Semua formula yang kita gunakan setakat ini berfungsi tanpa syarat – yakni ianya melakukan pengiraan tidak kira apa data yang dimasukkan. Fungsi VLookUp dan Flexi-Formula yang dipelajari dalam pelajaran lepas berusaha memberikan lebih banyak kuasa kepada formula kita dalam menentukan apa jenis pengiraan yang harus dilakukan dengan melihat data terlebih dahulu.

Satu kaedah lain untuk memberikan kuasa pemprosesan bersyarat ini dalam Excel ialah dengan menggunakan formula SUMIF. Formula SUMIF mengira jumlah satu cell range bergantung kepada syarat yang diberikan. Formula ini sangat berkuasa dan banyak diajar dalam pelbagai jenis rencana, video, buku dan kursus. Namun dalam kursus ini kita tidak akan pelajari formula SUMIF tetapi akan beralih kepada “abang-nya” iaitu formula SUMIFS.

Perbezaan SUMIF Dengan SUMIFS

Perbezaan pertama yang paling ketara antara SUMIF dengan SUMIFS adalah pada namanya. Satu mempunyai huruf S di penghujungnya manakala satu lagi tidak.

Perbezaan kedua adalah pada bilangan syarat yang boleh diperiksa oleh formula berkenaan. Formula SUMIF (tanpa S) hanya boleh memeriksa SATU syarat sahaja sementara formula SUMIFS (dengan S) boleh memeriksa lebih dari 20 syarat serentak. 

Perbezaan ketiga adalah versi Excel yang mengandungi formula berkenaan. Formula SUMIF (tanpa S) terkandung dalam semua versi Excel sementara formula SUMIFS (dengan S) hanya ada pada versi Excel 2007 ke atas sahaja. Dalam erti kata lain kita boleh katakan bahawa SUMIFS adalah versi baru SUMIF. Disebabkan itulah kita akan fokus kepada formula SUMIFS (versi baru dengan S) dalam kursus Excel anda ini.

Peringkat #1: Download Worksheet Projek

Untuk projek ini kita akan menggunakan workbook Excel yang telah disiapkan oleh pensyarah. Ini adalah supaya semua pelajar akan mengerjakan data yang sama. Untuk itu silalah tekan butang Download di bawah untuk download workbook Excel terus ke alatan anda.

PENTING: Setelah download, jangan terus Open/Buka Excel workbook berkenaan. Sila ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk kaedah download dan membuka Excel workbook dari pensyarah anda.

excel download lecturer file
Cara betul download fail pensyarah.

Arahannya:-

  1. Tekan butang fail Xdi atas.
  2. Fail akan download ke alatan anda.
  3. Tekan butang Xdi notis di kaki skrin anda. Pastikan anda tidak menekan butang Open.
  4. Beralih ke aplikasi Excel anda.
  5. Tekan butang Open dalam Excel.
  6. Di skrin Places, tekan This device
  7. Di skrin This device, tekan Download.
  8. Akhir sekali tekan pada nama fail SUMIFS.xlsx
  9. Fail akan dibuka dalam Excel.

Download

Tekan di sini untuk download fail dari pensyarah anda.

Peringkat #2: Memahami Worksheet Pensyarah

Fail pensyarah ada mengandungi dua worksheet yang dilabelkan SUMIFS-1 dan SUMIFS-2. Kedua – duanya mengandungi Excel table yang serupa. Perbezaannya cuma pada worksheet SUMIFS-1 Excel table tidak mempunyai baris Total sementara pada worksheet SUMIFS-2 Excel table mempunyai baris Total. Selain dari ini, tidak ada perbezaan antara kedua worksheet.

Anda akan mengerjakan formula SUMIFS pada worksheet SUMIFS-1. Worksheet kedua SUMIFS-2 akan anda gunakan untuk memeriksa hasil keputusan formula dari worksheet SUMIFS-1. Jadi secara ringkasnya anda akan buat di SUMIFS-1 dan periksa jawapannya di SUMIFS-2. Jawapan akan diperiksa menggunakan fungsi Filter dan baris Total pada Excel table yang akan dijelaskan kemudian.

Untuk mengingatkan anda semula akan cara hendak mengakses kedua worksheet di atas, silalah ikuti langkah – langkah dalam video pendek di bawah. Tekan butang PLAY untuk memainkan video.

Peringkat #3: Lokasi Formula SUMIFS

Sebelum anda gunakan formula SUMIFS, anda perlu tahu bagaimana hendak mengakses-nya. Formula SUMIFS terletak pada lokasi menu > Formula > Math & Trig pada aplikasi Excel Mobile anda. Kategori Math & Trig mengandungi banyak formula. Untuk mencari formula SUMIFS anda perlu scroll ke bawah agak banyak. Ikuti langkah – langkah seperti yang diajar dalam video di bawah untuk cara mendapatkan formula SUMIFS dalam Microsoft Excel Mobile. Jangan lupa tekan butang PLAY untuk mainkan video.

Pada peringkat ini kita tidak akan menggunakan formula SUMIFS lagi. Kita cuma hendak belajar cara mencari dan dapatkan formula tersebut sahaja. Jadi apabila formula sudah berjaya diaktifkan, kita akan tekan butang pangkah merah untuk membatalkannya kerana tidak diperlukan pada peringkat ini.

Peringkat #4: Formula SUMIFS di menu Recently Used

Excel memudahkan kerja kita dengan membantu menjimatkan masa yang diperlukan untuk mencari sesuatu formula yang sering digunakan. Excel melakukan ini dengan meletakkan formula yang baru digunakan ke lokasi menu > Formula > Recently Used. Sebagai contoh dalam Peringkat 3 tadi, kita telah menggunakan formula SUMIFS – walaupun membatalkannya dengan tekan butang pangkah merah. Formula SUMIFS sekarang akan dimasukkan ke menu Recently Used. Dengan cara ini kita boleh mendapatkan formula ini dengan cepat tanpa banyak scrolling. Video di bawah mengajar cara bagaimana hendak mendapatkan formula dari menu Recently Used. Ikuti langkah – langkahnya dengan menekan butang PLAY di bawah.

PENTING: Senarai Recently Used ini akan dikosongkan setiap kali anda menutup dan keluar dari Microsoft Excel. Jadi apabila anda buka Excel semula anda tidak akan lihat formula SUMIFS lagi dan perlu mendapatkannya semula dari menu Math & Trig. Ini disebabkan Recently Used hanya menyimpan data bagi satu sesi Excel sahaja. Apabila Excel ditutup, data bagi sesi itu dipadamkan.

Peringkat #5: Struktur Formula SUMIFS

Sebelum anda belajar menggunakan formula SUMIFS adalah penting anda memahami struktur formula ini supaya memudahkan anda memprogramkan formula berkenaan. Formula SUMIFS mengandungi struktur seperti ini:-

SUMIFS(sum_range, criteria01_range, criteria01, criteria02_range, criteria02…)

di mana

  1. sum_range = adalah cell range yang hendak dijumlahkan.
  2. criteria01_range = adalah alamat cell yang mengandungi nama syarat pertama yang hendak diperiksa
  3. criteria01 = adalah alamat cell yang mengandungi nilai syarat pertama yang hendak diperiksa.

 

Parameter criteria_range dan criteria boleh diulang sehingga 29 kali merangkumi sejumlah 29 jenis kriteria dengan nilainya. Ini menjadikan formula SUMIFS satu formula yang sangat berkuasa.

Jangan khuatir jika anda kurang faham dengan penerangan teori di atas. Anda akan memahami lebih menerusi praktikal yang akan anda lakukan dalam peringkat – peringkat seterusnya.

Peringkat #6: Memahami Worksheet SUMIFS-1

Untuk membantu anda mempelajari formula SUMIFS, worksheet SUMIFS-1 anda dilengkapi dengan satu jadual yang mengandungi nilai criteria yang akan diperiksa menggunakan formula SUMIFS. Jadual ini terletak di bawah Excel table biru dan digambarkan di bawah.

Anda tidak perlu risau akan penggunaan jadual nilai criteria ini. Ianya akan menjadi jelas apabila anda buat praktikal nanti.

Excel table yang akan kita gunakan untuk memproses data adalah Excel table biru yang mengandungi data jual produk kemeja mengikut bulan, negara dan jumlah jualan. Sebahagian dari Excel table ini digambarkan di bawah.

Excel table sumber data yang akan diproses.

Peringkat #7: Formula SUMIFS Dengan Satu Syarat

Kita akan mulakan pembelajaran formula SUMIFS dengan mempelajari bagaimana hendak menggunakan formula ini untuk satu criteria. Criteria yang akan kita periksa ada Month – yakni bulan. Kita akan meletakkan syarat di mana Month adalah bulan February atau Feb. Kita kemudian akan meminta formula mengira jumlah jualan bagi bulan Feb tersebut. Ikuti langkah – langkah di bawah untuk melakukannya.

Langkah #1: Aktifkan Formula SUMIFS

Dalam langkah pertama ini kita akan mengaktifkan formula di lokasi di mana kita hendakkan jawapannya. Ini adalah petak hitam yang sebaris dengan criteria Feb. Tekan butang PLAY video di bawah dan ikuti langkah – langkahnya dalam aplikasi Excel anda.

Langkah #2: Lengkapkan Parameter SUMIFS

Dalam langkah kedua ini pula kita akan melengkapkan semua parameter yang diperlukan bagi formula SUMIFS ini berfungsi dengan satu syarat. Parameter – parameter ini ialah:-

  1. sum_range = nama lajur Sales Revenue yang hendak dikira jumlahnya.
  2. criteria_range = nama lajur Month yang hendak dijadikan syarat pertama
  3. criteria = alamat sel dengan nilai Feb yang hendak diperiksa sebagai syarat pertama

 

Tekan butang PLAY pada video di bawah dan lakukan langkah – langkah yang diterangkan bagi menetapkan semua parameter ini dalam Excel anda.

Jika anda berjaya, formula SUMIFS anda sekarang harus kelihatan seperti ini:-

SUMIFS(Table1[Sales Revenue], Table1[Month], B25)

Jika formula ini “dialih bahasakan” ke dalam bahasa manusia ianya akan berbunyi seperti berikut:-

Kira jumlah Sales Revenue (dari Table1) dengan syarat Month (dari Table1) adalah bersamaan dengan nilai dalam cell B25”.

Jika anda memasukkan formula ini dengan betul, anda akan mendapatkan jawapan 4103 di dalam petak hitam di cell E25. Jika anda tidak mendapat jawapan ini, silalah CLEAR kandungan cell E25 dan ulang balik langkah – langkah dalam video di atas.

Peringkat #8: Memeriksa Jawapan

Pada peringkat yang terakhir ini kita akan memeriksa jawapan yang diberikan oleh formula SUMIFS menggunakan fungsi Filter dan baris Total Row pada Excel table. Semua fungsi ini sudah pun dipelajari dalam pelajaran – pelajaran yang lepas. Kita akan menggunakan fungsi – fungsi ini pada Excel table di worksheet SUMIFS-2.

Disebabkan formula SUMIFS yang dimasukkan sebelum ini hanya ada satu syarat (yakni Month = Feb) maka kita akan menggunakan fungsi Filter Items pada lajur Month dan menetapkan nilainya kepada Feb. Kemudian kita akan periksa nilai yang diberikan oleh baris Total Row bagi lajur Sales Revenue. Semua ini ditunjukkan langkah demi langkah dalam video di bawah. Lakukan langkah – langkah ini dalam aplikasi Excel anda sendiri.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar berkenaan fungsi SUMIFS. Anda sekarang tahu ianya adalah jauh lebih berkuasa dari fungsi SUMIF yang lama. Anda juga sudah tahu bagaimana hendak menggunakan fungsi ini dengan satu syarat dan bagaimana hendak memeriksa jawapan yang diberikan menggunakan fungsi – fungsi Filter Items dan Total Row pada Excel table.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar worksheet SUMIFS-1 yang menunjukkan perkara – perkara berikut:-

  • Bar formula yang terbuka dengan formula SUMIFS jelas kelihatan keseluruhannya.
  • Jawapan kepada formula SUMIFS iaitu 4103

Pastikan kedua perkara di atas jelas kelihatan dalam gambar anda. Satu contoh screenshot diberikan di bawah.

Tugasan Pelajaran