Kenapa Belajar Microsoft Excel?

Microsoft Excel adalah perisian paling popular bagi melakukan pengiraan, penyimpanan data bernombor dan mencipta laporan dengan jadual, carta dan graf. Antara contoh kegunaan Microsoft Excel ialah:-

  1. Menyimpan laporan belajaan harian individu
  2. Menyimpan rekod kos belanja, jualan dan mengira untung rugi perniagaan
  3. Menyimpan rekod individu seperti keputusan markah murid, jualan agen, kerja OT dan sebagainya
  4. Menganalisa data yang banyak – seperti rekod jualan ribuan pelanggan
  5. Menghasilkan jadual, graf dan carta bagi menggambarkan semua di atas dalam format yang mudah difaham.

Microsoft Excel digunakan di hampir semua pejabat yang memproses data dalam bentuk rekod dan nombor. Kemahiran Microsoft Excel banyak diperlukan di alam pekerjaan kerana pemprosesan data menggunakan perisian ini banyak membantu organisasi dan syarikat dalam operasi harian mereka.

Microsoft Excel di gunakan untuk untuk menjana pelbagai jenis laporan yang punya data dan paparan dalam bentuk jadual, graf dan carta. Laporan boleh jadi dalam bentuk kertas (hard copy) atau paparan skrin (soft copy).

Latarbelakang Microsoft Excel

Microsoft Excel adalah satu satu perisian dalam koleksi perisian yang dipanggil Microsoft Office yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi IT iaitu Microsoft Corporation dari Redmond, Washington, USA. Antara perisian lain dalam koleksi ini ialah Microsoft Word, Microsoft PowerPoint, Microsoft Access dan Microsoft Publisher. Setiap jenis aplikasi ini digunakan untuk tujuan yang berbeza. 

Dalam pelajaran demo Excel ini, kita akan fokus kepada Microsoft Excel dan mendapatkan kemahiran asas berkenaannya. Ayuh, mari bermula. 

Kampus Microsoft Corporation di Redmond, Washington, USA.

Antara produk - produk dalam pakej Microsoft Office.

Versi Microsoft Excel

Anda boleh menggunakan Microsoft Excel menerusi dua cara:-

  1. Memasang aplikasi desktop ke komputer atau laptop anda. Aplikasi desktop ini bukan percuma dan sering perlu dibeli dari kedai komputer. Terdapat banyak versi Excel bagi desktop. Antara versi Excel yang popular ialah Excel 2000, Excel 2007, Excel 2010, Excel 2016 dan Excel 2019. Setiap versi yang berbeza ini punyai paparan yang berbeza dan cara penggunaannya juga boleh berbeza dari versi ke versi.
  2. Menggunakan Microsoft Excel online. Versi online ini adalah percuma dan anda boleh menggunakannya dari sebarang komputer / laptop dengan sambungan Internet.
  3. Menggunakan app mobile Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan Excel dalam peranti mobile anda seperti handset dan tablet jenis Android dan iOS (iPhone/iPad). Excel versi mobile adalah kaedah yang sesuai untuk mempelajari kemahiran Excel bagi mereka yang tidak ada komputer. Hampir semua kemahiran yang penting dikuasi boleh dipelajari menggunakan Excel versi mobile. Konsep penggunaanya tidak jauh berbeza dari versi online/desktop aplikasi Excel. Pengguna yang mempelajari Excel versi mobile dengan cepatnya boleh adaptasi kemahiran mereka kepada versi online/desktop aplikasi berkenaan. 

Dalam Kursus Excel Mobile ini kita akan menggunakan Excel versi mobile untuk dipelajari di alatan mobile.

Mendapatkan Excel Versi Mobile

Excel versi mobile dipasang dari gedung app peranti mobile anda. Jika anda menggunakan peranti Android, anda akan memasang Excel versi mobile dari Google PlayStore. Jika anda menggunakan iPhone atau iPad, anda akan memasangkan Excel versi mobile dari Apple AppStore.

Video di bawah menunjukkan kaedah hendak memasang Excel versi mobile dari Google PlayStore. Untuk memasang dari Apple App Store, kaedahnya adalah lebih kurang sama. Tonton video dari awal hingga tamat.

Tugasan (Assignment)

WhatsApp gambar skrin aplikasi Excel yang anda gunakan ke nombor WhatsApp pensyarah anda. Satu contoh WhatsApp dari pelajar ditunjukkan di sebelah. Pensyarah anda akan memeriksa dan jika betul, beliau akan memberikan satu kod tamat tugasan kepada anda. Anda perlu masukkan kod tamat tugasan ini ke dalam soalan kuiz selepas ini.