Dua pelajaran yang lepas telah menyediakan anda untuk mencipta formula VLookUp yang pertama. Terdapat banyak cara yang digunakan oleh orang dalam menerangkan apakah sebenarnya VLookUp itu dan bagaimana ianya berfungsi.

Kami tidak akan membosankan anda dengan banyak teori. Pendekatan yang akan kami gunakan adalah belajar dengan membuat. Namun sedikit penerangan akan berkenaan parameter VLookUp akan banyak membantu.

Parameter VLookUp

VLookUp adalah satu formula yang berkuasa. Seperti juga sebarang benda lain yang berkuasa, ianya adalah sedikit rumit. Kerumitan VLookUp berpunca dari fakta bahawa ianya adalah satu formula yang memerlukan agak banyak data atau parameter untuk berfungsi baik.

Semua formula Excel yang kita gunakan sebelum ini seperti MAX, MIN, AVERAGE dan sebagainya memerlukan hanya dua parameter sahaja. Sebagai contoh MAX menerima dua parameter dalam bentuk dua alamat cell yakni MAX(alamat01:alamat02) di mana alamat01 dan alamat02 adalah dua parameter yang merupakan cell range yang kita hendak formula tersebut proses.

Berbeza dari formula lain, VLookUp menerima 4 parameter yang mana 3 darinya adalah wajib. VLookUp tidak akan berfungsi tanpa 3 parameter wajib ini diberikan kepadanya. Mari kita lihat struktur formula VLookUp untuk memahami parameternya dengan lebih dekat. Formula VLookUp mengambil bentuk:-

=vlookup(lookup_value, table_array, column_index_num, range_lookup) di mana

Kami tidak akan membosankan anda dengan penerangan teori apa makna setiap satu parameter ini. Anda akan belajar maknanya dengan mencipta formula VLookUp anda sendiri. Cuma ada satu perkara sahaja yang ingin kami tekankan di sini dan ianya ialah table_array itu adalah dua alamat cell seperti alamat01:alamat02 sementara lookup_value  cuma adalah satu alamat cell. Parameter column_index_num pula cuma adalah satu nombor bulat seperti 1, 2, 3 dan sebagainya. Jadi jika ditulis dalam bentuk alamat cell, formula VLookUp akan kelihatan seperti berikut:-

=vlookup(alamat01, alamat02:alamat03, nombor) yang jauh lebih mudah untuk difahami.

 

Tugasan #1: Mencipta Formula VLookUp Pertama

Jika anda sudah bersedia, silalah ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk mencipta formula VLookUp anda yang pertama. Kami menasihatkan anda mengkaji animasi dan membaca arahannya beberapa kali sehingga anda benar – benar faham semua langkah – langkahnya. Ini kerana animasi ini agak panjang dan tidak boleh dipecahkan kerana semua langkah – langkah ini harus dilakukan sekaligus tanpa boleh berhenti seketika.

excel creating vlookup fuction
Formula VLookUp

  Arahannya:-

  1. Tekan dua kali perlahan - lahan pada cell pertama cell markah Inggeristable data VLookUp.
  2. Tekan butang Edit pada toolbar terapung.
  3. Taipkan simbol =
  4. Tekan Menu > Formula > Lookup & Reference> VLOOKUP > VLOOKUP.
  5. Tekan butang vpada bar formula untuk membukanya supaya semua parameter formula VLookUp kelihatan jelas.
  6. Bergerak dan tekan di cell pertama markah B.Inggerisdi table markah hijau.
  7. Tekan table_arraydi bar formula.
  8. Tutup menu dengan menekan butang Vkerana ianya tidak diperlukan lagi.
  9. Bergerak dan tekan cell data pertamapada table VLookUp kelabu.
  10. Heret pemegang cell berwarna merah hingga merangkumi cell data terakhir pada tableVLookUp kelabu.
  11. Tekan col_index_numdi bar formula.
  12. Taipkan nombor 2.
  13. Tekan butang hijau betul.
  14. Tekan ^ pada bar formula untuk menutupkannya.
 

Hasil Tugasan #1

Jika anda telah lakukan langkah - langkah di atas dengan betul, table data VLookUp anda sekarang harus diisikan dengan gred - gred keputusan bagi mata pelajaran B.Inggeris bagi setiap pelajar.

Tugasan #2: Memahami Bagaimana VLookUp Berfungsi

Sekarang setelah anda mencipta formula VLookUp anda yang pertama, anda sudah bersedia untuk memahami bagaimana VLookUp berfungsi sebenarnya. Mari kita ikut jalan pemprosesan formula ini langkah demi langkah dengan melihat bagaimana ianya mendapat gred B.Inggeris bagi pelajar bernama Tilus dalam projek anda. Untuk itu silalah ikut slide presentation di bawah dengan menekan anak panah.

Presentasi di bawah ada 4 slide. Anda boleh bergerak antara slide dengan menekan butang anak panah atau swipe slide ke kanan. Setiap slide membentangkan satu langkah dalam pemprosesan formula VLookUp. Baca penerangan dan fahamkannya. Kemudian baru bergerak ke slide seterusnya.

Tugasan #3: Eksperimen Dengan VLookUp

Cara paling baik untuk memahami perjalanan VLookUp adalah dengan eksperimen dengan formula berkenaan. Anda boleh lakukan ini dengan mudah dengan menukar markah keputusan B.Inggeris pelajar bernama Tilus dan melihat bagaimana gred-nya berubah. Sebagai contoh jika anda menukar markah menjadi 87% (taip 0.87), grednya akan secara automatik berubah menjadi B. Cubalah sekarang. Tukar markah Tilus beberapa kali dan cuba fahamkan bagaimana VLookUp mendapatkan grednya. Jika anda keliru atau kurang jelas dengan hasil yang diberikan oleh VLookUp, silalah hubungi pensyarah anda dan beliau akan membantu meleraikan kekusutan anda.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah mencipta formula VLookUp anda yang pertama. Anda sekarang ada gambaran jelas bagaimana formula ini berfungsi dan mendapatkan jawapannya. Ini akan banyak membantu anda dalam pelajaran – pelajaran yang akan datang.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar table data VLookUp yang kerjakan tadi kepada pensyarah supaya beliau boleh memeriksa kerja anda. Pastikan keseluruhan table kelihatan seperti dalam gambar di bawah.

Contoh gambar Tugasan anda.