Dalam pelajaran yang lepas, kita telah belajar bagaimana hendak mencipta Column Chart. Dalam pelajaran ini kita akan belajar kemahiran lanjutan bagaimana hendak mengubahsuai column chart untuk memaparkan hanya sebahagian dari data dalam Excel table. Ini akan membenarkan kita mencipta column chart yang benar – benar memenuhi kehendak kita tanpa perlu mencipta Excel table baru.

Dokumen Kerja

Bagi tujuan latihan pelajaran ini, kita akan terus kerjakan fail Excel Column_Bar_Chart.xlsx yang kita gunakan dalam pelajaran lepas.

Memilih Satu Set Data Sahaja

Dalam pelajaran lepas kita telah lihat bagaimana hendak membuang set data dari column chart. Kita telah belajar kaedah untuk membuang set data bagi mata pelajaran English dan B.Melayu dari chart kita.

Namun mungkin anda terfikir sama ada boleh atau tidak untuk kita memilih hanya satu set data (contohnya hanya satu pelajaran) bagi chart kita. Jawapannya adalah boleh. Kaedahnya tidak jauh berbeza dari apa yang anda sudah pelajari sebelum ini dan ianya diajar dalam tiga video yang kami turunkan di bawah.

Dalam video pertama ini anda akan belajar cara hendak memilih hanya data English bagi column chart anda. Ikuti langkah – langkah dalam video di bawah untuk melakukannya.

Dalam video kedua pula, anda akan belajar cara hendak menukar pilihan dari data B.Melayu ke data English sahaja bagi column chart anda. Ini diajar dalam video di bawah. Sila tonton dan kemudian amalkan dalam worksheet anda.

Seperti yang dapat anda lihat dari dua video di atas, adalah agak mudah untuk mencipta column chart yang memaparkan mana – mana satu set data dari Excel table anda. Langkah terakhir adalah untuk mengembalikan semua perubahan anda lakukan sebelum ini bagi penyediaan untuk topik seterusnya. Ikut tatacara dalam video di bawah untuk melakukannya.

Memilih Kategori Data

Jika kita boleh memilih set data (contohnya mata pelajaran) bagi chart kita, tentunya sudah terlintas di fikiran anda sama ada kita boleh memilih kategori data (contohnya pelajar) bagi chart kita. Jawapannya ialah memang boleh. Kita akan belajar bagaimana hendak melakukannya menerusi satu contoh aplikasi seperti yang diterangkan di bawah.

Berdasarkan kepada Excel table keputusan markah, katakan anda hendak memaparkan data dalam column chart hanya untuk 3 pelajar dengan purata markah tertinggi. Bagaimana akan anda lakukan? Jawapannya adalah dengan mengikut prosedur di bawah:-

  1. Purata markah boleh di ambil dari lajur Average.
  2. Oleh itu susun data dalam Excel table berdasarkan lajur Average dalam turutan menurun atau Decending – yakni markah purata tertinggi hingga terendah.
  3. Tekan column chart
  4. Pilih hanya tiga baris pertama Excel table anda untuk dimasukkan ke dalam chart.

 

Kesemua langkah – langkah ini ditunjukkan dalam video di bawah. Silalah amalkannya.

Aplikasi Kategori Data

Contoh di atas telah memberikan gambar betapa fleksibel chart yang anda cipta menggunakan Excel table. Namun aplikasinya tidak terhad hanya kepada analisa markah sahaja. Anda boleh memilih pelbagai jenis kategori data menggunakan fungsi filter pada tajuk lajur Excel table anda.

Satu contoh adalah seperti yang digambarkan di sebelah / atas. Dalam contoh ini, kami telah mengenakan fungsi Filter Items pada lajur student. Anda boleh lihat simbol penapis di sebelah tajur lajur Student. Kami menggunakan fungsi Filter Items untuk memilih dua pelajar secara rambang. Pelajar tidak dipilih berdasarkan apa - apa penilaian markah. Ini untuk membuktikan bahawa anda ada kebebasan penuh dalam memilih kategori data bagi Excel chart anda.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak mengubah suai Column Chart anda. Anda kini sudah tahu bagaimana hendak mencipta column chart dengan sebarang kombinasi kategori dan set data. Ini memberikan anda fleksibiliti maksimum dalam menghasilkan Excel chart anda.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar Column Chart yang memaparkan data tiga pelajar dengan markah keputusan English yang paling rendah. Anda boleh kenakan kesan Layout, Color dan Styles pada chart anda jika mahu namun ianya tidak wajib.

Kami tidak akan menunjukkan sebarang contoh untuk rujukan anda. Kami hendak anda cipta sendiri column chart berdasarkan semua kemahiran yang telah anda pelajari setakat ini. Kemudian hantar gambar column chart anda kepada pensyarah untuk dinilai. Hantar satu gambar adalah memadai.