Line chart mewakili data dalam bentuk garisan. Line chart juga sering mempunyai titik – titik kecil yang dipanggil markers untuk menandakan nilai data. Kita gunakan line chart untuk menggambarkan perubahan data mengikut masa. Line chart amat sesuai apabila kita ada lebih dari satu kumpulan data yang ingin dipaparkan perubahannya mengikut masa. Line chart juga sesuai apabila data yang hendak dipaparkan itu adalah banyak. Satu contoh adalah seperti di gambarkan di bawah.

excel line chart

Penyediaan

Sebagai penyediaan, kita akan menggunakan workbook Excel yang telah disiapkan oleh pensyarah. Ini adalah supaya semua pelajar akan mengerjakan data yang sama. Untuk itu silalah tekan butang Download di bawah untuk download workbook Excel terus ke alatan anda.

PENTING: Setelah download, jangan terus Open/Buka Excel workbook berkenaan. Sila ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk kaedah download dan membuka Excel workbook dari pensyarah anda.

excel download lecturer file
Cara betul download fail pensyarah.

Arahannya:-

  1. Tekan butang fail X di atas.
  2. Fail akan download ke alatan anda.
  3. Tekan butang di notis di kaki skrin anda. Pastikan anda tidak menekan butang Open.
  4. Beralih ke aplikasi Excel anda.
  5. Tekan butang Open dalam Excel.
  6. Di skrin Places, tekan This device
  7. Di skrin This device, tekan Download.
  8. Akhir sekali tekan pada nama fail Line_Chart.xlsx
  9. Fail akan dibuka dalam Excel.

Download

Tekan di sini untuk download fail dari pensyarah anda.

Fail Excel pensyarah mempunyai hanya satu worksheet dengan satu Excel table sahaja. Excel table ini memaparkan data bilangan pengunjung satu website mengikut alatan yang digunakan oleh pengunjung tersebut. Data dipaparkan mengikut hari. Kita akan menggunakan Excel table ini untuk mencipta line chart. Mari lihat langkah – langkahnya.

Sekarang setelah anda berjaya download fail Excel pensyarah, kita akan belajar bagaimana hendak mengerjakan fail ini untuk mencipta Line Chart.

Langkah #1: Mencipta Line Chart

Seperti juga chart yang lain, kita mencipta line chart dari fungsi menu > Insert > Chart pada Excel setelah menekan dalam Excel table kita. Untuk itu silalah cipta line chart mengikut langkah – langkah yang ditunjukkan dalam video di bawah.

Langkah #2: Menempatkan Line Chart

Setelah chart dicipta, anda perlu tekan dan heret chart anda ke lokasi yang lebih sesuai supaya tidak menghalang atau bertindih dengan Excel table. Untuk itu anda perlu scroll ke bawah worksheet anda terlebih dahulu. Ikuti tatacara seperti dalam video di bawah untuk melakukannya.

Langkah #3: Mengubah Saiz Line Chart

Line chart anda memaparkan bilangan kunjungan ke website dari tiga jenis alatan berbeza. Dari ketiga – tiga alatan, bilangan pengunjung yang menggunakan tablet adalah paling sedikit. Ini menjadikan line chart yang menggambarkan pengunjung table ini kelihatan seperti sebahagian dari paksi data chart kita – seperti yang digambarkan dalam gambar di bawah.

excel line chart too small

Untuk menjadikan data kecil pada line chart kelihatan lebih jelas, anda boleh laraskan saiz chart anda. Sila ikuti langkah - langkah seperti dalam video di bawah untuk melakukannya.

excel line chart enlarged

Setelah anda besarkan line chart anda, garis data tablet kini kelihatan lebih jelas seperti yang digambarkan di sebelah / atas.

Langkah #4: Menukar Line Chart Title

Langkah seterusnya adalah menukar chart title pada line chart anda. Perkara ini sudah pun dipelajari dalam pelajaran – pelajaran yang lepas. Ikuti langkah – langkah dalam video di bawah bagi mengulangkaji dan melakukannya.

Langkah #5: Mengubah Set Data Line Chart

Line Chart seperti juga bar dan column chart boleh diubah set data yang hendak dipaparkan dalam chart. Kaedahnya sama sahaja seperti yang dipelajari dalam pelajaran lepas. Bagi tujuan kita dalam pelajaran ini, kita akan membuang data bagi tablet dari line chart kita kerana bilangannya agak kecil. Untuk itu, ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk mengeluarkan data tablet dari line chart anda.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak mencipta line chart serta melaraskan saiznya bagi memaparkan data kecil. Anda juga telah belajar bagaimana hendak membuang sesuatu set data dari line chart anda. Menggunakan semua ilmu yang telah anda pelajari dalam 11 pelajaran yang lepas, anda sekarang punya kemahiran kukuh dalam sebarang jenis data menggunakan pelbagai jenis carta dalam Excel.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar Line Chart yang telah anda siap kerjakan dalam Langkah #5 di atas. Satu contoh digambarkan di bawah. Hantar satu gambar sahaja