Dalam pelajaran yang lepas anda telah belajar beberapa perkara asas berkenaan dengan chart – terutamanya seperti chart legend, data labels dan data table. Dalam pelajaran ini kita akan teruskan pengajian chart dengan melihat kepada chart Vertical Axis.

Vertical Axis atau Paksi Menegak di dapati dalam chart bentuk column, bar dan line. Pie chart tidak mempunyai vertical axis. Terdapat dua jenis vertical axis iaitu Primary Vertical Axis dan Secondary Vertical Axis. Mari pelajari lebih mendalam berkenaan kedua – duanya.

Primary Vertical Axis

Primary Vertical Axis atau paksi menegak didapati dalam chart jenis column, bar dan line. Primary Vertical axis adalah garis menegak yang di dapati di sebelah kiri chart. Primary axis boleh mempunyai tiga komponen utama iaitu Axis Title, Axis Labels dan Grid line seperti digambarkan dalam satu contoh di bawah.

chart primary vertical axis

Axis Title: adalah tajuk axis. Ia menerangkan jenis data yang diplot dalam chart. Sebagai contoh dalam gambar di atas data yang diplot pada vertical axis adalah %Brand Preference yang bermaksud peratusan orang yang memilih sesuatu jenama. Axis title hanya perlu dimasukkan jika chart anda tidak mempunyai penunjuk atau legend.

Axis Labels: ini adalah label yang diberikan secara automatik bagi menggambarkan pecahan pada nilai – nilai data. Axis labels sering dimasukkan apabila chart tidak mempunyai data labels atau data table.

 Grid lines: ini adalah garis – garis melintang atau menegak (untuk bar chart) yang dimasukkan bagi membantu menganggarkan nilai data dalam chart. Seperti juga dengan Axis Labels, grid lines hanya dimasukkan jika chart anda tidak ada data labels atau data tables.

Secondary Vertical Axis

Sesetengah jenis chart mungkin juga memaparkan vertical axis di sebelah kanan. Vertical axis di sebelah kanan dipanggil Secondary Vertical Axis dan ianya digunakan untuk memplot dua jenis data yang mempunyai unit atau julat yang berbeza. Mari lihat satu contoh untuk memahami secondary vertical axis.

chart secondary vertical axis

Lihat column dan line chart seperti digambarkan di sebelah / atas. Ianya menggambarkan prestasi syarikat Jangka Sari Sdn. Bhd. Dua jenis data diplot dalam chart iaitu Monthly Sales (jualan bulanan) dan Profit Margin (Margin Keuntungan).

Unit bagi Monthly Sales adalah dalam mata wang namun unit bagi Profit Margin adalah dalam peratusan. Kedua – dua unit ini tidak sama. Jadi kedua jenis data ini tidak boleh diplot di Primary Vertical Axis. Oleh itu Secondary Vertical Axis digunakan untuk memplot kategori dari Profit Margin. Untuk membeza dan menjelaskan lagi kedua jenis data ini, Profit Margin diplot sebagai line chart sementara Monthly Sales diplot sebagai column chart.

Secondary Vertical Axis juga mempunyai Axis Title, Axis Labels dan Grid line – sama seperti Primary Vertical Axis. Namun grid lines sering di pasang untuk Primary Vertical Axis sahaja untuk mengelakkan terlalu banyak garis – garis lintang dalam chart.

Vertical Axis Dalam Bar Chart

Dalam bar chart, cuma terdapat Primary Vertical Axis sahaja. Vertical axis dalam bar chart tidak memaparkan nilai data tetapi kategori. Data pula dipapar secara melintang seperti satu contoh di  bawah.

Sesetengah bar chart mempunyai grid lines menegak seperti ditunjukkan dalam satu contoh di sebelah / atas. Grid lines ini sering dimasukkan apabila bar chart tidak mempunyai data labels atau data table.

Penutup

Vertical Axis adalah perkara penting dalam membina chart jenis column, bar dan line. Anda harus jelas akan perbezaan dan fungsi kedua jenis Primary dan Secondary Vertical Axis. Anda juga perlu tahu bila Axis Title, Axis Label dan Grid Lines harus dimasukkan dan bila masanya ianya tidak perlu dimasukkan.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila jalani kuiz di bawah bagi menguji kefahaman anda berkenaan penggunaan vertical axis chart. Jawab semua soalan kuiz. Kuiz ini tidak mempunyai butang Check. Perkara ini disengajakan untuk memberikan anda cabaran dan mengesan tahap pemahaman anda yang sebenar. Jika anda tidak puas hati dengan keputusan kuiz, anda boleh ulanginya dengan tekan butang Retry. Akhir sekali WhatsApp gambar keputusan kuiz kepada pensyarah anda.