Selain dari Column Chart yang kita pelajari dalam dua pelajaran yang lepas, terdapat juga satu lagi column chart yang sering digunakan. Column chart ini dipanggil Stacked Column Chart. Perkataan stacked itu bermaksud bertindih dan dalam stacked column chart, set data dipaparkan bertindih di atas satu sama lain seperti di gambarkan di bawah.

excel stacked column chart

Stacked column chart sering digunakan untuk menjimatkan ruang kerana semua set data daripada satu kategori dapat dipaparkan dalam satu bar sahaja

Dalam pelajaran ini kita akan mencipta satu stacked column chart bagi menggantikan column chart yang dicipta dalam pelajaran lepas. Oleh itu kita tetap akan menggunakan fail Excel yang sama iaitu Column_Bar_Chart.xls dan mengerjakan data dalam worksheet Score seperti digambarkan di sebelah / atas.

Bahagian – bahagian seterusnya akan mengajar anda langkah demi langkah bagaimana hendak mencipta stacked column chart dari Excel table yang sedia ada.

Langkah 1: Cipta Stacked Column Chart

Langkah pertama adalah mencipta stacked column chart dengan memilih chart berkenaan dari menu Recommended . Sebelum itu kita akan memadamkan chart yang dicipta dalam pelajaran lepas. Ikuti langkah – langkah dalam video di bawah untuk melakukannya.

Langkah 2: Format Stacked Column Chart

Langkah kedua pula adalah mengenakan kesan style yang sesuai untuk format stacked column chart kita. Kesan style yang kita pilih mempunyai legend, chart title dan data labels. Data Labels penting kerana ianya membantu kita melakukan perbandingan antara kategori dan set data. Video di bawah mengajar anda bagaimana mengenakan kesan style ini.

Langkah 3: Menaip Chart Title

Langkah terakhir yang tinggal adalah bagi kita memberikan tajuk atau chart title yang sesuai kepada chart kita. Kemahiran ini belum lagi kita pelajari setakat ini namun ianya mudah sahaja. Ikut sahaja langkah – langkah dalam video di bawah untuk menaip chart title dan melengkapkan tugasan anda bagi pelajaran ini.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak satu lagi jenis column chart yakni stacked column chart. Ini menjadikan kemahiran anda cukup fleksibel dan mudah disesuaikan dengan jenis data yang ada.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar Stacked Column Chart yang anda cipta menerusi 3 langkah di atas. Hantar gambar stacked column chart anda kepada pensyarah untuk dinilai. Satu gambar adalah memadai.