Menu Khas Table
Setakat ini kita telah pelajari banyak keistimewaan menggunakan Tables dalam menguruskan data Excel. Satu lagi keistimewaan yang akan kita terokai dalam pelajaran ini ialah menu khas Tables.
Mengakses Menu Khas Tables
Menu khas Tables tidak kelihatan lazimnya. Menu ini hanya muncul apabila anda tekan di dalam mana – mana Excel Table. Animasi di bawah menggambarkan keadaan ini di mana anda ditunjukkan dua keadaan:-
- Dalam keadaan pertama sel yang aktif berada di luar table: anda tidak akan nampak sebarang menu Table.
- Dalam keadaan kedua, sel yang aktif berada di dalam table: anda akan lihat satu menu baru iaitu menu Table muncul.

Mengakses Menu Table
Melihat menu Tables. Langkah - langkahnya:-
- Tekan di luar table.
- Buka menu Excel: Hanya ada menu - menu yang biasa.
- Tekan di dalam table.
- Buka menu Excel: Kelihatan menu Table dengan pelbagai fungsi khas untuk table sahaja.
Seperti yang dapat anda lihat, menu Table mempunyai pelbagai jenis fungsi. Semua fungsi ini hanya dikhaskan untuk Excel Table sahaja dan tidak boleh digunakan di luar Excel Table.
Dalam bahagian – bahagian seterusnya, kita akan selidiki fungsi – fungsi dalam menu Table Excel ini.
Fungsi Menambah Baris & Lajur
Kumpulan fungsi pertama yang akan kita lihat adalan fungsi – fungsi yang berkaitan menambah dan membuang baris dan lajur. Fungsi – fungsi ini adalah:-
- Insert Above: menambahkan baris baru di atas sel yang aktif.
- Insert Below: menambahkan baris baru di bawah sel yang aktif.
- Insert Left: menambahkan lajur baru di sebelah kiri sel yang aktif.
- Insert Right: menambahkan lajur baru di sebelah kanan sel yang aktif.
Animasi di bawah mendemostrasikan semua fungsi – fungsi ini.

Menambahkan Baris & Lajur Dalam Excel Table
Menambahkan baris dan lajur pada Excel Table. Langkah - langkahnya:-
- Gerakkan sel aktif ke lokasi di mana baris dan lajur hendak di tambahkan
- Tekan Menu > Home > Table > fungsi yang sesuai
- Tekan Undo untuk membatalkan sebarang perubahan
Rujuk nota di atas untuk fungsi - fungsi yang sesuai.
Apabila anda mengenakan mana – mana fungsi di atas, baris dan lajur baru yang kosong akan dicipta dan saiz table anda akan dibesarkan secara automatik.
Apabila baris baru ditambahkan, setiap sel dalam baris baru tersebut akan mengambil format data sel – sel di atasnya. Jadi anda boleh terus masukkan data tanpa perlu risau perlu meformatnya.
Namun perkara ini tidak berlaku apabila lajur di tambahkan. Data dalam lajur baru harus diformat secara manual atau menggunakan fungsi Format Painter yang diajar dalam pelajaran – pelajaran lepas.
Fungsi Membuang Baris, Lajur & Table
Menu Table dalam Excel untuk menyediakan fungsi khas untuk membuang. Ada tiga fungsi yang berkaitan:-
- Delete Rows: akan memadamkan semua baris yang anda pilih
- Delete Columns: akan memadamkan semua lajur yang anda pilih
- Delete Table: akan memadamkan keseluruhan table Excel anda.
Animasi di bawah mendemostrasikan fungsi – fungsi ini.

Fungsi Buang Baris, Lajur dan Table
Membuang baris, lajur dan table pada Excel Table. Langkah - langkahnya:-
- Gerakkan sel aktif ke lokasi di mana baris dan lajur hendak di tambahkan
- Pilih lebih dari satu baris atau lajur yang hendak dipadamkan (jika perlu)
- Tekan Menu > Home > Table > fungsi yang sesuai
- Tekan Undo untuk membatalkan sebarang perubahan
Rujuk nota di atas untuk fungsi - fungsi yang sesuai.
Fungsi Format Rows & Columns
Kategori fungsi seterusnya dalam menu Table adalah fungsi – fungsi yang membantu anda meformat baris dan lajur anda akan kelihatan berbeza sedikit dari yang lazim. Fungsi – fungsi ini termasuk:-
- Header Rows: menunjuk atau menyorokkan baris kepala Excel Table anda.
- First Column: menggelapkan semua data dalam lajur pertama Excel table anda.
- Last Column: menggelapkan semua data dalam lajur terakhir Excel table anda.
- Banded Rows: memasang dan membuat warna selang-seli pada baris – baris dalam Excel table
- Banded Columns: memasang dan membuang warna selang-seli pada lajur – lajur Excel table.
Jika baris fungsi tersebut dalam menu Table Excel kelihatan digelapkan, ianya bermakna fungsi tersebut sedang dipasang/digunakan/diaktifkan. Jika tidak bermakna fungsi tersebut belum dipasang/digunakan/diaktifkan lagi.
Animasi di bawah menunjukkan bagaimana hendak mengenakan fungsi – fungsi ini pada Excel table anda.

Format Excel Table
Memasang dan membuang fungsi format pada baris dan lajur Excel Table. Langkah - langkahnya:-
- Gerakkan sel aktif ke dalam mana - mana lokasi Excel table anda.
- Tekan Menu > Home > Table > fungsi yang sesuai
- Tekan fungsi sekali lagi untuk membatalkan sebarang perubahan
Rujuk nota di atas untuk fungsi - fungsi yang sesuai.
Fungsi Table Styles
Jika fungsi – fungsi di atas membenarkan anda mengawal format pada baris dan lajur table anda, fungsi Table Styles pula membenarkan anda merombak keseluruhan format Excel table anda dan memberikannya wajah yang baru. Ianya merupakan fungsi meformat Excel table yang paling berkuasa dan hanya boleh digunakan bersama Excel Table sahaja.
Animasi di bawah menunjukkan bagaimana hendak menggunakan fungsi ini dengan Excel Table anda.

Excel Table Styles
Memasang dan membuang fungsi format pada baris dan lajur Excel Table. Langkah - langkahnya:-
- Gerakkan sel aktif ke dalam mana - mana lokasi Excel table anda.
- Tekan Menu > Home > Table > Table Styles
- Pilih satu dari berpuluh rekabentuk yang disediakan. Anda boleh ulangi langkah - langkah di atas seberapa banyak kali untuk mengubah dan mencuba pelbagai jenis rekabentuk tanpa menjejaskan data Excel anda.
Penutup
Dalam pelajaran ini anda telah pelajari bagaimana menggunakan menu khas Table bagi mengguruskan Excel Table. Anda telah pelajari kebanyakan fungsi yang terkandung di dalam menu Table ini. Fungsi – fungsi selanjutnya akan anda terokasi dalam pelajaran akan datang.
Tugasan
Bagi pelajaran ini, kami hendak anda mengenakan Table Styles pada salah satu Excel Table anda dan hantar gambar paparan skirn-nya kepada kami. Pastikan Table Styles yang dikenakan itu berbeza sekali dari format warna biru-biru muda Excel yang lazim kelihatan.