Formula Di Luar Excel Table

Dalam pelajaran lepas kita menggunakan formula automatik yang sedia terkandung di dalam baris Total Row Excel Table kita. Baris Total Row adalah satu baris yang merupakan sebahagian dari Excel Table anda.

Dalam pelajaran ini dan beberapa pelajaran akan datang, kita akan belajar bagaimana hendak memasukkan formula di luar Excel Table anda menggunakan kaedah manual.

Rujukan Cell Formula

Semua formula memproses data yang terkandung di dalam cell – cell Excel. Apabila kita hendak memasukkan formula kita perlu memasukkan rujukan cell – cell yang mengandungi data Excel yang hendak diproses. Dengan Excel Table terdapat dua kaedah untuk kita memberikan rujukan cell ini:-

  1. Rujukan alamat cell: dengan kaedah ini kita memasukkan alamat cell tersebut sebagai rujukan. Contoh C4, D3 dan sebagainya.
  2. Rujukan cell Excel table: dengan kaedah ini kita merujuk pada lajur – lajur table Excel kita. Sebagai contoh Table1@[B. Inggeris] bermaksud lajur B. Inggeris dalam Excel Table 1.

 

Kedua – dua kaedah ini sebenarnya adalah mudah untuk dipelajari dan dalam pelajaran ini dan beberapa pelajaran akan datang kita akan menguasai kedua – duanya.

Anda juga yang diberikan beberapa tugasan yang perlu anda lakukan sendiri tanpa sebarang animasi untuk membantu anda bagi membina keyakinan diri anda mencipta formula manual dengan sendiri.

Formula Dengan Alamat Cell

Formula pertama yang akan kita akan pelajari ialah formula menggunakan alamat cell. Untuk tujuan ini kita akan menggunakan jadual Markah murid. Kita akan mencipta satu formula manual di luar Excel table kita untuk mendapatkan markah tertinggi atau Maximum bagi setiap mata pelajaran.

Kita mulakan dengan mata pelajaran B.Melayu. Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk mencipta formula pertama anda.

excel - autosum formula outside excel table
Formula Manual Dengan Alamat Cell

Langkah - langkahnya:-

  1.  Tekan pada cell C10 Excel Table Markah
  2. Tekan Home > Formula > AutoSum > Max
  3. Tekan butang hijau betul

Formula yang dicipta dengan kaedah di atas sebenarnya tidak betul ini kerana ianya tidak merujuk cell – cell yang betul. Kemahiran seterusnya ialah mempelajari bagaimana hendak edit formula dan memperbetulkannya.

Edit Formula

Dalam mencipta formula, kita kerapkali melakukan kesilapan. Ini terutamanya benar pada peringkat awal mempelajari Excel. Oleh itu adalah penting anda boleh membetulkan sebarang kesilapan pada formula anda dengan edit formula berkenaan.

Apabila mencipta formula menggunakan rujukan cell, kesilapan kerapnya pada rujukan cell itu sendiri.

Lakukan langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk edit formula pertama anda dan memperbetulkannya rujukan cell-nya.

excel edit formula cell reference
Edit Rujukan Cell Formula

Langkah - langkahnya:-

  1. Tekan pada cell C10 yang mengandungi formula
  2. Tekan pada alamat cell formula (C2:C9) pada bar formula Excel
  3. Rujukan cell C2:C9 digelapkan. Kita dapat lihat rujukan ini tidak betul kerana data yang ingin kita proses cuma berada dari cell C2 hingga C7 sahaja. Cell C8 dan C9 tidak ada sebarang markah murid.
  4. Tekan pada alamat cell formula (C2:C9) sekali lagi.
  5. Tekan Edit pada toolbar terapung.
  6. Padamkan rujukan cell C9 dan taip C7.
  7. Tekan butang hijau betul

Menyalin Formula

Kadang kala anda mungkin hendak menggunakan formula yang sama di lebih dari satu cell. Dengan Excel, anda tidak perlu mencipta formula sekali lagi. Anda boleh gunakan fungsi Copy and Paste untuk menyalin formula dari satu cell ke cell lain. Semasa menyalin formula, Excel akan memperbetulkan rujukan cell secara automatik supaya anda tidak perlu edit formula anda selepas disalin.

Lakukan langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk menyalin formula dari cell C10 ke cell B10 untuk mendapatkan markah Maximum bagi mata pelajaran B. Inggeris.

excel copy formula
Format Painter Auto Formula

Langkah - langkahnya:-

  1. Tekan pada cell C10 sebanyak dua kali dengan perlahan
  2. Tekan Copy pada toolbar terapung yang muncul.
  3. Tekan pada cell B10 sebanyak dua kali dengan perlahan.
  4. Tekan Paste pada toolbar terapung yang muncul.

Perhatikan bagaimana rujukan sel formula baru dikemaskinikan secara automatik.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda telah kuasai kaedah untuk mencipta formula secara manual di luar Excel Table anda. Anda telah belajar bagaimana hendak merujuk cell Excel Table dan memperbaiki sebarang kesilapan pada rujukan cell formula anda. Anda juga telah belajar teknik menyalin formula yang boleh menjimatkan masa terutamanya apabila bekerja dengan Excel Table yang besar. Dalam pelajaran seterusnya anda akan belajar kaedah untuk mencipta formula manual dengan rujukan cell Excel Table.

Tugasan

Bagi pelajaran ini, kami hendak anda menghantar fail Excel anda setelah anda lakukan tugasan di bawah.

pel-17-tugasan-1
Tugasan

Cipta tiga baris formula Maximum, Minimum dan Average bagi markah data dalam Excel Table anda.

Untuk membantu anda kami turunkan animasi bagaimana hendak mencipta dan edit formula Minimum seperti di bawah.

Mencipta Formula Minimum

Adaptasikan teknik di atas bagi mencipta formula Average. Gunakan teknik menyalin formula untuk menjimatkan masa di mana perlu.