Kursus Excel Preview ini bertujuan membuktikan kepada anda betapa senangnya mempelajari kemahiran komputer secara online – tanpa menghadiri sebarang kelas komputer. 

Di bawah ini anda akan nampak gambar satu skrin aplikasi Microsoft Excel. Namun gambar ini bukannya gambar biasa. Ianya sebenarnya merupakan satu makmal simulasi aplikasi Excel. Ini bermakna gambar ini adalah bercorak interaktif – di mana anda boleh tekan pada bahagian tertentu dan ianya akan memberikan respon kepada anda.

Preview Kursus Excel ini terdiri dari dua mod (mode):-

Mod Tutorial: dalam mod ini anda diberikan arahan dalam bentuk kotak kuning berkenaan langkah – langkah yang harus dilakukan. Ikuti semua arahan seperti yang diberikan untuk melengkapkan tugasan yang diajar dalam Preview Kursus Excel ini. 

Mod Latih: dalam mod ini anda berpeluang berlatih apa yang anda pelajari tanpa bantuan arahan kotak kuning. Ini mirip anda menggunakan aplikasi Microsoft Excel di alatan anda sendiri. Jika anda terlupa sebarang langkah, anda boleh kembali ke mod Tutorial bila – bila masa.

Kami berharap anda mendapati Preview ini bermanfaat. Hubungi kami dengan tekan butang WhatsApp di bawah simulasi kursus sekiranya anda inginkan maklumat lanjut berkenaan kursus atau anda ada sebarang persoalan lain.

kursus excel preview

Kursus Excel Preview - Cara Bina Carta Asas Dalam Excel

Ikuti makmal simulasi Excel di bawah dan belajar cara - cara hendak membina satu carta asas di dalam Excel. Anda tidak perlu ada sebarang pengetahuan berkenaan dengan Excel untuk menjalani makmal simulasi ini. Cuma ikut sahaja arahan dalam kotak kuning dan lakukan tindakan yang diarahkan. Makmal simulasi ini boleh dijalani di semua jenis alatan - smartphone, tablet, computer atau laptop.

Ada Soalan?

Hubungi Pensyarah dan bertanyakan sebarang soalan berkenaan kursus - kursus kami. Tekan butang WhatsApp di bawah.

Ingin Info Lanjut

Ingin info lanjut berkenaan kursus kami? Tekan butang WhatsApp di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut kursus.
error: