Dalam pelajaran yang lepas anda telah pelajari berkenaan vertical axis atau paksi menegak pada chart. Dalam pelajaran ini, kita akan teruskan dengan mempelajari paksi kedua yakni paksi melintang atau horizontal axis.

Horizontal Axis

Horizontal axis adalah paksi melintang pada chart jenis column, bar dan line. Bagi column dan line chart, horizontal axis memuatkan kategori data dengan labelnya.

chart horizontal axis

Kadang kala label bagi horizontal axis agak panjang. Apabila ini berlaku, seringkali axis label itu dicondongkan untuk menjimatkan ruang seperti digambarkan di sebelah / atas.

Apabila ada terlalu banyak kategori, sesetengah orang akan mencipta secondary horizontal axis bagi memaparkan kategori tambahan seperti digambarkan di sebelah / atas. Secondary horizontal axis sering di letakkan di bahagian atas chart. Ini seringkali menjadikan chart lebih mengelirukan. Perkara yang lebih baik dilakukan ialah menjadikan secondary horizontal axis itu sebagai satu line chart yang dipaparkan di secondary vertical axis.

Horizontal Axis Dalam Bar Chart

Pada bar chart, horizontal axis memaparkan skala nilai data. Kategori pula dipaparkan pada vertical axis. Perkara ini adalah terbalik dari yang didapati dalam column dan line chart. Anda harus sedar akan hal ini apabila mencipta chart dalam pelajaran akan datang. Satu contoh bar char digambarkan di sebelah bawah.

Nilai Negative Pada Chart

Chart jenis column dan line boleh digunakan untuk memplot nilai negatif. Apabila nilai negatif di plot anda akan dapati petak dan garis data dalam chart muncul di kedua belah nilai 0 pada vertical axis.

chart with negative values

Lihat satu contoh column chart di atas. Nilai positif digambarkan dengan warna hijau sementara nilai negatif dengan warna merah. Nilai positif menghala ke atas dari garis 0 vertical axis sementara nilai negatif menghala ke bawah dari garis 0 vertical axis.

Chart ini memaparkan penghijrahan bersih (net migration) yang berlaku di beberapa negara. Nilai positif atau hijau menandakan lebih banyak orang berhijrah masuk ke negara tersebut berbanding dengan bilangan orang yang berhijrah keluar. Nilai negatif atau merah pula menandakan lebih banyak orang berhijrah keluar dari negara tersebut berbanding dengan yang berhijrah masuk.

Line chart di atas adalah satu lagi contoh. Walaupun tidak kelihatan dengan jelas namun garis 0 vertical axis itu berada di tengah – tengah. Data yang melambangkan kadar inflasi dengan warna merah itu bergerak ke atas dan bawah garis 0. Garis biru pula melambangkan sentimen ekonomi rakyat yang  dibandingkan dengan kadar inflasi pada ketika itu.

Bagi bar chart yang punya nilai negatif, data akan terpapar secara melintang di sebelah kiri dan kanan garis 0 horizontal axis seperti satu contoh di atas.

Namun bukan semua data yang di sebelah kiri dan kanan dalam bar chart mempunyai nilai negatif. Satu contoh adalah seperti di atas.

Bar chart ini walaupun kelihatan seperti punya nilai negatif sebenar ianya tidak ada. Kita boleh tahu perkara ini dengan meneliti angka – angka di horizontal axis di mana tidak ada satu pun yang punya nilai negatif.

Bar chart ini sebenarnya menunjukkan jualan produk yang sama mengikut jantina. Data bagi lelaki digambarkan dengan warna biru dan data bagi perempuan dengan warna pink. Jadi disebabkan ianya data jualan, adalah adalah mustahil ada jualan negatif. Jualan yang paling minima ialah kosong dan tidak jualan yang negatif. Jadi anda harus pandai menilai data yang berada di sebelah kiri dan kanan dalam bar chart.

Penutup

Horizontal Axis adalah paksi yang tidak kurang pentingnya apabila membina chart jenis column, bar dan line. Data dengan nilai negatif boleh diplot di kedua belah vertical dan horizontal axis. Namun bukan semua data yang ada di kedua belah paksi itu ada nilai negatif. Anda perlu tahu melihat dan membezakan data negatif dari yang bukan dengan mencari kehadiran garis nilai 0 di horizontal dan vertical axis. Jika garis ini ditemui, maka chart itu ada data negatif. Jika tidak ditemui, chart tidak memaparkan data negatif.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila jalani kuiz di bawah bagi menguji kefahaman anda berkenaan penggunaan vertical axis chart. Jawab semua soalan kuiz. Kuiz ini tidak mempunyai butang Check. Perkara ini disengajakan untuk memberikan anda cabaran dan mengesan tahap pemahaman anda yang sebenar. Jika anda tidak puas hati dengan keputusan kuiz, anda boleh ulanginya dengan tekan butang Retry. Akhir sekali WhatsApp gambar keputusan kuiz kepada pensyarah anda.