Data Dalam Excel

Semua data di dalam Excel di susun atur di dalam tiga objek utama. Objek – objek ini adalah Workbook, Sheet dan Cell. Mari mengenali setiap satu objek – objek ini.

Workbook

Workbook atau buku kerja adalah fail yang dicipta dalam Microsoft Excel. Kita telahpun pelajari berkenaan Workbook dalam pelajaran – pelajaran yang lepas. Kita sudah belajar bahawa apabila kita mencipta fail baru dalam Excel, ianya di namakan secara automatik sebagai Book0(x) di mana x adalah nombor yang diletakkan oleh Excel. Fail ini adalah fail Workbook atau buku kerja Excel. Ianya menjadi bekas atau objek terbesar yang mengandungi data di dalam Microsoft Excel.

Worksheet

Satu workbook di dalam Excel boleh mengandungi satu atau lebih worksheet atau lembaran kerja. Anda boleh bayangkan workbook sebagai buku latihan sekolah dan worksheet sebagai mukasurat dalam buku latihan tersebut. Apabila Microsoft Excel Mobile dijalankan, ianya memaparkan hanya satu workbook (buku kerja) dengan satu worksheet (lembaran kerja) yang dinamakan Sheet1, seperti yang digambarkan.

excel-workbook-n-worksheet

Workbook dan Worksheet di dalam Excel

Mencipta dan Membuang WorkSheet Excel

Anda boleh menambah atau memadamkan worksheet (lembaran kerja) dalam workbook (buku kerja) mengikut keperluan. Ikut sahaja langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk menambah atau mencipta WorkSheet baru.

Cara - cara mencipta worksheet baru dalam Microsoft Excel

Sekarang anda sudah tahu bagaimana hendak mencipta worksheet di dalam Excel, pastinya anda juga ingin tahu bagaimana hendak memadamkan worksheet Excel. Untuk memadamkan worksheet di dalam Excel, sila ikut langkah – langkah di dalam animasi di bawah.

deleting-excel-sheets

Cara - cara memadamkan worksheet baru dalam Microsoft Excel

Sila ambil perhatian bahawa jika sekiranya anda membuang/memadamkan worksheet yang ada data, data tersebut akan hilang secara kekal. Jadi adalah baik anda merenung sekita apabila mesej pengesahan Excel muncul memintakan anda mengesahkan pemadaman  Worksheet. Pastikan worksheet berkenaan tidak mempunyai sebarang data berguna lagi.

Animasi di atas juga jelas menunjukkan jika workbook anda cuma ada satu worksheet sahaja. fungsi Delete Sheet tidak akan muncul apabila anda tekan pada nama worksheet berkenaan. Ini kerana sesuatu workbook Excel mesti ada sekurang – kurangnya satu worksheet. Jadi worksheet terakhir tidak akan dapat di padamkan.

Bergerak Antara WorkSheet Excel

Excel hanya boleh menunjukkan kandungan satu worksheet pada satu ketika secara lazim. Untuk melihat kandungan dalam worksheet lain, anda perlu bergerak ke worksheet tersebut. Ikuti langkah – langkah di dalam animasi di bawah untuk belajar bagaimana hendak bergerak antara worksheet di dalam Excel.

moving-between-excel-sheets

Cara - cara hendak bergerak antara worksheet Excel

Cara Menggunakan Worksheet

Worksheet di dalam Excel digunakan untuk mengasingkan data lazimnya mengikut masa, jadual, lokasi, kumpulan atau lain – lain pembahagian yang sistematik. Sebagai contoh seorang guru sekolah mungkin akan mencipta satu workbook bertajuk Keputusan Ujian Kelas 2 Jingga. Di dalamnya guru tersebut akan menamakan setiap worksheet mengikut bulan seperti Januari, Februari, Mac, April dan sebagainya. Jadi keputusan ujian kelas boleh diasing dan disusun atur dalam bentuk yang logik dan kemas.

Sebagai contoh kedua, seorang akauntan menggunakan Excel bagi membuat laporan audit satu syarikat besar dengan pelbagai cawangan di beberapa negara. Jadi beliau akan menamakan Workbook sebagai Audit Report 2020 Xyz Corp International dan menggunakan worksheet bagi pembahagian mengikut cawangan seperti Indonesia, Thailand, Japan, United States dan sebagainya.

Dengan penggunaan Workbook yang mempunyai banyak Worksheet, kita boleh menyusun atur data kita dengan kemas supaya mudah diproses dan dicari di masa depan. Walaupun tidak ada had kepada bilangan worksheet yang boleh anda cipta namun anda harus menghadkannya kepada bilangan yang boleh anda urus dengan baik.

Menukar Nama Worksheet

Anda sudahpun belajar bagaimana hendak mencipta dan memadamkan worksheet. Worksheet di dalam Excel lazimnya dinamakan sebagai Sheet1, Sheet2 dan sebagainya. Nama – nama ini sudah tentunya tidak sesuai. Jadi ikutilah langkah – langkah di dalam animasi di bawah untuk belajar bagaimana hendak menukar nama worksheet Excel

renaming-excel-sheets

Cara - cara hendak menukar nama worksheet.

Mewarnakan Tab Worksheet

Fungsi seterusnya yang akan anda pelajari adalah bagaimana hendak mewarnakan worksheet anda. Anda boleh meletakkan warna – warna yang berlainan kepada worksheet anda untuk lebih mudah membezakannya seperti di gambar di bawah.

excel-sheet-colors

Warna tab worksheet Excel
Apabila anda mewarnakan worksheet anda, worksheet yang aktif (sedang dikerjakan) akan punya garis penanda di bawah. Worksheet yang lain akan punya garis penanda di atas.

Untuk mewarnakan worksheet anda pilih fungsi Color dari toolbar worksheet seperti yang ditunjukkan dalam animasi di bawah.

coloring-excel-sheets

Cara - cara hendak mewarnakan tab worksheet Excel

Menyalin Worksheet

Kerap kali semasa menggunakan Excel anda akan perlu membuat salinan worksheet anda. Sebagai contoh anda boleh buat salinan worksheet bulan lepas untuk digunakan bagi bulan ini. Anda hanya perlu tukar nama worksheet dan data di dalamnya sahaja. Segala formula dan format tidak perlu ditukar atau dicipta baru. Ini akan banyak menjimatkan masa anda. Fungsi yang digunakan untuk membuat salinan sesuatu worksheet adalah Duplicate. Fungsi ini akan membuat salinan baru worksheet yang aktif (sedang dikerjakan). Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah.

duplicate-excel-sheet

Cara - cara hendak menyalin worksheet.

Memindahkan Worksheet

Worksheet yang disalin kerapkali ditempatkan di sebelah kiri worksheet yang asal. Ini mungkin bukan tempat yang sesuai untuk worksheet berkenaan. Oleh itu anda boleh memindahkan lokasi atau posisi worksheet dengan menggunakan fungsi Move. Fungsi Move ini membenarkan anda memilih dua jenis posisi baru untuk worksheet anda:-

  1. Before Sheet: Memilih nama sebarang worksheet di bawah tajuk ini akan memindahkan worksheet yang aktif ke sebelah kiri worksheet yang di pilih.
  2. Move to end: Memilih pilihan ini akan memindahkan worksheet yang aktif ke posisi terakhir.
move-excel-sheet-before-sheet

Memindahkah worksheet Before Sheet
Memilih Januari atau Februari di bawah tajuk Before Sheet akan memindakan worksheet anda ke sebelah kiri worksheet berkenaan.

Memindahkah worksheet (move to end)
Memilih (move to end) akan memindahkan worksheet ke posisi terakhir.

Memilih (move to end) akan memindahkan worksheet ke posisi terakhir.

move-excel-sheet

Cara - cara hendak memindahkan worksheet

Hide dan Unhide Worksheet

Kadangkala anda mungkin hendak menyorok worksheet anda. Ini kerapkali dilakukan jika worksheet tersebut punya data dan formula yang tidak perlu diedit selalu. Menyorok worksheet akan menghilangkannya dari pandangan dan mengurangkan kemungkinan kandungannya ditukar tanpa sengaja. Fungsi untuk menyorokkan worksheet dipanggil Hide sementara fungsi untuk menampakkan semula worksheet yang disorokkan dipanggil Unhide. Anda boleh Hide/Unhide seberapa banyak worksheet satu per satu. Namun perlu diingat bahawa worksheet yang terakhir tidak boleh disorokkan kerana anda mesti ada sekurang – kurangnya satu worksheet terpapar dalam setiap workbook.

Animasi di bawah menunjukkan bagaimana hendak Hide/Unhide worksheet Microsoft Excel anda.

Cara - cara hendak Hide / Unhide Worksheet Excel

Kuiz

Lakukan kuiz di bawah bagi menguji pemahaman anda akan kandungan pelajaran ini. Apabila tamat menjawab soalan terakhir, tekan butang Finish untuk periksa jawapan anda. Jika anda gagal, anda boleh tekan butang Retry untuk ulang. Apabila anda lulus, WhatsApp gambar skrin keputusan ujian kepada pensyarah sebagai bukti. Pensyarah akan memaklumkan anda akan langkah seterusnya.