Dalam pelajaran lepas kita telah melihat bahawa proses untuk menyediakan table data VLookUp bagi projek kita akan melalui beberapa peringkat seperti di bawah:-

  1. Membuat salinan table data markah hijau menggunakan fungsi Copy & Paste.
  2. Memadamkan semua data menggunakan fungsi Clear
  3. Mengimport nama murid dari table markah hijau menggunakan formula rujukan =(nama murid dalam table markah)
  4. Menggunakan fungsi VLookUp untuk menukar markah Bahasa Inggeriske gred.
  5. Menyalin formula VLookUp Bahasa Inggeris ke lajur Bahasa Melayu.
  6. Menukar warna table menggunakan Table Styles
  7. Menukar table ke Range biasa menggunakan fungsi Convert to Range.

Langkah 1 telah pun kita lakukan dalam pelajaran sebelum ini. Dalam pelajaran ini kita akan lakukan langkah – langkah 2 dan 3 pula. Jika anda perlu ulangkaji pelajaran sebelum ini untuk mengingatkan anda semula, silalah ulangkaji dahulu sebelum anda teruskan. Jika anda sudah bersedia, ayuh kita teruskan.

 

Tugasan #1: Clear Data & Total Row

Tugasan pertama memerlukan kita memadamkan keseluruhan data dalam table data VLookUp yang kita Copy & Paste sebelum ini. Di samping itu kita juga akan membuang bari Total Row pada table berkenaan kerana ianya tidak diperlukan. Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk melakukannya.

excel clear vlookup data
Clear Data & Total Row

Arahannya:-

  1. Tekan sekali pada cell yang mengandungi name pertama murid.
  2. Heret penjuru cell bagi merangkumi semua cell dengan nama dan markah Semua cell - cell ini haruslah digelapkan.
  3. Pastikan baris tajuk lajurdan Total Row TIDAK DIGELAPKAN.
  4. Tekan butang Clear pada toolbar terapung Excel untuk memadamkan semua nama dan markah murid - murid.
  5. Tekan sekali di mana - mana cell dalam table berkenaan.
  6. Tekan menu Home > Table > Total Rowuntuk membuang baris

Hasil Tugasan #1

Jika anda telah lakukan langkah - langkah di atas dengan betul, table data VLookUp anda sekarang harus kelihatan kosong seperti yang di gambarkan di sebelah atas / tepi.

Tugasan #2: Import Nama Pelajar

Tugasan kedua kita adalah untuk mengimport nama pelajar dari table markah hijau yang asal. Kita akan menggunakan formula =(alamat cell) di mana (alamat cell) adalah alamat cell yang mengandungi nama murid di table asal kita. Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk melakukannya.

excel import names
Import Nama

Arahannya:-

  1. Tekan dua kali perlahan - lahan pada cell pertama table data VLookUp.
  2. Tekan butang Edit pada toolbar terapung.
  3. Taipkan simbol =
  4. Tekan cell dengan nama murid pertama di table markah hijau.
  5. Tekan tanda betul hijau.

Hasil Tugasan #2

Jika anda telah lakukan langkah - langkah tugasan #2 ini dengan betul, table data VLookUp anda sekarang harus dipenuhi dengan semua nama - nama murid dari table asal. Ini kerana formula pertama akan disalin secara automatik oleh Excel untuk memenuhi semua baris lajur table anda.

Pemeriksaan Kerja & Formula

Dalam menggunakan Excel – terutama sekali apabila mencipta formula adalah penting yang anda memeriksa kerja dan formula anda. Bagi dua tugasan di atas, kita boleh menggunakan langkah – langkah berikut untuk memeriksa kerja kita:-

  1. Bergerak ke table data murid yang asal.
  2. Tekan menu pada tajuk lajur Nama Murid.
  3. Pilih Sort Ascendingatau Sort Descending.
  4. Nama murid akan disusun mengikut susunan abjad menaik (Sort Ascending) atau susunan abjad menurun (Sort Decending).
  5. Periksa table data VLookUp Pastikan nama – nama dalam table ini juga mengikut susunan table asal. Ini kerana semua nama dalam table ini diimport dari table asal. Jadi sebarang perubahan pada table asal akan secara automatik digambarkan dalam table ini.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah menyediakan table data VLookUp anda untuk menerima data dari formula VLookUp. Dalam pelajaran seterusnya anda akan menaip formula VLookUp anda.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar gambar table data VLookUp yang kerjakan tadi kepada pensyarah supaya beliau boleh memeriksa kerja anda. Pastikan keseluruhan table kelihatan seperti dalam gambar di bawah.

Contoh gambar Tugasan anda.