Menukar Nama Fail

Apabila anda mencipta helaian atau fail Excel, aplikasi berkenaan akan secara automatik meletakkan nama Book0x pada fail anda di mana x adalah nombor. Nama ini tidak sesuai dikekalkan kerana ianya tidak membantu kita mengenalpasti kandungan fail tersebut.

Oleh itu dalam pelajaran ini kita akan belajar cara bagaimana hendak menukar nama fail Excel supaya lebih senang dikenalpasti. Apabila menukar nama, sentiasa ikut petua berikut dalam menamakan fail kerja anda:-

  1. Letakkan nama yang mencerminkan kandungan atau maklumat di dalam fail tersebut. Contohnya Laporan Kewangan. Keputusan Audit, Ranking Murid dan sebagainya.
  2. Elakkan menggunakan simbol pelik dalam nama fail. Simbol – simbol seperti digambarkan di bawah dan seupamanya harus tidak digunakan dalam nama fail. Sesetengah simbol ini malah dilarang oleh aplikasi Excel dan lain – lain aplikasi.
  3. Jika anda menggunakan Excel Mobile, sentiasa simpan fail dalam storan telefon/tablet anda sendiri. Ini supaya anda boleh buka dan mengerjakan fail tersebut walaupun tidak ada Internet.

Antara simbol - simbol yang dilarang dalam menamakan fail.

Menukar Nama Fail di Excel Mobile

Sebelum anda boleh menukar nama fail dalam Excel Mobile, anda boleh daftar aplikasi Excel Mobile anda dengan Microsoft. Pendaftaran ini percuma sahaja dan cuma memerlukan anda memasukkan nombor telefon anda ke dalam skrin Excel Mobile. Pihak Microsoft kemudian akan menghantar satu kod SMS ke nombor telefon yang anda masukkan tadi. Anda kemudian masukkan kod SMS ini ke dalam Excel Mobile untuk mendaftar/mengaktifkannya. Perkara ini perlu dilakukan sekali sahaja bagi setiap salinan Excel Mobile di setiap peralatan anda.

Bagaimanakah anda tahu anda perlu daftar aplikasi Excel Mobile anda?
Senang sahaja. Jika anda nampak mesej kuning seperti ini muncul dalam Excel Mobile anda, maka anda perlu mendaftarkannya. Ikuti sahaja langkah - langkah 1 dan 2 dalam video di bawah. Jika anda tidak nampak mesej berkenaan, anda boleh terus ke Langkah 3.

Langkah 1: Membuka Skrin Daftar Excel Mobile

Langkah pertama adalah memulakan proses pendaftaran Excel Mobile anda dengan menekan butang Sign Up. Ikuti langkah dalam video di sebelah / atas untuk melakukannya.

Langkah 2: Mendaftar Excel Mobile

Langkah kedua adalah untuk mendaftar Excel Mobile anda. Pendaftaran cuma perlu dilakukan sekali sahaja. Pendaftaran adalah percuma dan cuma memerlukan anda memasukkan nombor telefon bimbit anda sahaja.

Langkah 3: Menukar Nama Fail

Langkah ketiga ini adalah langkah di mana anda akan menukar nama fail yang dibuka dalam Langkah 1. Ikuti dan lakukannya dalam aplikasi Excel anda sendiri.

Kuiz Pelajaran

Lakukan kuiz di bawah bagi menguji pemahaman anda akan kandungan pelajaran ini. Apabila tamat menjawab soalan terakhir, tekan butang Finish untuk periksa jawapan anda. Jika anda gagal, anda boleh tekan butang Retry untuk ulang. Apabila anda lulus, WhatsApp gambar skrin keputusan ujian kepada pensyarah sebagai bukti. Pensyarah akan memaklumkan anda akan langkah seterusnya.