Dalam pelajaran yang lepas, kita telah pelajari berkenaan wildcard * dan bagaimana ianya boleh digunakan dalam pelbagai situasi bagi melambangkan sebarang jenis dan bilangan data teks dan nombor.

Dalam pelajaran ini, kita akan meneruskan pembelajaran kita terhadap penggunaan wildcard dengan meneliti wildcard seterusnya iaitu tanda tanya yakni ?.

Download Worksheet Projek

Untuk projek ini kita akan menggunakan workbook Excel yang telah disiapkan oleh pensyarah. Ini adalah supaya semua pelajar akan mengerjakan data yang sama. Untuk itu silalah tekan butang Download di bawah untuk download workbook Excel terus ke alatan anda.

PENTING: Setelah download, jangan terus Open/Buka Excel workbook berkenaan. Sila ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk kaedah download dan membuka Excel workbook dari pensyarah anda.

excel download lecturer file
Cara betul download fail pensyarah.

Arahannya:-

  1. Tekan butang fail Xdi atas.
  2. Fail akan download ke alatan anda.
  3. Tekan butang Xdi notis di kaki skrin anda. Pastikan anda tidak menekan butang Open.
  4. Beralih ke aplikasi Excel anda.
  5. Tekan butang Open dalam Excel.
  6. Di skrin Places, tekan This device
  7. Di skrin This device, tekan Download.
  8. Akhir sekali tekan pada nama fail Excel-Wildcards.xlsx
  9. Fail akan dibuka dalam Excel.

Download

Sila adaptasikan langkah - langkah di atas untuk download fail pensyarah bagi pelajaran ini. Silalah tekan butang Download di bawah untuk download workbook Excel terus ke alatan anda.

Simbol Wildcard Tanda Tanya (?)

Simbol wildcard tanda tanya ? mewakili hanya satu bilangan teks atau nombor. Mari kita ambil contoh kenyataan Table1[Sales], “123”) dalam formula di atas. Jika kita gantikan nilai 123 dengan 1?? ianya akan membawa maksud berikut:-

  • Angka jualan (Sales) MESTI bermula dengan nilai 1
  • Selepas angka 1boleh ada DUA BILANGAN nombor atau teks lain.

Jawapan bagi wildcard ini adalah semua angka dari 100 hingga 199 kerana semua angka ini menepati dua syarat di atas.

Angka jualan yang kurang dari 100 atau yang lebih dari 199 tidak terkandung dalam jawapan kerana semua angka – angka jualan ini tidak menepati syarat wildcard 1??. Antara beberapa contoh jawapan yang tidak menepati syarat wildcard adalah seperti:-

  • 95 = tidak bermula dengan 1
  • 13 = bermula dengan 1 namun tidak ada 2 angka selepas 1.
  • 1259= bermula dengan 1 namun mempunyai 3 angka selepas 1 (sepatutnya 2 sahaja).

Adalah penting anda memahami penerangan dan contoh – contoh di atas untuk menggunakan wildcard ? dengan betul.

Video di sebelah/bawah menunjukkan satu contoh penggunaan wildcard ? untuk menapis data bernombor dalam Excel table pensyarah. Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk belajar teknik menapis data yang bermula dengan nombor 1 dan punyai 2 digit selepasnya.

Jangan lupa anda boleh gunakan fungsi Zoom In di menu > View > Zoom In untuk membesarkan paparan Excel table jika ianya terlalu kecil buat anda.

Jika kita sekarang gunakan wildcard ? dalam formula seperti Table1[Pipe Size], “?/4”) maknanya berubah kepada:-

  • Saiz paip (paip) BOLEH bermula dengan sebarang satu nombor atau teks.
  • Saiz paip MESTI berakhir dengan /4.

Antara contoh jawapan yang boleh dikembalikan oleh wildcard di atas adalah seperti:-

  • 1/4
  • 3/4

 Kesemua jawapan di atas berakhir dengan /4 dan bermula dengan satu nombor sahaja sepertimana yang diwakili oleh wildcard ?/4.

Namun saiz – saiz berikut tidak akan dikembalikan kerana semuanya tidak berakhir dengan /4:-

  • 1/8= berakhir dengan /8
  • 1/2= berakhir dengan /2
  • 3= berakhir dengan 3.

Adalah penting anda memahami penerangan dan contoh – contoh di atas kerana anda akan diuji dalam kuiz nanti.

Contoh di atas kami turunkan dalam bentuk video di bawah. Silalah praktikkan langkah – langkah dalam video menggunakan fail pensyarah anda..

Menggabung Wildcard * & ?

Wildcard * dan ? boleh juga digabungkan bagi memberikan penapisan data yang lebih berkuasa. Mari kita lihat satu contoh bagi set data berkenaan kapasiti pengecas bateri seperti di sebelah / bawah:-

Set data ini kelihatan amat rumit. Namun jika anda tahu apa kapasiti bateri yang hendak dicari, anda boleh menggunakan wildcard bagi membantu carian anda. Sebagai contoh katakan anda mencari pengecas bateri dengan kapasiti sekurang – kurangnya 20,000mAh. Anda boleh menggunakan wildcard*2???? *bagi menapis data dan dapatkan hanya produk yang menepati carian.

Perhatikan wildcard yang digunakan ialah *2???? * seperti yang digambarkan dalam grafik di sebelah / bawah:-

Untuk memahami wildcard ini, silalah rujuk kepada nota bernombor di bawah yang menerangkan penggunaan wildcard seperti yang dirujuk oleh nombor dalam grafik di atas. Jadi wildcard bernombor 1 (*) dalam grafik di atas membawa maksud nota 1 di bawah dan begitulah seterusnya.

  1. Wildcard *bermaksud kapasiti bateri BOLEH bermula dengan sebarang bilangan teks atau nombor.
  2. Wildcard 2????bermaksud kapasiti bateri MESTI mengandungi nilai dua-puluh ribuan yakni 2????. Julat nilai ini adalah dari 20000 hingga 29999.
  3. Ruang kosong selepas nilai dua-puluh ribuan, membawa maksud mesti ada ruang kosong selepas nilai kapasiti 2????.
  4. Wildcard * bermaksud kapasiti bateri BOLEH berakhir dengan sebarang bilangan teks atau nombor.

Contoh di atas kami turunkan dalam bentuk video di bawah. Silalah praktikkan langkah – langkah dalam video menggunakan fail pensyarah anda..

Seperti yang dapat anda lihat dalam video di atas keputusan wildcard ini memberikan dua jawapan berikut:-

  • 10001 mAh to 20000 mAh
  • 20001 mAh to 30000 mAh

Kedua – dua ini menepati kesemua empat syarat wildcard di atas.

Jika sekarang kita buang ruang kosong dari wildcard ini akan menjadikannya *2????* keputusan yang akan kita dapat adalah berlainan iaitu:-

  • 10001 mAh to 20000 mAh
  • 2000 – 2999 mAh
  • 20001 mAh to 30000 mAh

Kita dapat lihat membuang ruang kosong dalam wildcard di atas akan mengembalikan kapasiti bateri yang lebih kecil dari 20,000. Ini berlaku kerana tanda ?* di penghujung wildcard tidak mewajibkan kehadiran ruang kosong. Jadi sebarang kapasiti bateri yang bermula dengan angka 2 akan dikembalikan oleh wildcard *2????*. Anda akan dapat jawapan yang sama sekiranya anda hanya taipkan wildcard *2?*. Sila cuba dan lihat dengan sendiri sekarang. Jadi penggunaan ruang kosong juga amat penting untuk diambil kira supaya kita menapis data dengan betul.

Had Penggunaan Wildcard

Satu kekurangan atau had pada penggunaan wildcard adalah bahawa jika kita hendak menggunakan wildcard dalam sebarang formula Excel, wildcard akan hanya berfungsi dengan data yang disimpan/di format sebagai teks sahaja. Data yang di format sebagai sebarang jenis nombor seperti titik perpuluhan, pecahan, mata wang, tarikh dan masa tidak boleh diproses dengan formula menggunakan wildcard.

Sebagai contoh, dalam penerangan yang diberikan di atas, kita menggunakan wildcard * & ? dalam fungsi Filter pada Excel table bagi menapis data berbentuk nombor seperti nombor dan pipe size. Namun wildcard tidak akan berfungsi bersama nombor sekiranya digunakan dalam formula Excel. Menggunakan wildcard dalam sebarang jenis formula – contohnya formula bersyarat – tidak akan membuahkan hasil yang betul.

Untuk menggambarkan keadaan ini, katakan kita hendak proses data dalam Excel table Numbers seperti di sebelah / atas. Kita hendak kenakan formula untuk mendapat jumlah semua nombor antara 100 dan 200 pada Excel table Numbers di atas. Jika kita menggunakan formula bersyarat =SUMIFS(Table1[Numbers],Table1[Numbers],”1??”) ianya akan memberikan jawapan 0 kerana wildcard 1?? tidak boleh digunakan bersama nombor.

Untuk mendapatkan jumlah semua nombor antara 100 hingga 200 pada Excel table Numbers di atas, formula SUMIFS itu harus diubah menjadi formula dengan dua syarat iaitu:-

=SUMIFS(Table1[Numbers],Table1[Numbers],”>=100″,Table1[Numbers],”<=200″)

di mana syarat >=100 digunakan bagi menapis nombor yang sama atau lebih dari 100 dan syarat <=200 digunakan bagi menapis nombor yang sama atau kurang dari 200.

Namun bagi Excel table Battery Capacity seperti dalam workbook pensyarah, wildcard * dan ? boleh digunakan. Ini adalah kerana walaupun data di dalam Excel table itu penuh dengan nombor namun ianya sebenarnya disimpan sebagai teks. Kita tahu data dalam Excel table itu disimpan dalam teks kerana ianya penuh dengan teks seperti mAH, to dan tanda sengkang -. Jadi bagi data sebegini, wildcard boleh digunakan.

Jadi jika kita hendak mengira bilangan product dengan kapasiti antara 20,000 hingga 30,000 kita boleh menggunakan formula:-

=COUNTIFS(Table2[Battery Capacity],”*2???? *“) 

dan ianya akan memberikan jawapan betul iaitu 2.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah perluaskan pemahaman anda berkenaan wildcard dalam Excel. Anda sekarang tahu menggunakan wildcard * dan ? dalam fungsi Filter Excel table bagi menapis data seperti seorang professional.

Anda juga telah memahami had penggunaan wildcard dalam dalam formula Excel bagi memproses data yang di format sebagai nombor. Ambil perhatian bahawa dalam formula Excel, pemprosesan data bernombor hanya boleh dilakukan dengan tanda – tanda matematik sahaja seperti campur (+), tolak (-), darab (*), bahagi (/), lebih dari (>), kurang dari (<) dan sama dengan (=).

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila jalani kuiz di bawah bagi menguji kefahaman anda berkenaan penggunaan wildcard * & ?. Jawab semua soalan kuiz. Kuiz ini tidak mempunyai butang Check. Perkara ini disengajakan untuk memberikan anda cabaran dan mengesan tahap pemahaman anda yang sebenar. Jika anda tidak puas hati dengan keputusan kuiz, anda boleh ulanginya dengan tekan butang Retry. Akhir sekali WhatsApp gambar keputusan kuiz kepada pensyarah anda.

Kuiz Pelajaran 37