Anda sekarang sudah tahu bagaimana hendak mencipta formula VLookUp dan memahami bagaimana ianya berfungsi. Formula VLookUp yang anda cipta dalam pelajaran lepas hanya memproses keputusan dari satu lajur – yakni mata pelajaran B.Inggeris sahaja. Untuk memproses keputusan dari lajur – lajur lain, anda cuma perlu menyalin formula VLookUp menggunakan fungsi Copy > Paste Formula yang sudah pun kita gunakan sebelum ini.

Tugasan #1: Menyalin Formula VLookUp

Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk menyalin formula VLookUp dari satu lajur ke lajur lain.

excel copy vlookup formula
Menyalin Formula VLookUp

Arahannya:-

  1. Tekan dua kali perlahan - lahan pada cell pertama lajur Inggeristable data VLookUp.
  2. Tekan butang Edit pada toolbar terapung.
  3. Taipkan fungsi Copy di toolbar terapung.
  4. Tekan cell pertama lajur Melayudua kali perlahan - lahan.
  5. Dari toolbar terapung, tekan fungsi Paste > Formula.
  6. Formula VLookUp akan disalin pada semua cell lajur baru anda.

Hasil Tugasan #1

Jika anda telah lakukan langkah - langkah di atas dengan betul, table data VLookUp anda sekarang harus diisikan dengan gred - gred keputusan bagi mata pelajaran B.Melayu seperti yang digambarkan.

Tugasan #2: Menukar Table VLookUp Kepada Range

Table VLookUp kita yang mengandungi formula VLookUp sekarang ini adalah dalam bentuk Excel table. Ini adalah tidak sesuai kerana Excel table boleh disusun dan ditapis datanya menggunakan fungsi menu di tajuk lajur.

Di dalam Excel, apabila kita ada satu jadual yang mengimport dan memproses keseluruhan datanya dari jadual lain, kita tidak mahu ada fungsi penyusunan dan penapisan bagi jadual tersebut. Ini kerana mengenakan fungsi – fungsi berikut akan memutuskan hubungannya dengan jadual asal menjadikan data di dalamnya tidak lagi betul.

Jadi dalam tugasan berikut, kita akan menukarkan Excel table data VLookUp kita dari satu Excel table kepada satu Range biasa. Ini akan secara automatik membuat semua menu dan fungsi – fungsi table darinya.

Di samping itu kita juga akan sempat menukar skima warna table data VLookUp kita agar ianya kelihatan berbeza dari table – table lain.

Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk mengubah skima warna dan menukar table data VLookUp dari satu Excel table kepada Excel Range. Oleh kerana animasi ini agak panjang, kami telah labelkan langkah – langkah utamanya. Anda digalakkan menonton animasi beberapa kali sebelum mencuba langkah – langkah ini.

excel convert table to range
Tukar Table ke Range

Arahannya:-

  1. Tekan dalam table data VLookUp
  2. Buka menu > Tables
  3. Pilih opsyen/fungsi Table Styles
  4. Tukar skima warna kepada skima hitam-putih.
  5. Pilih opsyen/fungsi Convert to Range
  6. Tutup menu.

Hasil Tugasan #2

Jika anda telah lakukan langkah - langkah di atas dengan betul, table data VLookUp anda sekarang berubah warna dan bentuk dari satu Excel table kepada satu Excel Range. Anda akan dapati butang fungsi menu pada tajuk lajur - lajur di table sudah tidak ada lagi. Ini menandakan ianya sekarang adalah Excel Range biasa dan bukan lagi Excel table.

Tugasan #3: Menyusun Semula Data VLookUp

Jadual VLookUp kita sudah siap dan kini mengambil skima warna hitam-putih. Jadual data VLookUp ini adalah satu jadual yang dinamik. Ini bermakna data yang dipaparkan olehnya akan berubah sesuai dengan data dalam table hijau yang asal.

Ingat: Anda TIDAK sepatutnya tukar/edit sebarang data dalam jadual hitam-putih VLookUp. Berbuat demikian akan memutuskan hubungan dinamik-nya dengan table data hijau asal.

Apa yang diperlukan sekarang adalah menguji kesan dinamik hubungan table hijau dengan jadual VLookUp hitam-putih.

Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah menguji kesan dinamik hubungan data antara table data hijau dengan jadual hitam-putih VLookUp. Kita lakukan ini dengan mengubah sorting data dalam table hijau.

excel vlookup resort
Kesan Dinamik VLookUp

Arahannya:-

  1. Tukar sorting pada lajur Melayutable data hijau kepada Sort Descending (turutan menurun).
  2. Perhatikan bagaimana jadual VLookUp di susun semula dengan susun pelajar menjadi Nurul, Jenkin, Ahmad, Ragu. Ini sesuai dengan data dalam table hijau.
  3. Tukar sorting pada lajur Inggeristable data hijau kepada Sort Descending (turutan menurun).
  4. Perhatikan bagaimana jadual VLookUp di susun semula dengan susunan pelajar berubah menjadi Nurul, Jenkin, John, Ragu. Ini sesuai dengan data dalam table hijau.
  5. Tukar sorting pada lajur Inggeristable data hijau kepada Sort Ascending (turutan menaik).
  6. Perhatikan bagaimana jadual VLookUp di susun semula dengan susunan pelajar berubah menjadi Tilus, Ahmad, Ragu, Jenkin. Ini sesuai dengan data dalam table hijau..
  7. Tukar sorting pada lajur Melayutable data hijau kepada Sort Descending (turutan menurun).
  8. Perhatikan bagaimana jadual VLookUp di susun semula dengan susun pelajar menjadi Nurul, Jenkin, Ahmad, Ragu. Ini sesuai dengan data dalam table hijau.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah menyiapkan jadual VLookUp anda dan juga telah menguji fungsinya. Ujian adalah penting bagi memastikan yang semua formula dan fungsi yang dimasukkan dalam Excel adalah betul. Jangan lupa dari menguji sebarang kerja Excel anda.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila susun lajur B.Melayu table data hijau asal pada turutan Sort Descending dan kemudian hantar gambar jadual hitam-putih VLookUp yang kerjakan tadi kepada pensyarah supaya beliau boleh memeriksa kerja anda. Pastikan keseluruhan table kelihatan seperti dalam gambar di bawah.

Tugasan Pelajaran