Memasukkan Data Ke Dalam Excel

Dalam pelajaran ini kita akan gunakan semua petua yang dipelajari dalam pelajaran lepas untuk melakukan praktikal memasukkan data ke dalam satu worksheet Excel. Kita akan mencipta satu set data markah ujian seperti di gambarkan di atas.
Anda diwajibkan melakukan semua langkah – langkah praktikal ini dan menghantar screenshot kepada pensyarah anda sebagai bukti. Pelajaran ini tidak ada sebarang kuiz – cuma tugasan mencipta set data Excel pertama anda sahaja.
Langkah Pertama: Tajuk Jadual
Data yang akan kita masukkan mempunyai dua jenis. Yang pertama adalah Nama Pelajar dan yang kedua adalah tajuk ujian iaitu B.Melayu. Di dalam Excel kita memanggil data seperti ini Tajuk atau Headers.
Animasi di bawah menunjukkan bagaimana hendak memasukkan tajuk data ini ke dalam Excel. Perhatikan kita bermula di cell pertama iaitu A1.

Memasukkan Tajuk Jadual
Perhatikan anda perlu sentuh dua kali ke dalam cell Excel untuk membukanya bagi kemasukkan data.
Apabila melakukan praktikal di atas, perhatikan:-
- Anda perlu tekan cell dua kali untuk mula menaip data
- Anda perlu tekan butang hijau betul untuk mengesahkan kemasukkan data.
- Menekan butang pangkah merah akan membatalkan kemasukkan data.
Langkah 2: Melaraskan Lebar Lajur Excel
Semasa anda membuat praktikal di atas, anda dapat lihat maklumat dalam dua sel itu bertindihan antara satu sama lain. Ini disebabkan oleh kelebaran lajur cell. Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk pelajari bagaimana hendak melaraskan lebar cell agar memuatkan data dengan betul.

Melaraskan kelebaran lajur Excel
Langkah 3: Memasukkan Data
Langkah seterusnya adalah memasukkan dua baris data. Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk memasukkan data anda. Semasa membuat praktikal, sila ikut data yang sama seperti di dalam animasi.

Memasukkan data ke dalam Excel
Tugasan
Untuk meneruskan ke pelajaran seterusnya, sila WhatsApp kepada pensyarah anda gambar screenshot set data Excel anda yang pertama. Pensyarah akan memeriksa dan memberikan anda link untuk pelajaran seterusnya. Jika anda ada sebarang soalan, jangan lupa ajukan kepada pensyarah anda.