Dalam pelajaran yang lepas, kita telah belajar bagaimana hendak mencipta Column Chart. Dalam pelajaran ini kita akan belajar cara hendak membuat bar chart.

Kita lazimnya akan menggunakan bar chart untuk menggambar data dalam turutan tertinggi hingga terendah atau sebaliknya seperti yang digambarkan oleh dua contoh bar chart di sebelah / atas.

excel bar charts

Dokumen Kerja

Bagi tujuan latihan pelajaran ini, kita akan terus kerjakan fail Excel Column_Bar_Chart.xlsx yang kita gunakan dalam pelajaran lepas. Perbezaannya cuma kita akan mengerjakan worksheet bernama Sales yang boleh anda akses mengikut kaedah biasa seperti yang dipaparkan dalam animasi di sebelah / atas.

Mencipta Bar Chart

Langkah – langkah mencipta bar chart sebenarnya sama sahaja seperti mencipta chart lain sebelum ini. Namun dalam pelajaran ini kita akan melakukan sedikit kelainan. Berbanding dengan pelajaran lepas di mana kita menggunakan fungsi Recommended dalam menu > Insert, dalam pelajaran ini kita akan menggunakan fungsi menu > Insert > Chart > Bar untuk mencipta bar chart pertama kita. Semua langkah – langkah ini diterangkan dalam video di bawah. Silalah ikut dan untuk lakukannya.

Format Bar Chart

Langkah kedua pula adalah mengenakan kesan style yang sesuai untuk format bar chart kita. Kesan style yang kita pilih mempunyai latar belakang hitam. Oleh kerana kesan style ini tidak ada data labels, kita kemudiannya akan memasang data labels dari fungsi Layout Excel chart. Video di bawah mengajar anda bagaimana hendak melakukan semua ini.

Mengubah Set Data

Bar Chart seperti juga Column Chart boleh diubah set data yang hendak dipaparkan dalam chart. Kaedahnya sama sahaja seperti yang dipelajari dalam pelajaran lepas. Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk mengeluarkan produk Handbags dari bar chart anda.

Menaip Chart Title

Langkah seterusnya ialah menaip chart title yang sesuai kepada chart kita. Chart title yang akan kita taip ialah Sales. Anda sudah pun pelajari langkah – langkah ini dalam pelajaran lepas namun kami turunkannya sekali lagi untuk manfaat anda.

Switch Column / Row

Sehingga kini butang fungsi Switch Column / Row tidak banyak kita gunakan. Seolah – oleh ianya sesuatu yang berbahaya. Namun sebenarnya ada kalanya butang fungsi ini boleh membantu kita. Dalam konteks bar chart Sales yang kita cipta ini, menekan butang Switch Column / Row akan dengan sekelip mata mengubah bar chart kita menjadi satu bar chart baru. Jika bar chart asal memaparkan data berdasarkan jantina, menekan butang fungsi Switch Column / Row akan dengan sekelip mata memaparkan bar chart berdasarkan kepada produk. Menekan sekali lagi butang ini akan mengembalikan bar chart asal kita dan begitulah seterusnya seperti digambarkan dalam gambar di bawah.

Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk pelajari cara hendak mempraktikkan fungsi Switch Column / Row ini.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak mencipta bar chart yakni dan menggunakan fungsi Switch Column / Row untuk mengubah perspektif data dalam chart anda.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar dua Bar Chart. Gambar pertama ialah bar chart berdasarkan jantina dan gambar kedua pula adalah bar chart berdasarkan produk.  Hantar dua gambar sahaja.