Dalam pelajaran yang lepas, kita telah mencipta formula untuk Profit ROI dengan membahagikan keuntungan bersama kos pengiklanan (Profit/Ad Sales) seperti yang digambarkan di bawah. Mencipta formula Profit ROI cukup mudah kerana formula Profit sudah pun di cipta sebelum ini dalam lajur Profit.

pel-21-profit-roi

Formula Profit ROI menggunakan cuma satu fungsi matematik sahaja: iaitu bahagi. Dalam pelajaran ini kita akan belajar bagaimana mencipta formula yang menggabungkan dua fungsi matematik – seperti tolak dan bahagi.

Formula Ads ROI

Dalam pelajaran ini, kita akan mencipta formula untuk Ads ROI. Formulanya ialah:-

(Keuntungan dari Pelaburan)/Pelaburan.

Anda dapat perhatikan kami meletakkan kurungan () dalam formula di atas bagi memberikan penekanan bahawa Keuntungan dari Pelaburan itu adalah satu data dan bukannya dua atau lebih data.

Keuntungan dari Pelaburan hanya mengambil kira keuntungan yang terhasil secara terus dari aktiviti pelaburan. Dalam contoh perniagaan yang kita bincangkan, Keuntungan dari Pelaburan diberikan oleh formula:-

Ad Sales – Ops Cost

Kita tidak mengira Affiliate Sales kerana ianya adalah aktiviti yang dijalankan oleh agen Affiliate dan bukannya si peniaga itu sendiri.

Jadi formula bagi Ads ROI boleh ditulis sebagai:-

Ads ROI = Ads Sales – Ops Cost/Ads Cost

Formula ini walaupun kelihatan betul sebenarnya ianya akan menghasilkan nilai yang salah. Ini kerana formula ini mempunyai dua fungsi matematik yang berlainan iaitu tolak (-) dan bahagi (/). Apabila menghasilkan formula matematik yang menggunakan fungsi matematik yang berlainan, anda harus berhati – hati. Ini kerana Excel memproses fungsi matematik dalam turutan yang berbeza dari apa yang anda sangkakan. Turutan yang Excel gunakan dipanggil Order of Operations.

Order of Operation

Sebagai contoh jika kita letakkan formula 2 + 6 / 2 kita mungkin ingat jawapannya ialah 4 sebab 2 + 6 = 8 dan 8 / 2 = 4.  Namun Excel akan memberikan jawapannya sebagai 5. Ini kerana Excel mengira fungsi darab dan bahagi dahulu. Jadi apa yang dilakukan oleh Excel ialah pertama sekali melakukan fungsi bahagi 6 / 2 yang memberikan jawapan 3. Kemudian barulah Excel melakukan fungsi campur iaitu 2 + 3 = 5. Excel mencampurkan hasil bahagi (3) dengan 2.

Jadi anda perlu ingat bahawa dalam pengiraan yang melibat pelbagai fungsi campur, tolak, darab dan bahagi, Excel akan mengikut piawaian antarabangsa dalam pengiraan: fungsi darab dan bahagi akan diberikan keutamaan berbanding fungsi campur dan tolak. Peraturan ini dipanggil Order of Operations.

Pada formula Ads ROI di atas (Ads Sales – Ops Cost/Ads Cost), Excel akan mengira nilai (Ops Cost)/(Ads Cost) dahulu. Yakni Excel membahagikan nilai Ops Cost dengan nilai Ads Cost dahulu. Excel mengikut Order of Operations dengan memberikan keutamaan pada operasi darab dan bahagi dahulu. Hasilnya ialah jawapan yang salah. Untuk membetulkan formula ini, kita perlu menukar Order of Operations.

Menukar Order of Operation

Jadi bagaimanakah caranya untuk kita memberitahu Excel bahawa fungsi campur atau tolak harus dilakukan dahulu berbanding dengan fungsi darab atau bahagi? Dalam erti kata lain, bagaimanakah kita hendak menukar Order of Operation dalam Excel? Jawapannya ialah dengan menaip kurungan.

Menggunakan contoh 2 + 6 / 2 di atas, jika kita hendak Excel melakukan fungsi campur 2 + 6 dahulu, kita boleh menukar Order of Operations dengan meletakkan fungsi campur ini dalam kurungan seperti (2 + 6). Ini akan memaksa Excel untuk melakukan fungsi dalam kurungan dahulu dan tidak mengikut turutan Order of Operations. Jadi formulanya akan menjadi (2 + 6) / 2 yang akan menghasilkan jawapan yang betul iaitu 4.

Formula Ads ROI

Jadi untuk menghasilkan formula Ads ROI yang betul, kita mengenakan kurungan pada formula yang mengubah wajah formula menjadi:-

Ads ROI = (Ads Sales – Ops Cost)/Ads Cost

Dengan cara ini kita memaksa Excel untuk mengabaikan Order of Operations dan melakukan pengiraan yang di dalam kurungan dahulu. Jadi Excel akan melakukan fungsi tolak (Ads Sales – Ops Cost) dahulu dan kemudian membahagikan-nya dengan Ads Cost.

Ikut langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk mencipta formula Ads ROI dalam Excel Table anda.

Jangan lupa tonton animasi di bawah dalam orientasi melintang.

Menukar Order of Operation

Arahannya:-

  1. Tekan dalam cell pertama lajur Ads ROI sebanyak dua kali perlahan - lahan.
  2. Tekan Edit pada bar terapung.
  3. Cell akan dibuka untuk menerima data.
  4. Taipkan simbol = (
  5. Tekan cell pertama lajur Ad Sales. Perhatikan bar formula sekarang mengandungi =[@[Ad Sales]].
  6. Taipkan simbol- Formula sekarang menjadi =[@[Ad Sales]]-
  7. Tekan cell pertama lajur Ops Cost. Perhatikan bar formula sekarang mengandungi =[@[Ad Sales]]-[@[Ops Cost]]
  8. Taipkan simbol /. Perhatikan bar formula sekarang mengandungi =[@[Ad Sales]]-[@[Ops Cost]]/
  9. Tekan cell pertama lajur Ads Cost. Perhatikan bar formula sekarang mengandungi =[@[Ad Sales]]-[@[Ops Cost]]/[@[Ads Cost]].
  10. Tekan butang hijau betul

Format Nilai ROI

Langkah terakhir adalah untuk kita format nilai ROI dalam kedua-dua lajur Profit ROI dan Ads ROI. Seperti yang dapat anda lihat kedua nilai ini mempunyai nilai titik perpuluhan yang terlalu banyak. Kita akan kurangkan nilai ini kepada hanya satu titik perpuluhan sahaja.

Ikut langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk bilangan titik perpuluhan formula Profit ROI dan Ads ROI dalam Excel Table anda.

excel format decimal places
Format Nilai ROI

Arahannya:-

  1. Tekan dalam cell pertama lajur Profit ROI.
  2. Tekan dan heret penghujung bawah cell highlighter yang hijau itu.
  3. Heret ke cell terakhir lajur Ads ROI.
  4. Tekan Menu > Home > Numbers Formatting
  5. Tekan fungsi 00berulang kali sehingga semua nilai dalam lajur Profit ROI dan Ads ROI menunjukkan hanya dua titik perpuluhan.
  6. Tekan di luar Excel Table anda untuk menutup menu.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar bagaimana hendak mencipta formula dengan dua fungsi matematik yang berlainan dan mengubah turutan Order of Operation dengan mana Excel memproses formula anda. Berbekalkan kemahiran ini, anda sekarang sudah boleh mencipta formula yang semakin kompleks dan berkuasa.

Tugasan

Sebagai tugasan bagi pelajaran ini, sila hantar fail Excel anda kepada pensyarah supaya beliau boleh memeriksa kerja anda.