Dalam pelajaran yang lepas, kita telah pelajari teknik hendak mencipta formula bersyarat SUMIFS menggunakan dua syarat. Jika anda masih ingat, formulanya berupa seperti ini:-
=SUMIFS(Table1[Sales Revenue],==>data yang hendak dijumlahkan
Table1[Month],B26 ==> syarat pertama
Table1[Product], C26) ==> syarat kedua
Formula ini mengandungi data yang harus dicampurkan Table1[Sales Revenue] apabila criteria syarat pertama yakni Table1[Month] adalah bersamaan dengan nilai bagi criteria syarat pertama (dalam cell B26) dan criteria syarat kedua yakni Table1[Product] adalah bersamaan dengan nilai bagi criteria syarat kedua (dalam cell C26).
Dalam pelajaran ini kita akan memperkembangkan lagi formula ini untuk merangkumi syarat ketiga.
Lokasi Formula SUMIFS
Dalam pelajaran yang lepas kita menggunakan formula SUMIFS dari menu > Formula > Recently Used. Jika anda sudah keluar dari Excel, formula SUMIFS sudah tidak akan ditemui dalam senarai Recently Used. Dalam keadaan ini anda perlu mencarinya dalam menu > Formula > Math & Trig seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah (tekan Play untuk mainkan video).
SUMIFS Dengan Tiga Syarat
Formula SUMIFS seterusnya yang akan kita buat mengandungi tiga syarat. Formula ini berupa seperti ini:-
=SUMIFS(Table1[Sales Revenue],==>data yang hendak dijumlahkan
Table1[Month],B27 ==> syarat pertama
Table1[Product], C27 ==> syarat kedua
Table1[Country], D27) ==> syarat ketiga
Kami sengaja pecahkan formula ini kepada empat baris supaya senang anda memahaminya.
Jika dialih bahasakan formula ini ke dalam bahasa manusia, ianya akan berbunyi:-
“Kira jumlah Sales Revenue (dari Table1) dengan syarat Month (dari Table1) adalah bersamaan dengan nilai dalam cell B27 dan Product (dari Table1) adalah bersamaan dengan nilai dalam cell C27 dan Country (dari Table1) adalah bersamaan dengan nilai dalam cell D27 ”.
Hasil jumlah akan hanya dikira bagi data yang memenuhi ketiga – tiga syarat yang ditetapkan itu.
Video berikutnya mengajar anda cara – cara mencipta formula SUMIFS dengan tiga syarat. . Kebanyakan langkah – langkah dalam video adalah ulangan dari apa yang dipelajari dalam pelajaran lepas jadi ianya tidak sepatutnya begitu susah untuk diikuti.
Memeriksa Formula SUMIFS Dengan Tiga Syarat
Jika anda telah mencipta formula SUMIFS di atas dengan betul, anda akan mendapatkan jawapannya sebagai 1618. Langkah seterusnya adalah memeriksa jawapan ini dengan menggunakan fungsi Filter Items pada Excel table di worksheet SUMIFS-2.
Dalam pelajaran yang lepas Excel table dalam worksheet SUMIFS-2 sudah dikenakan fungsi Filter Items di mana Month = Feb dan Product = Shirt white seperti digambarkan di bawah.

Excel table yang sudah dikenakan fungsi Filter Items dari pelajaran sebelum ini.
Dalam pelajaran ini kita akan tambahkan Filter Items di mana Country = USA sama dengan syarat ketiga formula SUMIFS di atas. Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk melakukannya.
Memasukkan Syarat Secara Manual
Sehingga kini kita telah menggunakan alamat cell seperti B25, C26, D27 dan sebagainya untuk menetapkan syarat bagi formula SUMIFS. Namun sebenarnya tidak perlu menggunakan alamat cell untuk menetapkan syarat formula SUMIFS. Kita boleh terus menaip syarat ke dalam formula.
Untuk menunjukkan perkara ini, kita akan edit formula SUMIFS di atas dengan memadamkan rujukan cell D27 dan menaipkan syarat terus ke dalam formula. Rujukan D27 mengandungi nilai USA. Dalam video seterusnya kita akan memadamkan rujukan cell ini dan menaipkan “UK” terus ke dalam formula. Ikutnya dengan tekan butang Play di bawah.
Jika anda telah melakukan langkah – langkah di atas, formula SUMIFS tiga syarat anda sekarang harus menyerupai:-
=SUMIFS(Table1[Sales Revenue],==>data yang hendak dijumlahkan
Table1[Month],B27 ==> syarat pertama
Table1[Product], C27 ==> syarat kedua
Table1[Country], “UK”) ==> syarat ketiga
Formula ini akan memberikan anda jawapan 410. Apabila menaip syarat secara manual, dua perkara penting harus diberi perhatian:-
- Syarat harus dirangkumi dengan simbol “”di kedua penghujungnya.
- Syarat yang berupa teks seperti USA, UK, Shirt whitedan sebagainya boleh ditaip dalam huruf besar atau kecil. Jadi menaip “UK” akan memberikan hasil yang sama seperti “uk”. Begitu juga menaip “Shirt white” akan memberikan hasil yang sama seperti “shirt white”.
Memeriksa Formula SUMIFS Dengan Syarat Manual
Untuk memeriksa jawapan kepada formula yang telah kita edit secara manual di atas, kita cuma perlu edit Filter Items pada Excel table di worksheet SUMIFS-2 dan mengubahkan Country = UK sama dengan syarat ketiga yang kita edit secara manual di atas. Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk melakukannya.
Penutup
Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak mencipta formula SUMIFS dengan tiga syarat dan memeriksa hasil jawapannya. Anda juga telah belajar bagaimana hendak menaip syarat formula secara manual. Kesemua tiga syarat formula di atas boleh ditaipkan secara manual yang mana akan menghasilkan formula yang berupa seperti di bawah:-
=SUMIFS(Table1[Sales Revenue],==>data yang hendak dijumlahkan
Table1[Month],”Feb”==> syarat pertama
Table1[Product], “Shirt white” ==> syarat kedua
Table1[Country], “UK”) ==> syarat ketiga
Menaip formula secara manual akan membebaskan anda dari perlu mencipta jadual untuk menyimpan syarat – syarat formula. Ini akan menjadikan kerja anda lebih kemas dan professional.
Tugasan
Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar worksheet SUMIFS-1 dengan melakukan langkah – langkah berikut:-
- Bergerak ke cell E27 yakni cell dengan jawapan 410.
- Tekan cell E27 sekali lagi untuk menaikkan toolbar terapung.
- Tekan Edit pada toolbar terapung.
- WhatsApp gambar skrin yang memaparkan formula berwarna – warni seperti di gambarkan di bawah.

Contoh gambar tugasan anda.