Mengenali Skrin Excel Mobile

Sebelum kita boleh pelajari cara – cara hendak menggunakan aplikasi Microsoft Excel Mobile adalah penting kita kenali paparan skrin aplikasi tersebut. Berbuat demikian akan banyak membantu kita menggunakan aplikasi dengan betul dan cekap.

Aplikasi Microsoft Excel Mobile mengandungi beberapa elemen perisian yang punya fungsinya sendiri. Elemen – elemen ini (bermula dari atas hingga ke bawah skrin) ialah:-

  1. Nama Workbook
  2. Toolbar
  3. Ruang kerja
  4. Taskbar

Mari kita mengenali setiap satu elemen ini dengan lebih dekat.

Nama Workbook

Elemen pertama dan yang kelihatan di atas sekali ialah elemen Nama Workbook. Ianya memaparkan nama dokumen Excel yang sedang kerjakan. Jika workbook anda adalah baru, ianya akan dinamakan Book(x) di mana X adalah angka yang diberikan secara automaik oleh aplikasi Excel Mobile. Perkataan – Saved akan kelihatan jika workbook anda sudah disimpan dan tidak ada perubahan baru. Excel akan menyimpan workbook anda secara automatik menerusi ciri Autosave yang ditetapkan ON secara piawai.

Dua elemen utama bahagian atas skrin Excel Mobile
Terdiri dari Nama Workbook dan Toolbar

Toolbar

Di bawah nama workbook anda ialah toolbar. Kehadiran toolbar ini mungkin tidak diperasan kerana ianya punya latarbelakang hijau sama seperti nama workbook. Namun kita boleh mengenalpastinya kerana toolbar punya 6 butang seperti yang di gambarkan di bawah. Di hujung kiri toolbar adalah butang anak panah ke kiri (<-) yang telahpun kita tahu merupakan butang fungsi Exit atau Keluar. Apabila kita tekan butang Keluar ini ianya akan membawa kita keluar dari workbook ke skrin Recent Excel.

Selain dari butang Exit ada tiga lagi butang dengan fungsi khusus ialah butang Carian, Undo dan Kongsian. Kita akan pelajari lebih berkenaan butang - butang ini dalam pelajaran yang akan datang. Buat masa sekarang cukup anda ketahui akan kehadiran butang - butang tersebut.

Butang Menu di Toolbar

Butang yang jadi tumpuan kita dalam pelajaran ini adalah butang Menu dengan logo A. Butang ini adalah butang fungsi Menu. Butang ini menjadi pintu masuk untuk kita mengakses semua fungsi – fungsi dalam aplikasi Excel. Kemahiran pertama yang perlu anda pelajari berkenaan butang Menu ini adalah bagaimana hendak membuka dan menutup fungsi Menu yang muncul apabila butang A tersebut ditekan. Untuk itu sila rujuk pada animasi di bawah dan lakukan langkah – langkah yang sama dalam aplikasi Excel Mobile anda. Tidak perlu bagi anda untuk melakukan lebih dari apa yang ditunjukkan dalam animasi kerana kita akan pelajarinya sebentar lagi. Buat masa sekarang cuma belajar buka dan tutup fungsi Menu sahaja.

Cara hendak membuka dan menutup panel Menu menggunakan butang fungsi Menu di toolbar.

Panel Menu

Seperti yang dapat anda lihat dalam animasi di atas, apabila butang Menu A itu ditekan, satu panel akan muncul di bahagian bawah skrin anda. Ini adalah Panel Menu. Panel Menu ini terdiri dari beberapa bahagian seperti yang digambarkan di bawah.

Panel Menu Excel Mobile
Anda sudahpun belajar bagaimana hendak membuka dan menutup Panel Menu ini sebentar tadi.

Panel Menu terdiri dari 3 bahagian utama:-

  1. Menu: Ini adalah nama menu yang sedang anda lihat fungsi – fungsinya.
  2. Fungsi: Ini adalah butang fungsi bagi Menu. Setiap butang fungsi ada fungsinya yang tersendiri. Kita akan pelajari lebih berkenaannya dalam pelajaran – pelajaran yang akan datang.
  3. Sub-menu: Sub-menu adalah sekumpulan butang fungsi yang dilonggokkan ke dalam satu menu yang kecil.

Butang Nama Menu

Excel Mobile mempunyai banyak Butang Nama Menu. Menu – menu ini adalah Home, Insert, Draw, Formulas, Data, Review dan View seperti yang digambarkan di bawah. Setiap menu – menu ini punyai set koleksi butang fungsi dan sub-menu-nya sendiri. Kita akan pelajari lebih berkenaan semua Menu dan fungsinya secara berperingkat dan langkah demi langkah dalam pelajaran – pelajaran yang menyusul.

Semua menu Excel boleh di akses menerusi butang Nama Menu di Panel Menu.

Bergerak Antara Menu

Excel Mobile mempunyai banyak Butang Nama Menu. Menu – menu ini adalah Home, Insert, Draw, Formulas, Data, Review dan View seperti yang digambarkan di bawah. Setiap menu – menu ini punyai set koleksi butang fungsi dan sub-menu-nya sendiri. Kita akan pelajari lebih berkenaan semua Menu dan fungsinya secara berperingkat dan langkah demi langkah dalam pelajaran – pelajaran yang menyusul.

Bergerak antara Menu dalam Excel
Animasi sengaja dipercepatkan. Sila tonton beberapa kali.

Sekarang cuba anda pula melakukannya. Lakukan langkah – langkah berikut:-

  1. Buka panel Menu dengan menekan butang A di toolbar
  2. Tekan butang nama Menu
  3. Pilih nama Menu lain.
  4. Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga anda sudah boleh buka semua Menu.
  5. Tutup panel Menu dengan menekan butang V.

Kuiz

Lakukan kuiz di bawah bagi menguji pemahaman anda akan kandungan pelajaran ini. Apabila tamat menjawab soalan terakhir, tekan butang Finish untuk periksa jawapan anda. Jika anda gagal, anda boleh tekan butang Retry untuk ulang. Apabila anda lulus, WhatsApp gambar skrin keputusan ujian kepada pensyarah sebagai bukti. Pensyarah akan memaklumkan anda akan langkah seterusnya.

 

Tugasan

Lakukan Tugasan ini selepas anda siapkan Kuiz di atas.
Buka menu Formula dan ambil gambar skrin. Kemudian WhatsApp gambar kepada pensyarah anda sebagai bukti anda tahu membuka menu dalam Excel. Satu contoh digambarkan di sebelah / atas.