 10 dan 11.

3. Mengubah Perintah Boot Bios
3.1. Mulakan Komputer & Masuki BIOS
3.2. Skrin BIOS
3.3. Mengubah Perintah Boot
3.4. Memasukkan Pendrive Windows
3.5. Simpan Perubahan Pada Susunan Boot
3.6. Sahkan Perubahan dan keluar BIOS

4. Memulakan Pemasangan Windows
4.1. Tunggu Pemasangan Windows untuk dimuatkan
4.2. Pilih Bahasa, Masa, dan Pilihan Lain
4.3. Install Now
4.4. Tunggu untuk Pemasangan Windows bermula.
4.5. Masukkan Produk Key Windows
4.6. Terima Perjanjian Lesen Perisian Windows

5. Partition dan Format
5.1. Paparan Pilihan Lanjutan Cakera Windows
5.2. Memadamkan Parition
5.3. Sahkan Pemadaman Partition
5.4. Padam Parition Lain
5.5. Sahkan Pemadaman Parition Lain
5.6. Pilih Lokasi Untuk Memasang Windows

6. Memasang Windows
6.1. Mulakan Semula Komputer Anda
6.2. Pemasangan Windows Baru Bersambung
6.3. Windows Memasang Perkakasan (Hardware)
6.4. Tunggu Windows Selesai Dipasang
6.5. Komputer Mula Sekali Lagi

7. Menetapkan Setting Windows
7.1. Windows: Pilih Nama Pengguna & Nama Komputer
7.2. Windows: Pilih Tema Warna & Nama Komputer.
7.3. Windows: Masukkan kata laluan
7.4. Windows: Sertai Rangkaian Wireless
7.5. Windows : Masukkan Kunci Produk Windows 7
7.6. Windows: Settings Windows
7.7. Windows  Setting Windows Update
7.8. Windows: Tetapkan Masa & Haribulan
7.9. Windows – Pilih Tetapan Rangkaian Anda
7.10. Windows: Log Masuk Kepada Komputer Anda
7.10.1. Log Masuk dengan akaun Microsoft
7.10.2. Log Masuk dengan akaun Local (Tempatan)
7.10.3. Cipta Local Account
7.10.4. Cipta Username & Password Akaun Tempatan
7.10.5. Windows: Melengkapkan Ketetapan
7.10.6. Windows: Menyediakan Start Screen
7.10.7. Windows: Pemasangan Tamat
7.10.8. Windows: Pemasangan Tamat

8. Mencipta Partition Tambahan
8.1. Pengenalan
8.2. Permulaan
8.3. Mencipta Partition Baru
8.4. Menetapkan Saiz Partition Baru
8.5. Mengesahkan Ciptaan Partition Baru
8.6. Menetapkan Saiz Partition Baru
8.7. Sahkan Pemadaman Partition System Reserved
8.8. Format Partition
8.9. Format Partition Baru
8.10. Pilih Partition untuk Memasang Windows
8.11. Pemasangan Windows akan Bermula
8.12. Windows Berjaya Dipasang
8.13. Cari Aplikasi Computer Dalam Windows
8.14. Buka Perisian Manage
8.15. Buka Computer Management Dalam Windows
8.16. Membuka Disk Management
8.17. Mencipta Partition Baru
8.18. Mencipta New Simple Volume
8.19. New Simple Volume Wizard
8.20. Tetapkan Saiz Partition
8.21. Pilih Huruf Bagi Partition (Drive Letter)
8.22. Namakan Partition Baru anda
8.23. Selesai Mencipta Partition
8.24. Partition Baru Berjaya Dicipta
8.25. Buka Windows Explorer
8.26. Buka Computer
8.27. Partition Baru Sedia Digunakan

1.Pendahuluan
1.1.Apakah Itu Meformat & Memasang Windows?
1.2.Mengapa Belajar untuk Format & Pasang Windows?
1.3.Bila Komputer Perlu Diformat?
1.4.Keperluan Meformat dan Memasang Windows
1.5.Gambaran Keseluruhan Manual & Carta Aliran
1.6.Bagaimana Guna Manual Ini

2.Langkah – Langkah Penyediaan

3.Mengubah Perintah Boot Bios
3.1.Mulakan Komputer & Masuki BIOS
3.2.Skrin BIOS
3.3.Mengubah Perintah Boot
3.4.Memasukkan Pendrive Windows Xp
3.5.Simpan Perubahan Pada Susunan Boot
3.6.Sahkan Perubahan dan keluar BIOS

4.Pemasangan Windows Xp
4.1.Memulakan Pemasangan Windows Xp
4.2.Pilih Partition Untuk Memasang Windows Xp
4.3.Format partition baru anda.
4.4.Tunggu sambil partition baru anda diformat
4.5.Tunggu untuk Setup menyalin fail.
4.6.Biarkan Windows Boot seperti biasa.
4.7.Pemasangan Windows XP akan diteruskan.
4.8.Tetapkan Settings Komputer Anda
4.9.Tetapkan Nama Komputer & Maklumat Akaun Pengguna.
4.10.Tetapkan Zon Masa anda.
4.11.Pemasangan Windows XP akan diteruskan.
4.12.Konfigurasi Paparan Skrin anda.
4.13.Menetapkan Resolusi Skrin
4.14.Windows XP berjaya dipasang
4.15.Tetapkan Setting Windows Update
4.16.Menyambung Kepada Rangkaian
4.17.Daftar Dengan Microsoft
4.18.Mencipta Akaun Pengguna Komputer
4.19.Tamatkan Pemasangan Windows Xp
4.20.Menyediakan Desktop Windows Xp
4.21.Pemasangan Windows XP Selesai

5.Memeriksa Pemasangan Windows Xp
5.1.Mesej Your computer might at risk
5.2.Mesej Take a tour of Windows Xp
5.3.Menetapkan Setting Automatic Update
5.4.Memeriksa Device Manager

6.Penutup
6.1.Menjaga Komputer Windows Xp Anda
6.2.Berikan Maklum Balas Anda

Manual ini sesuai untuk anda yang ingin belajar menformat dan memasang Windows serta:-

1. Jimat kos menghantar komputer ke kedai untuk diformat. Purata kos meformat dan memasang Windows adalah diantara RM50 sehingga RM100 setiap kali diformat!

2. Jimat masa. Berbekalkan manual kami anda akan dapat meformat komputer anda sendiri tanpa menunggu beberapa hari atau minggu untuk pekedai siap meformatkan komputer anda.

jimat-buat-wang3. Nikmati prestasi komputer yang lebih baik. Teknik meformat yang diajar dalam manual kami adalah teknik yang disyorkan oleh Microsoft bagi menghasilkan konfugrasi Windows yang paling optima dan stabil untuk komputer anda. Ini berbeza dengan teknik “format kilat” yang dilakukan oleh pekedai komputer yang sering tidak stabil dan akan bermasalah semula selepas beberapa bulan.

4. Belajar kemahiran komputer baru. Ini meningkatkan kepuasan dan keyakinan diri anda untuk membaiki dan menguruskan masalah komputer anda sendiri.Jana pendapatan sampingan. Kemahiran baru yang anda dapat ini boleh digunakan untuk mengambil upah meformat komputer orang lain. Jadi jika dahulunya anda membayar orang untuk meformat, sekarang orang akan membayar anda untuk meformat komputer!

5. Ikuti perkembangan teknologi terkini. Selang beberapa tahun, versi Windows baharu akan muncul. Mempelajari teknik menformat dan memasang Windows akan membenarkan anda upgrade atau menaiktarafkan sistem operasi (OS) anda dan mengambil kesempatan atas kemampuan teknologi terkini. Kini anda tidak perlu minta bantuan orang lain lagi!

Keperluan Sistem
Sebarang jenama komputer atau laptop dengan Windows 7 atau 8.

“Manual ini sangat memuaskan. Membantu saya menformat komputer dengan cara yang betul. Saya pernah menformat komputer 4-5 tahun lepas tetapi sudah lupa. Kursus ini telah membantu saya menambah pengtahuan, mengingat semula dan menjadi rujukan untuk saya jika ingin menformat komputer di masa akan datang.” – Farith Fariq Bin Hashim, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

“Manual ini sudah cukup lengkap dan bagus. Sangat berpuas hati 100%.” – Norhisham bin Kamarudin, Thompson, Ipoh, Perak.

“Saya sangat berpuas hati kerana manual ini mudah difahami dan saya dapat menambahkan lagi ilmu cara – cara untuk format laptop.” – Mohamad Noor Azmi bin Zainal, Taman Sri Kota 3, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan. .

“Dengan mempelajari manual ini saya tidak susah – susah lagi menformat laptop saya kerana dahulunya perlu dihantar ke kedai. Manual ini sangat mudah difaham dan isikan penuh padat informasi.” – Amansah Ismail, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Ia cukup membantu disebabkan kehadiran contoh – contoh bergambar yang mudah difaham. Terima kasih COMPU Studies.” – Mohamad Nurulnizam, Felda Chini Timor 03, Pekan, Pahang.

“Menarik kerana berwarna – warni. Gaya bahasa senang difahami. Manual ini sememangnya bagus. Komputer saya yang lemah (perlahan) menjadi laju. Saya dapat menjimatkan masa dan wang.” – Leo Bin Onong, Kg Kiabau, Telupid, Sandakan, Sabah.

“Tidak pernah saya mendapat manual yang seperti ini. Ini adalah yang terbaik bagi saya dan ianya sangat membantu.” – Mohd Suhaimi Bin Awang, Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan.

“Mudah diikuti. Sekarang saya mampu format dan pasang Windows dengan sendiri.” – Chin Wai Jun, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor.

“Dapat menjimatkan duit untuk hantar repair.” – Mohd Hilmi Fairuz Bin Mohamad, Labu Lanjut, Sepang, Selangor.

error: