Dalam pelajaran ini dan beberapa pelajaran akan datang, kita akan belajar bagaimana hendak mencipta satu kalkulator gaji. Projek ini akan kita gunakan bagi mempelajari beberapa aspek penting bekerja dengan formula dari beberapa Excel Table. Ini kerana dalam aplikasi dunia nyata, kita memang perlu memproses data dari lebih dari satu Excel Table.

Penyediaan

Sebagai penyediaan, kita akan menggunakan workbook Excel yang telah disiapkan oleh pensyarah. Ini adalah supaya semua pelajar akan mengerjakan Excel Table yang sama. Untuk itu silalah tekan butang Download di bawah untuk download workbook Excel terus ke alatan anda.

PENTING: Setelah download, jangan terus Open/Buka Excel workbook berkenaan. Sila ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk kaedah download dan membuka Excel workbook dari pensyarah anda.

excel download lecturer file
Cara betul download fail pensyarah.

Arahannya:-

  1. Tekan butang fail Xdi atas.
  2. Fail akan download ke alatan anda.
  3. Tekan butang Xdi notis di kaki skrin anda. Pastikan anda tidak menekan butang Open.
  4. Beralih ke aplikasi Excel anda.
  5. Tekan butang Open dalam Excel.
  6. Di skrin Places, tekan This device
  7. Di skrin This device, tekan Download.
  8. Akhir sekali tekan pada nama fail Salary Calculator.xlsx
  9. Fail akan dibuka dalam Excel.

Download

Tekan di sini untuk download fail dari pensyarah anda.

Sekarang setelah anda berjaya download fail Excel pensyarah, kita akan belajar bagaimana hendak mengerjakan fail ini supaya menjadi satu helaian yang berfungsi baik. Kita akan lakukannya menerusi 5 langkah – langkah tugasan seperti yang diturunkan di bawah.

Tugasan #1: Formula Day Rate

Seperti yang dapat anda lihat workbook Salary Calculator anda mempunyai beberapa Excel table dengan warna – warna yang berlainan yang mengambil kira aspek berbeza pendapatan anda. Excel table yang paling di atas sekali mengandungi data berkenaan gaji pokok atau basic pay anda. Dalam Excel table ini, kita telah masukkan Basic Pay sebagai RM1200.00. Silalah ubah nilai ini jika mahu untuk menggambarkan keadaan anda.

Di Basic Pay pula ada dua pengiraan Day Rate (Gaji Sehari) dan Hourly Rate (Gaji Sejam). Dalam workbook Salary Calculator ini, kita hendakkan pengguna hanya memasukkan Basic Pay beliau sahaja dan kemudian Excel mengira Day Rate dan Hourly Rate secara automatik. Kita akan mulakan tugasan pertama dengan mencipta formula untuk Day Rate.

Pengiraan bagi Day Rate dilakukan menggunakan formula:-

Day Rate = (Basic Pay) / 26 di mana 26 ialah bilangan hari kerja sebulan.

Nilai 26 adalah nilai lazim yang digunakan. Anda boleh ubah nilai ini jika mahu di dalam formula kelak. Jika anda tidak tahu apa nilai yang digunakan oleh majikan anda, silalah rujuk bahagian akaun atau pengurusan anda.

Sekarang ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk cara memasukkan formula Day Rate  ke dalam Excel table anda.

excel division formula
Formula Day Rate Salary Calculator

Arahannya:-

  1. Tekan dalam cell B2 sebanyak dua kali perlahan - lahan.
  2. Tekan Edit pada bar terapung.
  3. Cell akan dibuka untuk menerima data.
  4. Taipkan simbol =
  5. Tekan cell B1.
  6. Taipkan simbol/ 
  7. Taip bilangan hari kerja sebulan anda. Dalam animasi kita menaipkan angka 26.
  8. Tekan tanda betul hijau.
  9. Pastikan formula dalam cell B2 adalah =B2/26.

Jika anda telah masukkan formula dengan betul dan jika nilai Basic Pay yang anda masukkan ialah RM1200, maka anda akan mendapat nilai Day Rate sebagai RM46.15 seperti dalam animasi.

Tugasan #2: Formula Hourly Rate

Pengiraan bagi Hourly Rate dilakukan menggunakan formula:-

Hourly Rate = (Day Rate) / 8  di mana 8 ialah bilangan jam kerja sehari.

Nilai 8 adalah nilai lazim yang digunakan. Anda boleh ubah nilai ini jika mahu di dalam formula kelak. Jika anda tidak tahu apa nilai yang digunakan oleh majikan anda, silalah rujuk bahagian akaun atau pengurusan anda.

Sila anda cuba sesuaikan langkah – langkah bagi formula Day Rate di atas bagi mencipta formula Hourly Rate. Untuk membina keyakinan anda, kami dengan sengaja tidak akan menunjukkan sebarang animasi atau menurunkan langkah – langkahnya.

Setelah siap, formula anda haruslah kelihatan seperti dalam gambar di bawah.

excel salary hourly rate

Perhatikan bahawa formula di cell B3 haruslah = B2/8.

Jika anda telah masukkan formula dengan betul dan jika nilai Basic Pay yang anda masukkan ialah RM1200, maka anda akan mendapat nilai Hourly Rate sebagai RM5.77 seperti dalam gambar di atas.

Sekarang cubalah anda eksperimentasi dengan formula – formula anda. Masukkan nilai Basic Pay yang berlainan dan kemudian lihat bagaimana nilai Day Rate dan Hourly Rate berubah secara automatik.

Tugasan #3: Format OT Hours

Tugasan ketiga adalah bagi menyediakan Excel Table kedua yang berwarna biru itu. Excel table ini mengandungi pengiraan Overtime atau lebih masa. Kita kadar atau Rate dimasukkan iaitu 1.5, 2 dan 3. Anda boleh sesuaikan dengan kadar majikan anda.

Untuk menyediakan Excel ini menerima data, kita harus format lajur Hours ke format yang betul. Untuk itu, silalah pilih semua cell dalam lajur berkenaan dan tekan Menu > Home > Number Format > Number bagi memastikan semua nombor dalam lajur berkenaan di format dengan betul. Ini digambarkan di bawah.

excel format ot hours

Tugasan #4: Format OT Hours Decimal Places

Tugasan keempat adalah memastikan bilangan titik perpuluhan di lajur Hours OT kita adalah betul. Untuk itu silalah arahannya seperti di bawah.

excel ot hours decimal
Format Titik Perpuluhan OT Hours

Arahannya:-

  1. Pilih atau gelapkan semua cell dalam lajur Hours.
  2. Tekan Menu > Home > Number Format.
  3. Gunakan butang 0.00 dan 0.00 untuk melaraskan data sehingga ke satu titik perpuluhan.

Tugasan #5: Format Lajur Total

Tugasan kelima adalah memastikan untuk format data pada lajur Total Excel table OT kita. Untuk melakukan itu kita akan menggunakan kaedah Copy and Past Formatting seperti yang ditunjukkan dalam animasi di bawah.

Format Pendapatan OT

Arahannya:-

  1. Tekan cell data Day Rate atau Hourly Rate sebanyak dua kali perlahan - lahan.
  2. Tekan Copy pada bar terapung.
  3. Gelap atau pilih semua cell pada lajur Total.
  4. Tekan Paste > Formatting pada toolbar terapung. 
 

Penutup

Pelajaran ini menjadi penyedia kepada pelajaran akan datang. Dalam pelajaran akan datang kita akan belajar mencipta formula menggunakan alamat Absolute Reference yang berbeza dari semua jenis alamat yang tidak gunakan setakat ini.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar fail Excel Salary Calculator kepada pensyarah supaya beliau boleh memeriksa kerja anda.