Setakat ini semua data yang telah kira proses dan analisa dilakukan dalam Excel table. Namun di dalam Excel, table bukan satu – satunya cara di mana data boleh dipaparkan ataupun dianalisa. Selain dari table, satu kaedah lain yang popular digunakan bagi memaparkan dan menganalisa data ialah menggunakan carta atau chart. Dalam pelajaran ini dan beberapa pelajaran akan datang kita akan belajar bagaimana hendak memilih jenis chart yang sesuai dan bagaimana membina dan mengubah-suai Excel chart.

Mengapa Gunakan Chart?

Chart adalah kaedah yang lebih visual untuk menggambarkan data kita. Mari kita memahami perkara ini dengan melihat satu contoh di bawah.

excel chart

Lihat dua set data di sebelah / atas. Satu adalah dalam bentuk Excel table dan satu lagi dalam bentuk Excel Chart. Kedua – duanya memaparkan data yang sama, namun pada pendapat anda yang mana lebih mudah difahami? Sudah tentunya Excel Chart.

Disebabkan itu chart adalah salah satu fungsi yang paling kerap digunakan di dalam Excel. Microsoft Excel membenarkan anda mencipta pelbagai jenis chart. Ramai pelajar keliru akan jenis chart yang harus dicipta. Tidak kurang pula yang mencipta chart yang tidak sesuai bagi menggambarkan data mereka. Mari kita lihat apakah jenis – jenis chart yang ada dalam Excel dan bila masa yang sesuai untuk menggunakannya.

Jenis & Kegunaan Excel Chart

Gambar di sebelah / atas memaparkan jenis – jenis chart yang boleh anda cipta dalam Excel versi desktop. Kebanyakan jenis chart ini juga boleh dicipta dalam Excel Mobile. Walau pilihannya cukup banyak, dalam kebanyakan hal anda hanya perlu tahu mencipta jenis – jenis chart yang paling kerap digunakan iaitu:-

  1. Pie chart
  2. Column / Bar chart
  3. Line chart

 

Mari lihat apakah setiap satu jenis chart ini dan bila masa yang sesuai untuk menggunakannya.

Pie Chart

Pie chart adalah satu carta yang berbentuk bulat yang dibahagikan kepada segmen – segmen yang lebih kecil. Satu contoh pie chart di gambar di sebelah / atas . Pie chart digunakan untuk membandingkan data dengan jumlah keseluruhan data. Jumlah data diwakili oleh bulatan pie chart. Setiap data berasingan diwakili oleh segmen berbentuk potongan pie atau pizza segi tiga.

Pie chart amat popular namun ianya punya satu kelemahan nyata. Kelemahan utama pie chart ialah ianya cuma sesuai untuk memaparkan 2 hingga 5 segmen data sahaja. Apabila segmen data menjadi banyak, pie chart akan hilang kecantikannya dan tidak membantu dalam memahami data seperti yang digambarkan oleh satu contoh pie chart di sebelah / atas.

Column / Bar Chart

Kedua – dua column dan bar chart mewakili data dalam bentuk petak segi empat tepat seperti digambarkan di sebelah / bawah. Perbezaannya cuma dalam column chart, petak digambarkan secara menegak sementara dalam bar chart petak digambarkan secara melintang. Panjang atau tinggi petak mewakili nilai data. Kedua jenis chart ini sesuai untuk membandingkan nilai data antara satu sama lain.

excel bar column chart
excel bar charts

Kita lazimnya akan menggunakan bar chart untuk menggambar data dalam turutan tertinggi hingga terendah atau sebaliknya seperti yang digambarkan oleh dua contoh bar chart di sebelah / atas.

excel column charts

Kita gunakan column chart untuk perbandingan data antara satu sama lain. Data dalam column chart sering merupakan campuran nilai tinggi dan rendah berselang seli seperti yang digambarkan oleh dua column chart di sebelah / atas.

Line Chart

Line chart mewakili data dalam bentuk garisan. Line chart juga sering mempunyai titik – titik kecil yang dipanggil markers untuk menandakan nilai data. Kita gunakan line chart untuk menggambarkan perubahan data mengikut masa. Line chart amat sesuai apabila kita ada lebih dari satu kumpulan data yang ingin dipaparkan perubahannya mengikut masa. Satu contoh adalah seperti di gambarkan di bawah.

excel line chart

Dalam contoh line chart di sebelah / atas, data untuk tiga spesis haiwan ditunjukkan berubah ikut masa. Terdapat 6 nilai data bagi setiap spesis haiwan. Ini menjadikannya 18 nilai data dalam line chart tersebut. Perhatikan walaupun ada 18 nilai data, line chart tidak kelihatan rumit. Itulah kelebihan line chart.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda diperkenalkan kepada satu cara baru mewakili data dalam Excel iaitu menggunakan chart. Anda telah pelajari jenis – jenis chart yang paling lazim digunakan dalam Excel. Anda juga sudah tahu bagaimana memilih jenis chart yang sesuai berdasarkan kepada data dan bagaimana anda hendak memaparkan data tersebut.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila jalani kuiz di bawah bagi menguji kefahaman anda berkenaan penggunaan chart. Jawab semua soalan kuiz. Kuiz ini tidak mempunyai butang Check. Perkara ini disengajakan untuk memberikan anda cabaran dan mengesan tahap pemahaman anda yang sebenar. Jika anda tidak puas hati dengan keputusan kuiz, anda boleh ulanginya dengan tekan butang Retry. Akhir sekali WhatsApp gambar keputusan kuiz kepada pensyarah anda.

Kuiz Pelajaran 38