Kita telah pun memasukkan semua formula penting yang diperlukan dalam projek Salary Calculator kita. Dalam pelajaran ini kita akan melakukan sedikit perubahan lagi bagi menyiapkan projek ini.

Tugasan #1: Menambah Deductions

Excel table Deduction kini punya hanya dua jenis potongan sahaja. Jika gaji ada mempunyai potongan tambahan anda boleh menambahnya dengan memasukkan baris tambahan pada Excel table Deductions. Untuk berbuat demikian, anda cuma perlu pergi ke baris terakhir (di atas baris Total) dan tekan fungsi Menu > Table > Insert Below seperti digambarkan di bawah.

Menambah Deductions #1

Memasukkan baris baru pada Excel table Deductions

ot-tbl-2-new-rows
Menambah Deductions #2

Anda boleh masukkan seberapa banyak baris yang anda mahu dengan mengulangi fungsi Menu > Table > Insert Below.

Setiap baris akan dicipta dengan formula yang sama dengan formula untuk EPF seperti digambarkan di sebelah/atas.

ot-tbl-with-items
Menambah Deductions #3

Kemudian anda boleh taipkan jenis potongan tambahan. Dalam gambar di sebelah/atas sebagai contoh, kami telah masukkan dua potongan tambahan iaitu Sports Club dan Insurance.

Tugasan #2: Potongan Tetap

Seterusnya kita akan memasukkan potong bagi kelab sukan atau Sports Club. Kali ini kita akan masukkan potongan tetap sebanyak RM20 yakni yuran ahli. Disebabkan Excel table Deductions kita sudah menjadi satu Excel table multi-formula, kita boleh terus taipkan potongan ini tanpa menjejaskan formula – formula lain. Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah.

excel-tbl-multi-formula-2
Potongan Tetap

Arahannya:-

  1. Tekan dua kali di cell data Sport Club.
  2. Tekan Clear pada toolbar terapung.
  3. Tekan cell Sports Clubdata sekali lagi
  4. Tekan Edit di toolbar terapung
  5. Taipkan 20.00
  6. Tekan butang hijau betul.

Tugasan #3: Insurance

Potongan terakhir akan kita letakkan sebagai insurance tambahan. Kita masukkan nilai ini sebagai 2% dari gaji pokok atau Basic Pay. Untuk menaip formulanya, anda hanya perlu edit formula sedia ada dan menukar kadar potongan kepada 0.02 seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

excel-tbl-multi-formula-3
Formula Insurance

Arahannya:-

  1. Tekan dua kali di cell data Insurance.
  2. Tekan Edit pada toolbar terapung.
  3. Padamkan nilai potongan EPF
  4. Taipkan 02
  5. Tekan butang hijau betul.

Jika anda telah melakukan semua langkah - langkah di atas dengan betul, Excel table anda sekarang akan kelihatan seperti di sebelah/atas.

Tugasan #4: Formula Nett Salary

Langkah seterusnya adalah bagi kita memasukkan formula untuk Nett Salary atau Gaji Bersih. Nett Salary dikira dengan mencampurkan Basic Pay dengan OT dan Allowance dan kemudian menolak dengan Deductions atau jika ditulis dalam rumusan matematik:-

Nett Salary = (Basic Pay) + OT + Allowance – Deductions

Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk memasukkan formula ini ke dalam projek anda.

excel-nett-salary-formula
Nett Salary Formula

Arahannya:-

  1. Tekan dua kali di cell C26.
  2. Tekan Edit pada toolbar terapung.
  3. Taipkan =
  4. Tekan pada cell data Basic Pay.
  5. Taipkan +
  6. Tekan pada cell data Total Excel table OT
  7. Taipkan +
  8. Tekan pada cell data Total Excel table Allowance
  9. Taipkan -
  10. Tekan pada cell data Total Excel table Deductions
  11. Tekan butang hijau betul.

Jika anda telah melakukan semua langkah – langkah di atas dengan betul, anda sepatutnya akan menerima nilai dalam wang Ringgit. Jika anda melakukan kesilapan, silalah Clear cell C26 dan ulangi sekali lagi.

Tugasan #5: Memperbaiki Ralat

Nilai yang dihasilkan oleh formula di atas sebenarnya tidak betul walaupun formula itu adalah betul. Ini kerana nilai bagi OT, Allowance dan Deductions adalah tidak betul. Ketiga – tiga nilai ini diambil dari baris Total Excel table masing – masing. Jika anda perhatikan, nilai pada baris – baris Total ini bukannya dalam RM. Ini disebabkan nilai – nilai Total ini sebenarnya tidak menunjukkan jumlah – bahkan hanya mengira bilangan item pada Excel table berkenaan.

Kita perlu baiki kesalahan ini dengan memilih SUM pada pada baris Total ketiga – tiga Excel table berkenaan. Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk melakukannya.

excel-nett-salary-repair
Baiki Ralat

Arahannya:-

  1. Tekan cell data Total Excel table Deductions.
  2. Tekan butang menu auto formula.
  3. Tekan fungsi SUM
  4. Ulangi langkah - langkah 2 dan 3 untuk Excel table Allowance dan OT.

Sekarang nilai Nett Salary pada cell C26 sepatutnya memberikan gambaran tepat gaji bersih anda. Namun kita masih ada sedikit kerja – kerja kemas-kini lagi.

Tugasan #6: Kemas Kini Format

Langkah terakhir adalah untuk kita mengemaskini format bagi nilai Total Excel table OT, Allowance dan Deductions supaya semuanya adalah konsisten dan kelihatan professional. Untuk itu, kita boleh menggunakan fungsi Format Painter yang dipelajari dalam pelajaran lepas dan ditunjukkan semula dalam animasi di bawah. Lakukan langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk menyiapkan projek anda.

excel-nett-salary-formatting
Kemas Kini Format

Arahannya:-

  1. Tekan dua kali cell data Insurance Excel table Deductions.
  2. Tekan butang Copy di toolbar terapung.
  3. Tekan dua kali cell data Total Excel table Deductions.
  4. Tekan butang menu fungsi Paste di toolbar terapung.
  5. Tekan opsyen Formatting
  6. Ulangi langkah - langkah 3 hingga 5 untuk cell data Total Excel table Allowance dan OT.

Jika anda telah melakukan langkah – langkah di atas dengan betul, semua nilai matawang dalam projek anda seharusnya diformat dengan simbol dan nilai titik perpulahan yang betul. Sekarang projek Salary Calculator and telah tamat dengan rasminya. Tahniah!

Penutup

Sepanjang mengerjakan projek Salary Calculator ini dalam beberapa pelajaran yang lepas, anda telah banyak belajar prinsip – prinsip yang berguna dan berkuasa dalam bekerja dengan Excel. Kesemua prinsip – prinsip ini boleh digunakan bersama hampir sebarang jenis worksheet Excel yang menyimpan data dalam pelbagai table.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar fail Excel Salary Calculator kepada pensyarah supaya beliau boleh memeriksa kerja anda.