Setakat ini semua Excel yang kita bina menggunakan formula yang sama pada semua cell pada satu lajur itu. Sebagai contoh pada lajur Maksimum, semua cell – nya menggunakan formula MAX. Dalam pelajaran ini kita akan belajar bagaimana hendak memasukkan formula – formula yang berbeza pada cell di lajur yang sama Excel table. Ini akan menjadikan Excel table kita lebih fleksibel. Untuk mempelajari teknik ini, kita akan masih terus mengerjakan fail Salary Calculator kita.

Tugasan #1: Excel Table Allowance

Langkah pertama adalah untuk kita mengisikan sedikit data ke dalam Excel table Allowance. Berpandukan kepada gambar di bawah, silalah anda isikan data seperti yang dipaparkan.

salary-allowances

Excel table Allowance menyimpan data allowance yang anda terima. Anda boleh masukkan sebarang banyak anda sedikit allowance yang diterima. Jika tidak mencukupi baris, jangan lupa anda boleh tambah baris dengan tekan di baris terakhir (di atas baris Total) dan gunakan fungsi Menu > Table > Insert Below

Sesetengah dari hasil formula itu menunjukkan RM0.00 dan yang lain memberikan ralat #VALUE. Perkara ini terjadi disebabkan oleh alamat relative cell dalam formula yang digunakan. Mari kita kaji perkara ini dengan lebih mendalam.

Tugasan #2: EPF Deduction

Semua langkah – langkah berikutnya akan mengerjakan Excel table Deductions. Excel table ini menyimpan data untuk semua potongan yang dilakukan ke atas pendapatan anda. Potongan pertama yang akan kita masukkan formulanya ialah EPF atau caruman KWSP anda. Di sini kita cuma akan masukkan caruman pekerja kerana caruman dari majikan memang bukan sebahagian dari gaji anda. Kita akan ambil nilai caruman pekerja ini sebagai 11%. Anda boleh laraskan mengikut caruman anda sendiri jika mahu. Caruman EPF lazimnya dikira dari gaji Pokok atau Basic Pay. Jadi formulanya ialah

EPF = (Basic Pay) X 11%

Cara mudah menulis formula ini di dalam Excel ialah = (Basic Pay)*0.11 di mana nilai 0.11 (atau .11) itu adalah sebenarnya bersamaan dengan 11%. Silalah lakukannya dengan mengikut langkah – langkah dalam animasi di bawah

Formula EPF Deduction

Arahannya:-

  1. Tekan cell data EPF di lajur Amount di Excel table Deductions.
  2. Tekan Edit pada toolbar terapung.
  3. Taipkan =
  4. Tekan nilai Basic Pay
  5. Taipkan *.11
  6. Tekan butang hijau betul.

Jika anda lakukan langkah – langkah di atas dengan betul, anda akan dapat nilai EPF sebagai RM132 bagi Basic Pay sebanyak RM1200.

Tugasan #3: SOSCO Deduction

Tugasan seterusnya adalah memasukkan formula untuk caruman PERKESO atau SOCSO anda. Kita akan ambil nilai caruman Socso ini sebagai 5% dari gaji Pokok atau Basic Pay. Jadi formulanya ialah:-

SOCSO = (Basic Pay) X 5%

Cara mudah menulis formula ini di dalam Excel ialah = (Basic Pay)*0.05 di mana nilai 0.05 (atau .05) itu adalah bersamaan dengan 7%. Jika anda perhatikan ruang data untuk potongan Socso, anda akan lihat ianya sudah pun dipenuhi dengan formula dari potongan EPF seperti di gambarkan dalam animasi di bawah:-

excel-deduction-ref-type
Memeriksa Rujukan Cell

Seperti yang dapat anda lihat, formula pada nilai Sosco ini merujuk pada nilai B2 yang bukan merupakan nilai Basic Pay tetapi nilai Day Rate atau Gaji Harian. Perkara ini seperti yang telah kita pelajari dalam pelajaran lepas adalah disebabkan oleh Excel menggunakan rujukan cell Relative. Jadi langkah seterusnya adalah untuk kita menukar rujukan cell dari Relative ke Absolute dengan mengikut langkah - langkah dalam animasi di bawah.

excel-deduct-change-ref-type
Ubah Cell Reference Type

Arahannya:-

  1. Tekan cell data EPF di lajur Amount di Excel table Deductions.
  2. Tekan B1 pada bar formula Excel sebanyak dua kali.
  3. Tekan Reference Typepada toolbar terapung yang muncul.
  4. Tekan $A$1
  5. Tekan butang hijau betul.
 

Setelah anda lakukan langkah – langkah di atas, semua formula pada Excel table Deductions akan menggunakan formula Absolute. Nilai bagi potongan Socso akan menjadi sama dengan potongan EPF sebab keduanya menggunakan formula yang sama. Langkah seterusnya adalah menukar formula untuk potongan Socso tanpa menjejaskan formula pada potongan EPF. Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk melakukannya:-

excel-table-multi-formula
Multi Formula

Arahannya:-

  1. Tekan sebanyak dua kali di cell data SOCSO di lajur Amount di Excel table Deductions.
  2. Tekan Edit pada toolbar terapung yang muncul.
  3. Padamkan nilai 11pada formula dan taipkan nilai 0.05.
  4. Tekan $A$1
  5. Tekan butang hijau betul.
  6. Anda akan perasan bahawa nilai potongan EPF juga berubah. Ini terjadi kerana Excel mengemaskinikan semua formula dalam table.
  7. Tekan butang Undo sebanyak satu kali sahaja untuk mengembalikan formula asal bagi potongan EPF. Anda akan perasan nilai asal potongan EPF dikembalikan.

Setelah siap langkah – langkah di atas, anda sepatutnya punya dua nilai potongan yang berbeza – sejajar dengan dua formula berbeza yang digunakan dalam Excel table. Pada peringkat ini Excel table Deductions anda sudah menjadi satu Excel table multi-formula yang berkuasa. Perkara ini boleh kita sahkan dengan memeriksa formula – formula bagi EPF dan SOCSO seperti dalam animasi di bawah.

excel-table-multi-formula-examine
Periksa Multi Formula

Cara hendak memeriksa multi formula dalam Excel table Deductions

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak memasukkan lebih dari satu jenis formula dalam Excel table yang sama. Ini mengembangkan fungsi Excel table dari hanya menyalin dan mengemaskinikan formula yang sama kepada satu set data yang boleh anda programkan dengan sebarang jenis formula. Menerusi kaedah ini Excel table anda sesungguhnya menjadi lebih berkuasa dan dinamik.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar fail Excel Salary Calculator kepada pensyarah supaya beliau boleh memeriksa kerja anda.