Dalam pelajaran yang lepas, kita telah belajar bagaimana hendak mencipta Pie Chart. Dalam pelajaran ini kita akan belajar cara hendak membuat column chart.

Penyediaan

Untuk projek ini kita akan menggunakan workbook Excel yang telah disiapkan oleh pensyarah. Ini adalah supaya semua pelajar akan mengerjakan data yang sama. Untuk itu silalah tekan butang Download di bawah untuk download workbook Excel terus ke alatan anda.

PENTING: Setelah download, jangan terus Open/Buka Excel workbook berkenaan. Sila ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk kaedah download dan membuka Excel workbook dari pensyarah anda.

Setelah anda berjaya download fail Excel pensyarah, kita akan belajar bagaimana hendak mengerjakan fail ini untuk mencipta Pie Chart.

excel download lecturer file
Cara betul download fail pensyarah.

Arahannya:-

  1. Tekan butang fail X di atas.
  2. Fail akan download ke alatan anda.
  3. Tekan butang di notis di kaki skrin anda. Pastikan anda tidak menekan butang Open.
  4. Beralih ke aplikasi Excel anda.
  5. Tekan butang Open dalam Excel.
  6. Di skrin Places, tekan This device
  7. Di skrin This device, tekan Download.
  8. Akhir sekali tekan pada nama fail Column_Bar_Chart.xlsx
  9. Fail akan dibuka dalam Excel.

Download

Tekan di sini untuk download fail dari pensyarah anda.

Mencipta Column Chart

excel column charts

Kita gunakan column chart untuk perbandingan data antara satu sama lain. Data dalam column chart sering merupakan campuran nilai tinggi dan rendah berselang seli seperti yang digambarkan oleh dua column chart di sebelah / atas.

excel column chart table

Untuk mencipta Column Chart yang pertama, kita akan menggunakan data dalam worksheet Score fail pensyarah seperti yang digambarkan di sebelah / atas

Anda juga harus pastikan yang Excel table anda mempunyai kategori data di sebelah kiri dan data di sebelah kanan. Dalam contoh di atas, data dalam lajur Student adalah kategori dan data dalam lajur Math, English, B.Melayu dan Average adalah data.

Mematuhi prinsip ringkas ini akan mempermudahkan anda mencipta Column Chart. Untuk mencipta Column Chart anda yang pertama, silalah ikut langkah – langkah dalam video di bawah.

Membuang Data Dari Column Chart

Column chart yang kita cipta di atas mengandungi data bagi Math, English, B.Melayu dan Average. Namun data dalam lajur Average tidak mewakili satu mata pelajaran. Disebabkan itu memasukkannya ke dalam chart mungkin tidak begitu sesuai. Excel membenarkan kita mengecualikan data dari dimasukkan ke dalam chart. Dengan cara ini kita boleh mencipta chart yang lebih bermakna.

Ikuti langkah – langkah dalam video di bawah untuk pelajari bagaimana hendak mengecualikan satu lajur dari dimasukkan ke dalam chart. Dalam contoh di sini, kita akan keluarkan data dari lajur Average dari chart kita.

Membuang Lebih Lajur Dari Column Chart

Apabila anda kuasai kemahiran mengeluarkan satu lajur dari chart, anda boleh gunakan kemahiran yang sama untuk mengeluarkan lebih banyak lajur dari chart.

Video di bawah mengajar bagaimana hendak mengeluarkan lajur B.Melayu dan kemudian lajur English dari chart anda. Video berakhir dengan mengajar anda bagaimana hendak menggunakan fungsi Undo chart untuk mendapat kembali lajur – lajur yang dibuang dari chart itu. Tonton dan praktikkannya.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak mencipta Column Chart anda yang pertama. Anda juga sudah belajar bagaimana hendak membuang data dari satu atau lebih lajur dari column chart anda. Dengan cara ini anda akan dapat hasilkan column chart yang memenuhi keperluan anda dengan mudah dan cepat.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar Column Chart yang mempunyai hanya data bagi Math, English dan B.Melayu sahaja. Pastikan tidak ada sebarang data bagi lajur Average dalam chart anda. Kenakan kesan Layout, Color dan Styles yang sesuai seperti yang anda pelajari sebelum ini. Kemudian hantar gambar column chart anda kepada pensyarah. Satu gambar adalah memadai.