Buka & Tutup Excel

Kemahiran paling asas menggunakan sebarang perisian adalah membuka dan menutupnya. Oleh itu dalam pelajaran ini kita akan melihat bagaimana hendak membuka dan menutup Microsoft Excel.

Apabila anda menggunakan Microsoft Excel versi Mobile, setiap kali anda membukanya, anda akan dihidangkan dengan skrin yang memaparkan sebarang helaian Excel yang anda kerjakan sebelum ini. 

Satu contoh ditunjukkan di bawah ini.

Skrin Excel memaparkan senarai fail yang dikerjakan sebelum ini. Anda boleh tekan pada nama fail untuk meneruskan kerja anda atau anda boleh buka fail baru. 

Membuka Fail Lama di Excel Mobile

Ikut langkah – langkah dalam video di bawah untuk membuka satu atau lebih fail lama Excel anda.

Keluar Dari Excel

Seperti yang anda boleh tonton dalam video di atas, untuk keluar dari helaian Excel adalah mudah sahaja. Ikuti panduan dalam gambar di bawah.

Untuk keluar dari helaian Excel Mobile, hanya tekan anak panah di bahagian atas skrin Excel. App Excel Mobile anda akan menyimpan sebarang kerja yang anda lakukan secara automatik. Jadi anda tidak perlu khuathir kehilangan kerja.

Membuka Fail Baru

Jika anda tidak mahu membuka fail lama, anda boleh membuka fail baru dengan tekan butang berkenaan pada aplikasi anda seperti yang diterangkan dalam video pelajaran lepas dan diulang dalam grafik di bawah.

Untuk membuka fail baru dalam Excel Mobile, anda hanya perlu sentuh butang Fail Baru di aplikasi anda.

Kuiz

Lakukan kuiz di bawah bagi menguji pemahaman anda akan kandungan pelajaran ini. Apabila tamat menjawab soalan terakhir, tekan butang Finish untuk periksa jawapan anda. Jika anda gagal, anda boleh tekan butang Retry untuk ulang. Apabila anda lulus, WhatsApp gambar skrin keputusan ujian kepada pensyarah sebagai bukti. Pensyarah akan memaklumkan anda akan langkah seterusnya.