Dalam Pelajaran yang lepas kita telah mencipta formula yang mempunyai fungsi matematik campur dan tolak. Dalam pelajaran yang pendek ini, kita akan meningkatkan lagi kemahiran kita dengan mencipta formula menggunakan fungsi matematik bahagi.

Profit ROI

Profit ROI (Profit Return On Investment) dikira dengan formula: Keuntungan/Pelaburan. Nisbah ini memberikan gambar berapa banyak keuntungan yang diperoleh bagi setiap unit mata wang yang dilaburkan. Sebagai contoh jika Profit ROI adalah 2 maka ini bermakna kita mendapat RM2 keuntungan bagi setiap RM1 pelaburan. Matlamat sebarang perniagaan adalah untuk mencapai nilai Profit ROI yang setinggi mungkin namun mengikut jangkaan yang munasabah.

Formula untuk Profit ROI ialah: Profit/Ad Sales yakni Profit dibahagikan dengan Ad Sales di mana Profit itu adalah keuntungan dan Ad Sales adalah Pelaburannya. Tanda / digunakan sebagai melambangkan fungsi bahagi.

Formula Profit ROI

Berdasarkan dari formula di atas, kita dapat lihat bahawa untuk mencipta formula Profit ROI, kita akan merujuk kepada cell Profit yang mengandungi nilai keuntungan. Jika anda masih ingat, nilai cell dalam lajur Profit ini dihasilkan oleh dalam pelajaran yang lepas. Jadi ini bermakna kita akan menggunakan hasil dari formula sebelum ini sebagai data dalam formula untuk Profit ROI yang baru ini. Ini adalah satu kekuatan pada Excel – iaitu dalam menghasilkan formula, kita boleh menggunakan hasil dari formula lain. Dengan cara ini kita boleh mencipta pelbagai formula kompleks dalam Excel.

Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah bagi menghasilkan formula Profit ROI dalam Excel Table anda.

Jangan lupa tonton animasi di bawah dalam orientasi melintang.

excel division formula
Formula Matematik Bahagi

Arahannya:-

  1. Tekan dalam cell pertama lajur Profit ROI sebanyak dua kali perlahan - lahan.
  2. Tekan Edit pada bar terapung.
  3. Cell akan dibuka untuk menerima data.
  4. Taipkan simbol =.
  5. Tekan cell pertama lajur Profit. Perhatikan bar formula sekarang mengandungi =[@Profit]. Perhatikan tidak ada kurungan [] menutupi nama Profit. Ini kerana nama cell ini cuma terdiri dari satu perkataan sahaja.
  6. Taipkan simbol /. Perhatikan bar formula sekarang mengandungi =[@Profit]/.
  7. Tekan cell pertama lajur Ads Cost. Perhatikan bar formula sekarang mengandungi =[@Profit]/[@[Ads Cost]].
  8. Tekan butang hijau betul

Penerangan

Anda sepatutnya sudah ada lajur Profit ROI terisi dengan hasil formula anda seperti yang digambarkan di bawah.

pel-20-tugasan

Anda akan perhatikan bahawa nilai Profit ROI cuma diletakkan sebagai nombor biasa sahaja. Kita tidak kenakan format peratusan atau mata wang ke atas nilai ini kerana Profit ROI adalah satu nisbah.

Nisbah 1.0 pada Profit ROI melambangkan perniagaan yang tidak ada sebarang keuntungan. Nisbah kurang dari 1.0 melambangkan kerugian sementara nisbah melebih 1.0 melambangkan keuntungan. Dalam contoh Excel Table kita di atas, kita dapat lihat bagi tiga bulan pertama, perniagaan agak berjaya walaupun pendapatannya tidak menentu.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah belajar teknik mencipta formula dengan fungsi bahagi. Pelajaran ini berhenti di sini sahaja kerana dalam pelajaran seterusnya kita akan menguasai formula dengan dua fungsi matematik seperti tolak dan bahagi. Formula sedemikian memerlukan penerangan yang lebih panjang sedikit dan kami tidak mahu membebankan anda dalam pelajaran ini.

Tugasan

Sila hantar kepada pensyarah anda gambar screenshot Excel Table anda yang punya nilai Profit ROI seperti yang digambarkan di bawah.

pel-20-tugasan
Tugasan

WhatsApp gambar Excel Table anda.