Dalam empat pelajaran yang lepas anda telah pelajari semua aspek penting carta atau chart di dalam Excel. Dalam pelajaran ini anda akan mencipta carta anda yang pertama. Carta yang akan anda cipta adalah Pie Chart.
Penyediaan
Untuk projek ini kita akan menggunakan workbook Excel yang telah disiapkan oleh pensyarah. Ini adalah supaya semua pelajar akan mengerjakan data yang sama. Untuk itu silalah tekan butang Download di bawah untuk download workbook Excel terus ke alatan anda.
PENTING: Setelah download, jangan terus Open/Buka Excel workbook berkenaan. Sila ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk kaedah download dan membuka Excel workbook dari pensyarah anda.
Setelah anda berjaya download fail Excel pensyarah, kita akan belajar bagaimana hendak mengerjakan fail ini untuk mencipta Pie Chart.

Cara betul download fail pensyarah.
Arahannya:-
- Tekan butang fail Xdi atas.
- Fail akan download ke alatan anda.
- Tekan butang Xdi notis di kaki skrin anda. Pastikan anda tidak menekan butang Open.
- Beralih ke aplikasi Excel anda.
- Tekan butang Open dalam Excel.
- Di skrin Places, tekan This device
- Di skrin This device, tekan Download.
- Akhir sekali tekan pada nama fail Pie-Chart.xlsx
- Fail akan dibuka dalam Excel.
Download
Tekan di sini untuk download fail dari pensyarah anda.
Fail Excel pensyarah mempunyai tiga worksheet yang dilabelkan Pie-1 hingga Pie-3. Dalam pelajaran ini kita akan hanya mengerjakan worksheet Pie-1 sahaja.
Mencipta Pie Chart

Pie chart adalah satu carta yang berbentuk bulat yang dibahagikan kepada segmen - segmen yang lebih kecil. Satu contoh pie chart di gambar di sebelah / bawah. Pie chart digunakan untuk membandingkan data dengan jumlah keseluruhan data. Jumlah data diwakili oleh bulatan pie chart. Setiap data berasingan diwakili oleh segmen berbentuk potongan pie atau pizza segi tiga.

Untuk mencipta Pie Chart yang pertama, kita akan menggunakan data dalam worksheet Pie-1 fail pensyarah seperti yang digambarkan di sebelah / atas. Apabila mencipta Pie Chart pastikan bilangan baris data tidak terlalu banyak. Lazimnya bilangan baris data harus kurang dari 7.
Anda juga harus pastikan yang Excel table anda mempunyai kategori data di sebelah kiri dan data di sebelah kanan. Dalam contoh di atas, data dalam lajur Region adalah kategori dan data dalam lajur Sales adalah data.
Mematuhi prinsip ringkas ini akan mempermudahkan anda mencipta Pie Chart. Untuk mencipta Pie Chart anda yang pertama, silalah ikut langkah – langkah dalam video di bawah.
Mengubahsuai Chart
Setelah mencipta chart, anda sudah pastikan ingin mengubahsuai chart anda. Microsoft Excel membenarkan anda melakukan pelbagai jenis perubahan pada chart anda. Semua fungsi – fungsi perubahan chart di masukkan ke dalam satu Chart Toolbar yang muncul di bahagian bawah skrin apabila sahaja anda menekan/memilih sebarang chart dalam Microsoft Excel. Chart Toolbar digambarkan di bawah.

Excel Chart Toolbar
Semua fungsi yang boleh dikenakan pada chart anda boleh diakses menerusi Chart Toolbar ini.
Chart Layout
Di dalam Microsoft Excel, anda tidak terikat hanya pada satu rekabentuk chart. Microsoft Excel membenarkan anda mengenakan pelbagai jenis layout atau reka letak pada chart anda menerusi Chart Toolbar. Layout adalah susunan aspek – aspek carta seperti tajuk, petunjuk, data labels dan sebagainya. Excel menyediakan beberapa jenis layout yang paling lazim digunakan seperti yang digambarkan di bawah. Dengan adanya pilihan layout ini anda boleh mengubah rekabentuk chart anda dengan mudah dan cepat.

Antara beberapa jenis layout yang disediakan oleh Microsoft Excel.
Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk pelajari bagaimana hendak menggunakan fungsi Layout untuk chart anda.
Chart Color
Pada ketika ini anda sudah pastinya terfikir jika ada cara hendak menukar warna chart anda. Jawapannya ialah memang anda. Microsoft Excel menerusi fungsi Color di Chart Toolbar memberikan pelbagai jenis set warna yang boleh anda gunakan bagi menjadikan chart anda berbeza dari yang biasa.

Microsoft Excel memberikan dua kategori set warna yang boleh anda pilih. Kategori pertama adalah Colorful yang akan menjadikan carta anda berwarna - warni. Setiap bari dalam kategori ini merupakan satu set warna..
Kategori warna kedua ialah Monochromatic yang bermakna semua warna dalam sesuatu set warna itu berasaskan kepada satu warna sahaja. Ini digambarkan di atas.
Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk pelajari bagaimana hendak menukar warna Pie Chart anda supaya kelihatan lebih menarik.
Chart Style
Selain dari Layout dan Color, Chart Toolbar dalam Microsoft Excel juga memberikan fungsi Style untuk anda kenakan pada chart anda. Style adalah rekabentuk artistik yang menjadikan chart anda lebih bergaya dan moden.

Microsoft Excel memberikan pelbagai jenis pilihan Styles yang boleh anda kenakan pada chart anda. Beberapa contoh styles ini digambarkan di sebelah / atas..
Ambil perhatian bahawa kebanyakan Styles tidak akan mengubahkan layout dan warna chart anda. Styles lazimnya cuma menambahkan ciri – ciri artistik pada chart sahaja.
Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk pelajari bagaimana hendak mengenakan kesan Styles pada Pie Chart anda.
Switch Row/Column
Satu fungsi yang jarang digunakan di Chart Toolbar adalah fungsi Switch Row/Column seperti yang digambarkan di bawah.

Fungsi ini digunakan apabila Excel table yang mengandungi data anda tidak dicipta dengan kaedah yang di sarankan – yakni kategori data di sebelah kiri dan data di sebelah kanan seperti yang dijelaskan di awal pelajaran ini. Dalam keadaan ini sebarang chart yang anda cipta tidak akan muncul dengan betul. Fungsi Switch Row/Column pada Chart Toolbar anda membalikkan data dan menjadikan chart anda kelihatan betul semula. Namun elakkan dari menggunakan fungsi ini. Belajar cipta Excel table dengan betul supaya anda tidak perlu melakukan pembetulan semacam ini.
Penutup
Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak mencipta Pie Chart anda yang pertama. Anda juga sudah belajar bagaimana hendak menggunakan fungsi Layout, Color dan Styles di Chart Toolbar Microsoft Excel untuk mengubahsuai chart anda. Semua fungsi di Chart Toolbar boleh dikenakan ke atas sebarang jenis carta yang anda cipta dan bukan untuk Pie Chart sahaja.
Tugasan
Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar Pie Chart yang sudah anda kenakan kesan Layout, Color dan Styles. Anda tidak perlu ikut layout, color dan styles seperti yang diajar dalam video – video di atas. Anda bebas meluahkan kreativiti anda sendiri. Bermain-lah dengan fungsi – fungsi di Chart Toolbar dan hasilkan Pie Chart ikut selera anda sendiri. Kemudian hantar gambar masterpiece anda kepada pensyarah.