Dalam pengalaman kami mengajar Microsoft Excel, kami dapati salah satu sebab utama mengapa ramai pelajar tidak dapat mencipta Excel Chart yang baik ialah kerana mereka tidak memahami aspek – aspek penting berkenaan chart. Disebabkan itu dalam pelajaran ini dan dua lagi pelajaran, kita akan belajar bagaimana hendak memahami aspek – aspek penting pada pelbagai jenis chart. Ini akan banyak membantu anda apabila anda membina chart dalam pelajaran – pelajaran akan datang,

Tajuk Chart

Setiap chart harus mempunyai tajuk atau title. Tajuk chart menerangkan topik chart dan menjadi sumber maklumat yang amat penting dalam memahami chart.

chart title

Lihat gambar satu chart di sebelah / atas. Ianya adalah satu chart yang tidak mempunyai sebarang tajuk. Walaupun kita boleh melihat trend data dalam chart namun kita tidak tahu data yang dipaparkan itu merujuk kepada apa.

Namun dengan hanya memasukkan satu tajuk ringkas Total Births (Jumlah Kelahiran), chart yang sebelum ini misteri sudah boleh difahami dengan mudah. Itu pentingnya tajuk chart. Oleh itu pastikan sebarang chart yang anda cipta punya tajuk yang jelas dan bermakna.

Petunjuk Chart

chart without legend

Pie chart di sebelah / atas mempunyai tajuk dan data dalam bentuk peratus. Jenis data di bezakan dengan warna. Namun tidak ada sebarang petunjuk yang menerangkan apakah makna setiap jenis warna itu. Tanpa petunjuk, jenis data tidak dapat dikenalpasti.

Gambar di sebelah / atas adalah pie chart yang sama dengan petunjuk. Dengan adanya petunjuk, setiap data boleh dinilai dan difahami dengan betul.

Petunjuk & Data Label

Untuk menggambarkan jenis data, kadangkala petunjuk chart digantikan dengan data labels.

chart data labels

Lihat dua pie chart di atas. Pie chart yang di sebelah kiri mempunyai petunjuk yang menunjukkan nama bulan. Pie chart yang di sebelah kanan tidak mempunyai sebarang penunjuk. Dalam pie chart yang di sebelah kanan nama bulan dimasukkan sebagai data label. Data label adalah maklumat petunjuk atau chart legend yang dimasukkan terus ke dalam chart.

Apabila mencipta chart, anda boleh gunakan sama ada penunjuk atau data label untuk menerangkan data mengikut kesesuaian. Namun adalah tidak perlu untuk menggunakan kedua – dua penunjuk dan data label serentak dalam satu chart.

Data Label & Data Tables

Tadi kita telah pelajari bagaimana data label boleh digunakan untuk menggantikan petunjuk atau chart legend. Data label juga amat berguna bagi menjimatkan ruang. Ambil dua contoh bar chart di bawah.

Column chart berwarna biru di sebelah kiri mempunyai data labels di dalam chart berkenaan. Ini menjadikannya mudah difahami serta merta. Sila zoom jika gambar di atas kelihatan kecil di skrin anda.

Namun bagi column chart berwarna hijau di sebelah kanan, tidak mempunyai data labels. Bagi chart yang tidak ada sebarang jenis data labels anda perlu masukkan Excel table dengan data ke dalam chart bagi menerangkan angka data. Namun ini akan menjadikan saiz chart anda lebih kecil.

Jadi selain dari menggunakan penunjuk (legend) dan data labels, anda juga boleh menggunakan data tables untuk menerangkan angka data dalam chart anda. Pilih mana – mana satu dari tiga ini mengikut kesesuaian.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah mengenali beberapa aspek asas yang ada pada sebarang jenis chart. Chart Title, Legend, Data Labels dan Data Table adalah perkara asas yang perlu anda faham fungsi dan kegunaannya. Anda juga harus tahu bila masa chart legend, data labels dan data table harus dimasukkan dan bila masa ianya tidak perlu dimasukkan.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila jalani kuiz di bawah bagi menguji kefahaman anda berkenaan penggunaan vertical axis chart. Jawab semua soalan kuiz. Kuiz ini tidak mempunyai butang Check. Perkara ini disengajakan untuk memberikan anda cabaran dan mengesan tahap pemahaman anda yang sebenar. Jika anda tidak puas hati dengan keputusan kuiz, anda boleh ulanginya dengan tekan butang Retry. Akhir sekali WhatsApp gambar keputusan kuiz kepada pensyarah anda.