Pengurusan Fail

Apabila anda bekerja dengan mana – mana aplikasi produktiviti seperti Microsoft Excel, Word, PowerPoint atau lain – lain, kerja yang anda lakukan itu akan disimpan ke dalam FAIL atau FILE dalam Bahasa Inggeris. Fail adalah dokumen kerja anda. Ianya adalah berasingan dari aplikasi seperti Excel yang anda gunakan.

Dokumen kerja Excel diberikan nama khas. Ianya dipanggil WORKBOOK atau buku kerja. Semua fail – fail workbook ini kerapkali di simpan dalam memori telefon bimbit atau tablet anda sendiri. Anda juga ada pilihan untuk menyimpan workbook anda di storan Internet yang dipanggil Cloud Storage.

Apabila anda membuka Excel anda akan lihat skrin Recent Files seperti di gambarkan di sebelah/atas. Di skrin Recent ini anda akan dihidangkan dengan senarai fail - fail workbook yang telah anda kerjakan kebelakangan ini. Dengan peredaran masa, senarai fail - fail ini mungkin bertambah banyak dan mengelirukan. Jadi dalam pelajaran ini kita akan melihat bagaimana hendak menguruskan fail - fail di senarai. Khususnya kita akan belajar bagaimana hendak...

  1. Buang fail dari senarai Recent tanpa memadamkannya
  2. Buang fail dari senarai dan padamkannya sekali
  3. Pin-kan fail ke senarai Recent
  4. Pin-kan fail ke skrin home telefon/tablet

Membuang Fail Dari Senarai Recent Tanpa Memadamkannya

Untuk membuang mana – mana fail dari senarai Recent tanpa memadamkannya, anda cuma perlu pilih opsyen Remove from List dengan menekan butang 3 bintik di hujung kanan nama fail seperti yang digambarkan dalam animasi di bawah.

Cara hendak membuang fail dari senarai Recent tanpa memadamkannya.
Anda akan menggunakan fungsi ini apabila selesai mengerjakan sesuatu fail itu dan tidak mahu membukanya lagi tetapi masih ingin menyimpan fail tersebut.

Membuka Semula Fail Yang Dibuang Dari Senarai Recent

Fail yang dibuang dari senarai Recent dengan fungsi Remove from List itu tidak terpadam. Anda masih boleh buka fail berkenaan menggunakan fungsi Open seperti yang digambarkan dalam animasi di bawah.

Cara hendak membuka semula fail yang dipadamkan dari senarai Recent menerusi fungsi Remove from List.

Membuang Fail Dari Senarai Recent Dan Memadamkannya

Untuk membuang sebarang fail dari senarai Recent dan sekaligus memadamkannya, anda akan gunakan fungsi Delete dari butang 3 bintik seperti digambarkan dalam animasi di bawah.

Cara hendak buang fail dari senarai Recent List dan sekaligus memadamkannya
Anda boleh gunakan fungsi ini apabila tidak mahu mengerjakan atau menyimpan sesuatu fail itu.

Pin Fail Ke Skrin Recent List

Jika anda ada sebarang fail yang anda ingin sentiasa kekalkan di bahagian atas senarai Recent List anda boleh pin-kan fail tersebut dengan mengikut langkah – langkah yang ditunjukkan dalam animasi di bawah.

Cara hendak pin-kan fail ke senarai Recent List.
Fail yang di pin akan muncul dalam kategori PINNED.

Pin Fail Ke Homescreen

Selain dari pin-kan fail ke senarai Recent, anda juga boleh pin fail ke homescreen telefon/tablet ini. Dengan cara ini satu shortcut fail akan muncul di homescreen bersama ikon dan shortcut aplikasi lain. Ikut sahaja langkah – langkah dalam video di bawah untuk melakukannya. Anda perlu tekan butang Play untuk mainkan video.

Cara hendak pin-kan fail ke homescreen.
Tekan butang Play untuk memainkan video.

Perhatikan kemahiran – kemahiran berikut yang diajar dalam video:-

  1. Cara hendak memasukkan shortcut ke homescreen.
  2. Cara hendak membukan fail dari shortcut homescreen.
  3. Cara hendak memadamkan shortcut di homescreen.
  4. Cara hendak membuka fail walaupun shortcut di homescreen sudah dipadamkan.

 

Kuiz

Lakukan kuiz di bawah bagi menguji pemahaman anda akan kandungan pelajaran ini. Apabila tamat menjawab soalan terakhir, tekan butang Finish untuk periksa jawapan anda. Jika anda gagal, anda boleh tekan butang Retry untuk ulang. Apabila anda lulus, WhatsApp gambar skrin keputusan ujian kepada pensyarah sebagai bukti. Pensyarah akan memaklumkan anda akan langkah seterusnya.