Dalam pelajaran yang lepas, kita telah belajar bagaimana hendak mencipta Pie Chart. Anda juga telah belajar cara – cara hendak mengubah-suai pie chart supaya lebih menepati keperluan anda. Dalam pelajaran ini, kita akan belajar mencipta dua lagi pie chart iaitu Donut Pie Chart dan Exploding Pie Chart. Kita akan mengerjakan fail Excel yang sama yang kita gunakan dalam pelajaran yang lepas untuk mencipta kedua jenis pie chart ini.

Mencipta Donut Pie Chart

Donut Pie Chart seperti yang digambarkan oleh namanya adalah satu pie chart yang menyerupai kuih donut – yakni kosong di bahagian tengahnya. Donut pie chart cuma merupa satu variasi berbeza dari pie chart biasa. Ianya tidak ada sebarang kelebihan dari pie chart yang anda cipta dalam pelajaran lepas. Bahagian kosong di tengah donut pie chart tidak punya sebarang makna tersembunyi ataupun memberikan maklumat lebih berkenaan data yang dipaparkan. Ianya cuma rekabentuk berlainan sahaja bertujuan memberikan sedikit kelainan pada pie chart.

Langkah – langkah mencipta donut pie chart tidak jauh berbeza dari mencipta pie chart biasa. Anda akan tetap menggunakan fungsi menu > Insert > Chart > Pie seperti yang dilakukan sebelum ini. Teruskan bina donut pie chart anda yang pertama dengan mengikuti langkah – langkah seperti dalam video di bawah.

Setelah mencipta donut pie chart, langkah seterusnya adalah mengubahsuai donut pie chart berkenaan agar lebih menarik dan professional. Untuk itu anda akan tetap gunakan butang Style, Color dan Layout seperti yang dipelajari dalam pelajaran lepas.

Lakukan langkah – langkah seperti yang diajar dalam video di bawah untuk mengubahsuai donut pie chart anda.

Mencipta Exploding Pie Chart

Salah satu kelemahan ketara pie chart ialah ianya cuma praktikal dalam menggambarkan 4 hingga 5 kategori data sahaja. Jika adalah lebih banyak kategori data, pie chart akan menjadi lebih mengelirukan dan tidak lagi bermakna sebagai visual untuk menggambarkan data secara efektif. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan Exploding Pie Chart.

excel exploding pie chart

Exploding pie chart memecahkan data dari kategori yang banyak kepada dua pie chart biasa - satu yang besar dan satu yang kecil. Pie chart yang kecil menggambarkan semua data dengan lebih terperinci dari salah satu segmen pie chart yang besar. Satu contoh Exploding Pie Chart adalah seperti dalam gambar di sebelah / atas.

Microsoft Excel membenarkan anda mencipta Exploding Pie Chart dengan amat mudah. Anda tidak perlu pening memikirkan data mana yang harus dimasukkan ke pie chart besar dan yang mana harus dimasukkan ke pie chart kecil. Microsoft Excel akan menganalisa Excel table anda dan membuat keputusan untuk anda. Itulah kuasa teknologi pintar Microsoft Excel. Ianya seolah – oleh boleh berfikir sendiri.

Marilah kita membina Exploding Pie Chart kita yang pertama berpandukan kepada langkah – langkah yang diajar dalam video di bawah.

Terhasilnya Exploding Pie Chart sudah tentu memberikan anda lebih keyakinan dalam bekerja dengan Microsoft Excel. Langkah seterusnya adalah mengubahsuai pie chart kita menggunakan fungsi – fungsi yang sudah pun kita kenali dan biasa sebelum ini. Untuk itu silalah ikuti langkah – langkah dalam video di bawah dan ubah suai exploding pie chart anda seperti yang diajar.

Penutup

Dalam pelajaran yang pendek ini anda telah menambah kemahiran baru dalam pembinaan pie chart. Anda sekarang tahu membina 3 jenis pie chart yakni pie chart biasa, donut pie chart dan exploding pie chart. Bukan setakat membina, anda juga tahu bagaimana hendak mengubah semua jenis carta yang dicipta. Ini meletakkan anda dalam kategori pengguna Excel yang mahir.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar dua jenis pie chart yang anda bina dalam pelajaran ini – iaitu Donut Pie Chart dan Exploding Pie Chart. Pensyarah akan memeriksa dan memberikan penilaiannya.