Dalam pelajaran yang lepas, kita telah pelajari teknik hendak mencipta formula bersyarat SUMIFS menggunakan satu syarat. Jika anda masih ingat, formulanya berupa seperti ini:-

=SUMIFS(Table1[Sales Revenue],Table1[Month],B25)

Formula ini mengandungi data yang harus dicampurkan Table1[Sales Revenue] apabila criteria syarat pertama yakni Table1[Month] adalah bersamaan dengan nilai bagi criteria syarat pertama (dalam cell B25)

Dalam pelajaran ini kita akan memperkembangkan lagi formula ini untuk merangkumi syarat kedua. Kami lakukan ini menggunakan fail Excel yang sama seperti dalam pelajaran lepas.

Lokasi Formula SUMIFS

Dalam pelajaran yang lepas kita menggunakan formula SUMIFS dari menu > Formula > Recently Used. Jika anda sudah keluar dari Excel, formula SUMIFS sudah tidak akan ditemui dalam senarai Recently Used. Dalam keadaan ini anda perlu mencarinya dalam menu > Formula > Math & Trig seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah (tekan Play untuk mainkan video).

Ralat Semasa Mencipta Formula

Kadangkala semasa mencipta formula SUMIFS anda akan dapati nilai sum_range dan criteria tidak dimasukkan setelah anda tekan tajuk lajur Excel table anda. Satu contoh digambarkan di bawah di mana usaha untuk memasukkan tajuk lajur Month ke dalam criteria_range tidak menghasilkan nama tajuk lajur Excel table berkenaan tetapi cuma alamat cell – nya sahaja.

excel sumifs parameter not entered

Satu contoh ralat di mana menekan tajuk lajur tidak memasukkannya ke dalam formula SUMIFS.

Dalam keadaan ini anda tidak perlu panik. Hanya ulang tekan tajuk lajur secara perlahan sehingga ianya dimasukkan ke dalam formula. Video di bawah mengajar anda bagaimana.

Jika teknik di atas tidak berjaya memperbaiki ralat, anda sentiasa boleh gunakan fungsi CLEAR untuk padamkan formula dan ulang semula dari mula.

SUMIFS Dengan Dua Syarat

Formula SUMIFS seterusnya yang akan kita buat mengandungi dua syarat. Formula ini berupa seperti ini:-

 

=SUMIFS(Table1[Sales Revenue],==>data yang hendak dijumlahkan

Table1[Month],B26 ==> syarat pertama

Table1[Product], C26) ==> syarat kedua

 

Kami sengaja pecahkan formula ini kepada tiga baris supaya senang anda memahaminya.

Video berikutnya mengajar anda cara – cara mencipta formula SUMIFS dengan dua syarat. Video 2 minit ini mengandungi 17 langkah jadi anda digalakkan menonton video beberapa kali agar benar – benar faham semua langkah – langkahnya. Kebanyakan langkah – langkah dalam video adalah ulangan dari apa yang dipelajari dalam pelajaran lepas jadi ianya tidak sepatutnya begitu susah untuk diikuti.

Memeriksa Formula SUMIFS Dengan Dua Syarat

Jika anda telah mencipta formula SUMIFS di atas dengan betul, anda akan mendapatkan jawapannya sebagai 2028. Langkah seterusnya adalah memeriksa jawapan ini dengan menggunakan fungsi Filter Items pada Excel table di worksheet SUMIFS-2.

Dalam pelajaran yang lepas Excel table dalam worksheet SUMIFS-2 sudah dikenakan fungsi Filter Items di mana Month = Feb seperti digambarkan di bawah.

Excel table yang sudah dikenakan fungsi Filter Items dari pelajaran sebelum ini.

Dalam pelajaran ini kita akan tambahkan Filter Items di mana Product = Shirt white sama dengan syarat kedua formula SUMIFS di atas. Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk melakukannya.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak mencipta formula SUMIFS dengan dua syarat dan memeriksa hasil jawapannya. Anda juga telah belajar bagaimana memperbaiki ralat tajuk lajur tidak masuk ke dalam formula SUMIFS. Dalam pelajaran seterusnya kita anda lihat bagaimana hendak mencipta formula SUMIFS dengan 3 syarat.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar worksheet SUMIFS-1 yang menunjukkan perkara – perkara berikut:-

  1. Bar formulayang terbuka dengan formula SUMIFS dua syarat jelas kelihatan keseluruhannya.
  2. Jawapan kepada formula SUMIFS iaitu 2028

 

Pastikan kedua perkara di atas jelas kelihatan dalam gambar anda. Satu contoh screenshot diberikan di bawah.

Anda tidak perlu risau akan penggunaan jadual nilai criteria ini. Ianya akan menjadi jelas apabila anda buat praktikal nanti.